Friday, April 30, 2010

U guys rock!!!

First of all,

Thank you so munchiesssss to all u people yang best sangat bagi suggestions and comments yang begitu padat, lengkap dan bernas dekat my previous entry. Hoho. I sangat terharu, okay?

Sangat.

Ok, tapi masalahnya sekarang, i have only one gift to reward u people. I tak tahu mahu ambil comment yang paling panjang atau paling bernas, sebab i rasa semua cadangan u ols sangat bagus and sangat berguna untuk i jadikan panduan untuk my big day yang entah-macammana-tu.

So, apa yang i akan buat, i akan pick randomly (guna apa pun i tak tahu lagi), and org yang bertuah itu akan dapat something! Well that something bukanlah benda yang sangat mahal ke apa but to me benda tu sangat best, and sangat unik la.

I x nak cerita la apa, buat surprise ek kat siapa yang dapat....

Kat others yang mengomen, i akan bagi overseas punya wedding magazine....To me, i prefer reading overseas magazine (walaupun jauh sekali nak buat wedding macam itu) Tapi mana yang boleh ikut tu kita cuba2 lah... I suka sebab baju2 mereka cantik, exotic, and wedding ideas mereka pun sangat best tau!

U all tahu bukan? Hahaha.

Okay, kejap lagi i akan pick randomly, kalau u guys ada suggestion macam mana i boleh buat randomly, u guys let me know k... Nanti i akan round blog sorang2 mintak alamat. Hehehe.....

Anyway, Thanks a lot guys.... U guys memang rock.

dahla u guys ni nak jadi/dah jadi bini orang, ROCK pula tu!



p/s : Next entry i post apa yang i finally decide untuk last questions tu and sapa yang dapat my humble mystery gift tu... But anyway, u guys nak tahu ke dapat apa? :)

Tuesday, April 27, 2010

Again, i need helpssss! Sorry.

Hi pretty bride to be-ss.


I need helps agaiin...

Sorry ya selalu susahkan you all semua. Okay this time around, ada mystery gift lagi? No? Hehehe... I suka je reward kawan2 yang bagi ideas. Bukan apa, rasa terhutang budi gituu.

Tapi this time around soalan agak banyak. Hopefully you guys can help ya!

Okay here goes the list, ewah!

1) Is it okay to have like more than one OP for the big day - since our reception is in the Dewan, i am thinking to hire another photog so that macam lebih banyak moments dapat dicapture. Betul? Sebab i nak gambar2 guests yang datang, their expressions, the flow of the big day,semua dapat dicapture. Jadi, what do u guys think?Ke macam nanti berebut2 pula nak mengambil gambarnye. Ke macam mana ni? Aisehmen.

2) I am going to do my akad at the small masjid behind my parent's house. Jadi hantaran nak kena bawak semua ke? Or bawak je Mas Kahwin/Cincin for Me and satu lagi dulang cincin for Azlan? Macam mana ek? Susah pula nak suruh orang bawak hantaran semua. Those are not compulsory pun kan? Even duit hantaran pun, tok kadi tu nak tengok ke?

3) Bila nak buat Prewedding shoot ni ek? If my kahwin is in December. I dah consult Photofreak. Elok ke nak buat before puasa? Tak awal sangat ke? Humpph



Guys, help me. I am really in a baffle state now. :)


Thanking u lovely bride to be buddies in advance.


p/s : Yesterday ( 26/04/2010) was our one year engagement's anniversary. Alhamdulillah!


Friday, April 23, 2010

Demn you diet! Haha

Halo prettysssssssssssss.

i tahu nak kahwin kena kurus bukan? kena diet bukan? kena makan sikit bukan? x boleh makan nasi, bukan? Hahahaha. Padan muka. I lah tu yang kena buat kesemua sebelum bukan-bukan di atas.

Buat haru je kalau dat baju kena tetas hari bersanding. haha

You all tahu antara ciptaan terindah tuhan untuk i ialah - N.A.S.I. So how can I say no to nasi? Tell me how lah? Susah you all.

Memandangkan i kan rent rumah di luar, i pergi and balik kerja bersama si Mr Fiance. Sebab dia pun dagang perantau di sini. Kebetulan our workplace pun dekat je, i di Jalan Semarak dia di KLCC.Rumah sewa we all pun dekat je. Kalau jalan kaki dalam lebih kurang 50 tapak.

So jimat duit, we all pergi kerja sama2. Ikut kempen "Kongsi kereta" atau kereta mu kereta ku jua, tapi duit minyak mu bayar anjuran kerajaan. ( OH Tidak, yang dalam inverted comma saja ye) So we all pun selalu makan sama2, yang susahnya dapat tunang kurus macam Azlan ialah dia kena makan banyak no matter what dan i kena berada di sebelah dia semasa dia makan. So how can i say no to nice food lah?Huhu

Okay, so i terbaca tips untuk kurus cara mudah untuk di share with all u pretty bride to be-ss.

so.. dah bersedia untuk seksa diri baca ? heh.

1) Invest lah wang anda dalam weight-loss program that will slenderize u from top to bottom. Kan banyak sekarang ni slimming/beauty centre yang offer apa dia tu, weight program management kan?

Ada Slimworld, london weight management (Malaysia weight management takda?), apa lagi? You name it. Fitness first, Celebrity Fitness and etc. Im sure they can help u to shed the extra kilos from your body.

2) Kita tak payahlah buat diet itu complicated. Cut out processed carbohydrates (rice, pasta, bread) and pack in protein (lean meats, fish) fruits and vegetables. Makanan2 ni akan buat you all kenyang lama and at the same time stabilkan kandungan gula dalam darah you all.

3) Ban gula2 ke junk food dari ur diet sampai u all dah mencapai ur goal weight. Tu tu, twisties ke Ding dang ke ( eh adake yang makan benda ni? Haha) cikedis apa segala tu , x payah la beli duit. Jimat juga duit tu kan?

4) Tidor cukup weh.This is a big part of making sure your metabolism function at its-calorie burning best.Try to clock seven to nine hours each nite. Ini juga petua awet muda selain dari tidak smoke dan kurangkan pengambilan caffeine. so? Nescafe? Cappucino? Mocha latte? Bye bye bye.

5) Kalau susah sangat nak exercise kan, try lah skipping 1000 kali sehari and buat push ups. Kata nak dapat perut yang tak macam i ada geran tanah terkeluar2 tu kan. Haha


wow!!! agak2 boleh jadi macam ini tak by bulan 12? Hahahah

Thursday, April 22, 2010

E-Day Hantaran Part 2 (From Him to me)

Deco made by my ibu ( family Azlan di Sarawak, jadi ibu i ajalah yang buatkan :) )

Bunga, ribbon, polisterin beli di Nilai3 and Jalan TAR. Pinggan beli kat ROMANTIKA.
Boleh guna lagi.



Make up


Tepak sireh. DIsewa.



Strawberry. Dengan Small Chocolate Fountain. Beli kat Midvalley. TAPI TAK RETI GUNA. Hoho. So bazir.


Hehe. Kain. Dah jadi baju raya tahun lepas.



Cokelat. Tak dapat rasa satu pun. Semua dah bagi kat family members.



Perfume



Al Quran mini.


Itu sajalah. Semua DIY saja. Sebab nak tempah kat orang berapa lagi nak kena keluar kan.

Sebenarnya, i wanted to do a small and simple ceremony je for engagement. But then, bila fikir2, Family and Azlan's friends all datang dari Miri, Sarawak, so i decided to do something yang best sikit supaya macam worth their money datang all the way dari sana kan?

Tapi... engagement i tak grand macam orang lain. Just macam kenduri kesyukuran. Sekarang bila tengok kawan2 bride to be punya engagement. Wau! VERY THE NICEEEE....


But anyway, i am happy, my fiancee also happy... Tu dah more than enough kot. :)



Wednesday, April 21, 2010

E-day Hantaran (Me To Him)

Hoh, entry ni sepatutnya dah lama di post. Tapi macam tak post2 sebab malas ke busy ke buat2 busy pun tak tahu la. Hoho..

Okay, ni sebenarnya sambungan kepada entry engagement i di sini.

Engagement i yang tak seberapa tu. (Yang tak di recommend any of the vendor pun. masa tu tak ada blog lagi. Bodoh2 je book sana sini. Ambil mana yang murah je.:) Hoho.)

Part photog paling kecewa. Tak berbaloi, and the photographer ambil gambar verrryy the amateur. lepas tu charge macam pro. Edited picture pun boleh dikira. Sedih. Harap album je macam boleh la...

Tapi takpe...Let bygones be bygones.:)

Mesti pandang ke depan. What more important is, i am already someone's fiance. AND I am happy, and i love him. AND he loves me. And my mom loves him, and his mom....okay okay dahh. (kot ya pun nak sedapkan hati kan? Hoho)


From Me to Him ( Ini dibuat sendiri je, sambil dibantu oleh housemates.:) )


Ini tepak sireh. Disewa. Itu sireh tipu. Haha. jimat. boleh recycle.




Sejadah. Dibeli di Jalan Tar. Last piece kaler itu. Dapat murah o. Setelah buat2 merajuk nak tinggalkan kedai. eh takdela.



Buah-Buahan - Ada strawberry, kiwi, epal, pear +dragonfruit. Kat petaling street. Sangat murah dan good grade buah2 dia.




Kek. Blueberry Cheese rasanya. Untuk family dia yang datang dari Miri. Eventhough it was like 5 of them only. Cuma gang bas sekolah menengah Azlan je yang ramai datang. Maklumlah nak shopping baju kerja di KL.



Skincare - yang haru ceritanya.
(Sebelum tunang haru, selepas tunang pun mengharukan)




Pen untuk dia pakai kerja. Asik pakai pen free je. Ni bagi yang ada ukir2 nama sikit tulisan bersambung2. ( Tapi kan macam nampak pen tu dalam kereta i lah semalam... dekat bawah kerusi... Hmmmph??
!!! *nak kena itu olang* )



Kain songket + kain baju Melayu ( baju raya dia tahun ini kot, i dah buat tahun lepas.haha)



Perfume sama after shave (kalau tak silap)




Cokelat

Hehe.. Buat sendiri je ni. Kotak, bunga semua i beli kat Nilai 3. Alas dulang, dulang and tepak sireh sewa je kat Mak Andam tu.

Walaupun rumah i macam sarang tikus beranak lapan belas masa buat hantaran tu... Tapi Alhamdulillah puas hati juga. Rasa happy sebab, dapat juga presentkan barang2 hadiah kat En Tunang i tu dengan sedikit cantik... (Kalau letak dalam paperbag je kang orang kata apa pula)

*Sapa berani letak hantaran dalam paperbag, kalau beli kat Jusco dengan plastik Jusco sekali letak atas dulang, pastu letak riben sikit. Haha.*

Eh cantek apa. Tak buat lagi mana tahu? Kan?


Esok i letak gambar hantaran dia bagi i pula. Yang tu Ibu i buatkan. Internet macam siput sedut ni. Terhegeh2. ;)

Bridesmaid bouquet, Make up and attire - Need helps!

I need helpss here. Suggestions, comments ke boleh juga. :)

Okay, i will have like 6 bridesmaids on my big day.

4 of them will be holding the pomander ball/bridesmaid bouquet.

First question, which/what kind of flower to use for the bridesmaid bouquet ek? Do u guys have any suggestion how can a simple bridesmaid bouquet looks like?

cantik.kan?

second question, the chief bridesmaid, to hold or not to hold any bouquet during the walks of aisle?

Third question, i would like to buy two tone chiffon kain for 5 of my bridesmaids, mana nak cari ye? Any kain online shop? or any place dekat Jalan TAR u guys can suggest?

Any MUA u know yang can only charge me below RM600 RM700 for 7 orang nye make up. i asked Eyra Rizal, and she said boleh bagi less than that. Any suggestion tak?


Hoho. Saya suka. siapa boleh buat ini?


Ala2 warna baju.

All handbouquet pics taken from here

Sunday, April 18, 2010

My Official Photographer for solemnisation and reception

Hoho....Setelah survey sana survey sini... Terlompat blog sana lompat blog sini, fotopages juga lompat sana, lompat bintang sini. Wedding Gallery juga terhegeh2 sana sini. Ambil name card juga sana sini.

Tanya kawan2 bride to be sana sini... Email2 sana sini ( Ayat normal, Hi please extend me ur quotation for........ - siap dah ada template dalam notepad u...Haha) .

( Itu bukti i sudah habis survey)

Dengan ini, i, Iryani Ikhsan memperkenalkan OP ( Hehe, singkatan kawan2 bride to be panggil) I,

(drumroll)

(drumroll)

(drumroll + swiss roll sikit..eh tak tak)

.
.
.
.
.
.
.

.

.


.

SAM RAIS


Kalau sesiapa yang tak kenal siapa Sam Rais ni, bacalah blog Puan Noe a.k.a LadyNoe (Misi 5 April) di entri ini.

Why did i pick him?

1) Harga dia very the affordable. (out of all photographers yang i tanya, semua charge meletup2 untuk 2 days event) So sebab harga yang OK, pasti budget ada untuk videographer yeay. Manggis? Fuh.. Mungkin tidak. Haha..

2) Package dia sangat berbaloi2.I will be given this and that, but the price? Eh, macam tak percaya je tau.

3) Hasil kerja dia agak memuaskan. Remember i did share with u guys before yang both of us tak suka gambar yang melampau2 editnya tu?, we would like the picture to be as natural as it is. So Sam Rais ni dah memenuhi criteria di situ (Kalau edit background je , atau buang jerawat ke jeragat yang bersepah2 di muka i tu ok kot - nak haru lagi kalau tiba2 edit terbuang kening sebelah.Haha siapa nak jawab tu kak ooi?)

4) Dia punya sample story board and sticky album very nice...Macam tak percaya je dengan harganya itu... ( Tak tahula pula i kalau ada bride to be buddies yang dapat lagi murah... jangan cerita dengan i u, menangis nanti... Heheh)


Ok nak tengok sikit tak artwork Sam Rais. Nak tak? eh pastilah kan?

Okay layannnnnnn....




Ladki Badhi Anjani Hai.. (betulke?) Kuch kuch Hota hai tahu?


Lady Noe digeletek oleh suami. Kegemaran. :)


Ala2 video klip Dato' Siti. Bukan Cinta Biasa.


Vintage Melayu. Hoho


Kalau I nak ambil di dalam besi tu. Lubang tu muat rasanya hoho.

all pics : Credit to SAM RAIS ( add lah dia di facebook)


Bila deal dengan Sam ni, tengok2 rupanya dia pernah tinggal di Pantai Hillpark Phase 2.

Terus lah cakap " Eh tunang i sewa di situ, i sewa di terrace depan Pantai Hillpark tu, ibu i tinggal di Desa Aman tu, sekampung rupanya kita ni eah? "

Tengok? Orang2 kampung juga. Hahaha.

Kalau nak quotation dia, drop me ur email ya!!!!


p/s : I yakin small time photographer ke medium time ka (big time tak payah cakap la), pasti boleh bagi yang terbaik juga kan? Yang penting, the way they deal with the customer tu ...betul?

Sebab bagi i photog kena pandai communicate, so kalau time2 they all e-mail2 dengan u tu, mungkin you all dah boleh rasa ada chemistry dengan dia .. bajet pun kena, artwork pun ok...apa lagi? Booking je.

and tahu kenapa chemistry itu penting? Sebab mungkin kita nak guna dia lagi, nak aqiqah anak, nak birthday anak, nak amek gambar family outing ka, gambar raya ka, nak ambil gambar anak konvo ka (oh terlebih sudah)haha

So,Jangan tunggu lama2, nanti lama2, dia diambil orang!Haha

Sekarang mahu cari OP untuk PRA Kawen PULAK!

Saturday, April 17, 2010

How do I save for the wedding?

Okay, budget mesti selalu jadi isu paling besar bila nak kawen kan?

Dont worry same here babes.

Lepas i bertunang bulan 4 yang lalu kan, pening kepala i nak fikir eh macam mana nak save untuk wedding. Takkan nak buat loan? Sudahlah nak beli kereta (masa tu belum ada kereta lagi). Dahla i duduk renting di luar, bayar kereta lagi, kos sara hidup lagi..

Masa tu juga tak ada date lagi bila nak nikah. Sebab family decided untuk ikat 2 tahun. Kiranya ada expiry date la. Sebab semuanya bergantung pada Encik Tunang dengan I je.Bila2 we all ready dalam jangka masa 2 tahun tu, okay boleh terus kahwin. (ready in other words cukup duit ya)

Haha. Masa mula2 tu kan, i memang plan, duit yang hantaran tu buat bayar katering je la. So pakej cari sendiri, kumpul duit sendiri. Kiranya memang 100% lah ni keluar dari poket sendiri. Masa tu nak cari pakej yang lebih 5K memang tak ...Sebab takut tak sempat nak kumpul duit sampai 5k pun. Hehe (Yelah nak beli hantaran lagi, buat baju nikah lagi, kan?) Lepas tuh memang i plan nak buat simple je... Ikut apa yang i mampu


Tapi Alhamdulillah. Allah Maha Pemurah. Orang nak kahwin ni rezeki memang mana2 je datang. Betul. And mungkin juga sebab i tak pernah lupa untuk bersedekah pada ibu bapa i setiap bulan (walaupun mungkin tidak sebanyak kawan2 yang lain :) )

Tiba2 ibu cakap dengan i, dia akan sponsor katering and entertainment on my big day. I masa tu memang happy sangat... Memang terima kasih sangat kat ibu.

Ibu cakap, we all just bayar dewan saja. Wah.Alhamdulillah sangat. Terhary Terharu okeyy.

Jadi sekarang ni, adalah budget lebih sikit nak merasa yang best2 sikit. :) Hehe

So kat sini i nak share macammana i save duit for my wedding. Untuk bride to be yang lama lagi nak kahwin (macam lagi setahun kan) boleh try kot my idea ni...

1) I dapat bonus hari tu (sekali lagi Alhamdulillah) terus prioritizekan apa yang i nak buat dengan bonus tu, siap bayar 50% deposit kat bridal tuh, so lepas ni tak payah fikir2 dah. So bila you all ada duit tu, terus dump kan dekat vendor. Jangan dump dekat Midvalley. Hehe

2) I akan simpan setiap duit seringgit dan syiling dalam wallet i lepas belanja harian tuh setiap hari. I target at least sebulan dapat RM100. And this portion is for my payung selepas wedding. Oh u takkan tahu berapa banyak duit u akan habis bila hari perkahwinan kan?

Lepas tuh i akan simpan dalam plastik. And labelkan ikut bulan dia. I target at least sampai bulan 11 ada lah dalam 1k sebagai payung selepas hujan. You all juga boleh simpan untuk belanja pergi Honeymoon ke?

Tengok label. Januari. RM100. Maksudnya berjaya!


Tabung diberi oleh adik masa birthday


Duit syiling yang dikira.Part paling best!


Tempat simpan duit RM1

Tabung kotak ini letak di ofis. Courtesy : MAKNA


3) I main kutu. RM100 sebulan sebanyak 10 orang. Sebabkan nak wedding, i terpaksa main kutu untuk bayar renewal road tax kereta. Huhu. Ini pun i ingat nak main lagi and nak dapat bulan 11. Ini pula payung sebelum kahwin. huhu.

4) I beli hantaran sebulan satu. Sekarang tinggal macam barang2 yang tak boleh beli awal je ni. InshaAllah my by October i akan lengkapkan my hantaran list tu... Cuma makanan tu je lah lambat2 sikit.

5) Force Saving lah di mana2. Ada ASB? Sekarang dah boleh buat standing instructions tau....

6) I stayback di office. So i boleh claim meal allowance.I akan balik paling awal pun pukul 7pm. :) So it depends lah average selalu dapat dalam 250+. Kalau setiap hari stayback dapat lah lagi lebih. Duit tu tak guna kalau boleh jangan guna. terus dump dalam ASB. :)

7) i buat sedikit side income. It helps. Walaupun tak banyak sangat. So duit yang dapat tu terus tabungkan.... :)

Tapi kan the best part is yang duit seringgit and syiling tu, trust me u will get excited by end of the month tau. Bila nak kira berapa banyak dah syiling and duit yang u dah simpan :)

So u all save duit macammana? Ada macam i tak?


Hopefully kita akan appreciate the wedding selepas berpenat lelah ni. Bestnya lah kalau wedding tu disponsor kan? Macam artis artis tu... Huhu.

Macam macam hal

Blogsphere. (betul ke?)

Entahla. Bagi i, blog seseorang mencerminkan diri seseorang bukan? (tak tau pulak kalau banyak hipokrasi (wah ayat) dalam blog itu)

Bagi i, pembaca dapat menilai seseorang itu melalui the way beliau menulis. Salah?

Bagi i ya, sebab kalau kadang2 vendor pengantin reply email lebih kurang pun, i akan easily pissed off (walaupun mungkin dia tak ber"nada" seperti itu di alam realitinya atau tak bermaksud, atau mungkin dia pinjam perkataan " i didnt meant what i say, but i only say what i mean" okay whatever)

Talking about impressions. Normal la, kalau first time kita pergi kedai nak beli barang, layanan macam sucks gila, adakah akan ke kedai itu lagi? Mungkin ya kalau kita terpaksa sebab tak ada kedai lain dah nak pergi, kan? Tapi kalau ada 5, 6 kedai jual barang yang sama? To hell lah with the kedai.

Same goes to what i want to say here, kata mula2 kita baik dengan seseorang sebab kita rasa dia sangat helpful, tanya itu ini, wah cepat je bagi info. Ikhlas.

Tapi bila kita tanya "berapa u sewa baju pengantin tu?" then dia cakap macam ni " RM**** ( TAKE NOTE, 4 FIGURE okay) it's not like what u think dear" again, dia emphasize kan "it's not like what u think dear" i am still okay with the words. Yelah, maksud dia, tadi kita ingat baju dia tuh dalam lingkungan RM1000 - RM2000 je rupa2nya lebih dari itu. Fine, i am still okay with it. No worries.

TETAPI, bila that somebody (yang dulunya i ingat baik) selalu sangat macam rasa dia lah seorang nya yang over the top, yang rasa dia lah yang mampu buat majlis perkahwinan mahal gila dan suka merendah2 kan orang yang ikhlas bertanya. Asal i tanya , contoh "Mana nak dapat box tu? Yang macam tu ek? Ada renda- renda tu? :) " Lepas tu cara dia balas, contoh " Oh tu, tu i beli RM5.00 per box,bagi dekat normal guest je. kalau u nak yang ikut bajet u (SEKALI LAGI MANA DIA TAHU BAJET I?MACAM KITA NI TAK ADA DUIT SANGAT KAN?) u beli je yang kotak kosong. letak ribbon. Baru RM1 LEBIH. sama cantiknya jugak kan?" Padahal i tanya mana dia beli, kenapa tak nak cakap?

Wau! Sedih bukan? Apalah salahnya berkongsi.Kalaulah i mampu, i pun akan procede benda yang sama, kalau i tak mampu, i diam aje la. i cari source yang lain. Tapi x payahla merendah2 kan orang lain. Bukan kah tidak baik?

* Perbualan di atas hanya contoh saja ye, tapi situasi sama*

Entahlah, i malas lah. Bila i dah ingat seseorang tu sangat baik, tapi diperlakukan begini. I redha je la. Senang untuk tidak mengdownkan diri i bila bertanya, i terus senyap je, tak tanya apa2 lagi dah. Malas lah kan? Sedar kita hanya orang biasa yang sama seperti orang lain, mengimpikan benda yang sangat2 indah untuk wedding kita dan cuba dapatkan yang sama seperti itu tetapi ikut bajet yang tak berapa nak banyak ni. :)

* macam baju rekaan designer terkenal, tapi tempah kat tailor depan umah je* hehe.. asal cantik, sudah, kan?

Niat i nak berblog pasal wedding is just to share with all the bride to be out there macammana nak buat itu ini, kat mana nak dapat itu ini, berapa harga itu ini.. (of course kita recommend the cheapest one, kan?) trend2 fashion yang in, share ideas... tapi... kalau ada sesetengah ingat kita nak berlawan dengan orang2 lain, haish entahlah kan?

Bagi I, marriage is just a small part in life, banyak lagi nak dilalui lepas ni. Ada masa kita berada di atas, ada masa kita berada di bawah. So, LET'S think about it.... :)

** Maafkan saya untuk entri kali ini, but this is just to share.

Updated : Allah saja yang tahu hati manusia kan? Rambut sama hitam hati lain2.

Friday, April 16, 2010

DIY Doorgift Idea (Part 4) - We love jam!

I had received lots of enquiries after my previous entry on Honey Mini Jar DIY.

Not only in the comment box, tapi ada juga a few yang email i and friends yang baca the blog tanya i, where to get this and that. Okay. Xpe.

Seriously, i pun tengah survey mana nak cari those cute jars and mana nak beli pure honey secara pukal and murah. If dah dapat supplier for all these items, insha Allah i akan procede with this idea for my solemnisation doorgift ( alah, x surprise ek,hehe)

Actually i dah ada other ideas in mind on what to give during my solemn... Hopefully it is acceptable by the parents la.Huhu.


kali ni i nak share dengan u all macam mana nak DIY Blueberry jam dalam Mini jars.

Okay, i ambil this ideas, from 100 layer cake juga. Memang fall in love dengan the blog sebab banyak sangat interesting ideas and pictures.

Okay here goes the DIY steps.

1) Buat jam. Kau tau buat jam? haha. i tak tau. But no worries, the recipe for jam making is downloadable here

all pics credit to : 100 Layer Cake



2) Masa jam tu tengah2 nak cool...cool..chill... okay procede gi print label dulu. Tak tau print camne? Ha nah, kat sini u all boleh dapat ideas sikit2. Alah you all pasti pandai nak DIY sendiri labels ni....


3) Lepas jam yang you all masak tadi dah sejuk (dia cakap beberapa jam atau semalaman ye) , you all tampal la label tu atas jar tu. Lepas tu letak la jam tu dalam jar tu... Wah sedap ye nampaknya.

4) Lepas tu bungkus la jar tu dengat tissue paper tu, letak tali/ribbon/tq tag... Kan senang bukan?



Masalahnya nak buat DIY ni

1) Kalau jam yang dah siap masak, loose pack punya ada tak?

2) Mana nak cari mini jar macam tu

kan?

So anyone yang rasa2 nak buat DIY ni, and tahu mana nak dapat semua2 ni... Do share ek?


Ok, see u when i see u... haha...


Coming soon - DIY on save the date card! and etc

Wednesday, April 14, 2010

DIY Honey Jar ( Doorgift Idea) Part 3


Hello pretty and gorgeous bride to be-ssss....

Remember this entry?

i was bloghoping lepas balik keje and ter'stumbled' onto this blog. Tengok DIY Honey Jar.

Kalau nak beli , RM3.50 sebotol. Kalau buat sendiri, beli madu di tempat2 yang menjual madu secara botol2 besar tu, dah save dah. Kalau yang original tu botol besar dalam berapa agak2nya...

Mini jars tu pulak, banyak je tempat ada jual kan? Dekat sayang you hari tu RM1.00 satu.

Barang2 dia pulak macam senang je nak dapatkan kan? Lepas tu sticker TQ tu boleh DIY sendiri. Keluarkan your inner creativity .... pour em out for ur big day... Hahaha

okeh di bawah ini langkah2nya ;

Stuffs that u have to have :

- small jars with attached lid
- cotton twill ribbon or any 1/2″ thick ribbon
- cheese cloth
- adhesive paper sheet
- 1.5″ scallop or round puncher
- hot glue gun or double sided tape
- honey
- sprigs or rosemary


Ini langkah2 nya :

1) Make sure the jars are cleaned and dryed. Wrap the cotton ribbon around and secure the overlapped ends with glue or tape.

2) Print your design on to an adhesive sheet and use the round or scallop puncher to punch out your labels. Attach the sticker label to the center of the jar and ribbon.


3) Trim the rosemary sprigs so that it fits into the jar. Pour the honey inside and be sure to leave a little bit of room at the top.


all pics credit to : 100 Layer Cake

4) Cut out a small double layered square of cheesecloth. Lay it over the mouth of the jar, then close the lid. Cleanly trim off any access cloth. And voila, you are done!

So misi i sekarang ni mencari penjual madu borong/ mini jar borong/ pembuat TQ tag murah tapi cantik/ cheesecloth tu nak cari mana ya? Hahaha

Tapi pasti boleh deco the jar ikut creativity sendiri kan?

Best best....Rasa macam The Miss Bride to be pula suka DIY DIY ni....hehe

Adakah perlu kompang segala?

Macammana ni? Theme = ENGLISH WEDDING.

Tapi... ibu insist nak kompang dimainkan ( mungkin sekuat yang boleh untuk menunjukkan ketibaan pengantin pada orang ramai, oh), sebab beliau cakap, kalau tak ada kompang bukan kahwin.

Okay okay.

Alaa, macammana nak walk the aisle neh. Lagu dah pilih (di bawah)

Monday, April 12, 2010

We share the same dreams for the wedding hoho

We both have the same dreams for the wedding.

1) I nak nyanyi this song. Azlan and the group will play the band. (the qcumber. His band dengan kawan2nya di Miri~ Masa kat U dulu, i tak tahu pula nama band dia. Yang i tahu he played lead guitar)


Hoh. video clip ntahapa2. Haha.



This is the last song diorang main masa jamming time. Tgk la yang main guitar pun duduk je macam malas. Tak sangka pulak kawan diorang boleh record masuk youtube. Haha. Oh and Azlan yang main the black and white guitar.

imagine. hoh. suka. sebab i memang kaki menyanyi. x sedap pun tak apa. Lagu ni (Fastball~The Way) macam sesuai untuk semua golongan. Azlan kata kalau lagu dia biasa jamming, memang mau kena hambat dengan penyapu di hari kenduri.

So my next mission is to find sesiapa yang can rent out, 2 electric guitars, one bass guitar, and one drum for the wedding, and oh ya sound system lah kot kan. Kalau dapat this plan is on. So beside ntah caklempong apa yang ibu nak book tu, this will be another entertainment for the guest. Kalau diizinkanlah.

Mula2 actually i yang macam berangan2. Lepas tu i share it with Azlan. tak sangka pulak dia cakap " i pun selalu dream yang kawan2 i dapat main masa wedding i" oh!!! God knows why we met each other kan? HOHO. xpayah susah2 upah live band benda lah. pengantin je yang akan menghiburkan tetamu. Boley? Save budget. Hehehe

2) Hehehe... Pre Wedding theme yang sempoi.... hoho. to be announce later... Sebab still contemplating lagi.... Tapi sempoi je... And i already have the song for the slide show to be displayed during the wedding. Lagu itu favourite kami dua. Bila dah finalized ni, i bagitau...

3) Colourful wedding. the baju (pengantin) will be in purple and grey. The pelamin will be from soft colours. Purple, pink, white and yellow kot. Same goes to the walkways and arch and whatever. The bridesmaids will be in apple green (kott) the chief bridesmaid (wah ada chief kau) will be in turquoise/baby blue. the in laws will be in peach. the family will be in pink. the doorgift will be in purple -yellow. ...and the dewan will be in red (no no) . yeah we would like to have a colourful wedding.

4) My hantaran ~ a bit artsy looking. My handbag pun dah macam kartun dah i tengok. So sekarang ni aim nak beli perfume/makeup set pun kartun2 jugak. Paul & Joe? Benefit? ANNA SUI? Ada lagi tak brand yang kartun2? Azlan's side sophisticated a bit la. Wallet & belt dia pun hitam legam. kasut hitam legam. Workshirt dia? eh yang ni tak hitam. Ini based on apa yang we all dah beli so far. One month one hantaran. (Dah macam 1 malaysia, one voice...k wtf) Hehe

Actually hantaran we all ni pun dah menunjukkan our personality. Azlan, seorang yang sangat serious.Me on the other hand, main2, suka buat lawak, love arts and crafts.. so kitorang sangat2 berlawan. sangat.

5) Kad kahwin ~ Kad kahwin yang paling simple. simple. kalau boleh nak buat sekeping je. Ingat nak buat design sendiri ni. Tapi macam susah pula. ok ok tengok dulu.


ah banyak lagi... centrepiece, handbouquet...doorgift...adoi tu semua tak cerita lagi.... Nanti ek. Esok nak kerja. Masuk tidoq dulu na...

Sunday, April 11, 2010

Doorgift Ideas Part 2 (Edible)

i am still clueless on what to give during reception. Google sana sini... dapatlah a few ideas..Kat bawah ni ada a few yang nampak macam menarik pada mata i... i dah attach together the website and the price for each item for ease of reference :)



Honey in Mini Jars
Source : Favors Essence
Price : RM3.50 each
Remarks : Simple kan? So guests can keep the mini jar and taste the honey as well!Tapi takut kecil sangat macam cheapskate pula. Ke tak?Hahaha. Or you can buy the mini jar ( with jam or honey) from gourmandines. So the ribbon and TQ tag DIY je lah.

Choco Muffin
Source : H.A & A resources
Price : RM0.50/pcs (min oder 100 pcs)- w/out decoration
RM0.70/pcs (decored)
Remarks : Letak ni dalam bekas yang cantik pun okay kan? Tapi... masa E-day dah bagi cupcakes. Macam sama lah pulak :)

Loose Pack Chocolates Wrapped in Foil
Source : Marryme2u
Price : 1kg = approx. 120 pcs
Min order = 1kg
Price: RM70/kg
Remarks : Ni baru macam celebrate the wedding kan? Letak dalam the cute box, letak ribbon lepas tu thank you tag... Lepas tu siap, kan?

Edible Wedding Box
Source : Coklat4u.com
Price : RM5.80
Remarks : Maybe boleh bagi kat VIP kot kan? Sebab kalau nak bagi kat semua macam meletop je bajet I? Huhuh

Personalized Chocolate Bar
Source : Also from Coklat4u.com
Price : RM1.50 each
Remarks : Free Design, and hey i saw something similar but ( of course with diff designs and prices) kat Marryme2u and ChocolatWrapper

Minihearts mint Candy
Source : KeepSakeCandy
Price : NOT AVAIL IN MALAYSIA
Remarks : Sedih.sedih. Kalau ada kan best... I nak candy warna warni macam ni. not necessarily heart shape. Tapi asalkan dia warna warni. Mana nak dapat ek?


That's all for now... Nanti i search lagi.... Penat search, banyak jugak i jumpa,tapi macam tak kena la, bukan kat Malaysia lah, etc...


Friday, April 9, 2010

Quick updates on wed preps

Quick updates on my wedding preparation.

1) Tomorrow, Saturday 9 am, Ejad will come over to my place to take measurement sebab dia dah beli kain. Chiffon Silk dengan Soltis French Lace Beaded. Dia ada e-mailed the kain to me. i macam tak dapat nak cakap cantik ke tidak. Sebab i just tengok thru gambar kan? So i dont know how it seems like secara realitynya.

But by looking at the color, memang la as what i had requested before - Pastel purple. But to me from the picture, nampak macam a bit white-ish... But it's ok. Esok dia datang, he said he will bring the kain together...So, i tengok dulu la kan before i can say anything.

2) Masih lagi men-survey photographer.Azlan masih dengan taste dia ; Chalet Cinta or Whitesignature. I had asked quotation from Fuzuri Design, but too bad so sad, they are not available on 4/12/2010.Tapi we all masih tak book2 lagi.

Macam silap juga sebab i serah bulat2 kat Azlan on Photographer. Knowing him, yang sangat busy, and bukan jenis yang suka survey2 ni, dia cakap "i nak call terus and book je" and i was like " Eh, u tanya lah apa2 dulu...Jangan main book je" and i regretted what i said. Sebab sampai sekarang no further action from him.

3) I still x beli kain nikah and still tak decide who is going to do it. Chatting dengan Hana that day, she said, the price for all the kainsss she bought untuk her nikah baju was a bit killing-her-softly. So i pun, macam emmpphh... berapa nak kena budget neh? Hehe.

Katalah kain saja ting tong ting tong dah 1k plus. Wah. Workmanship bagai lagi. Koman2 pun starts from RM500 kan? Itu kalau tailor biasa. Macammana dengan designer bagai? Letak crystal, beading bagai lagi. Wah wah. Tapi Hana cakap better bawa design dulu pergi jumpa sapa yang nak buat baju nikah kita and discuss. Ya ya , saya akan buat Hana. Haha.

Tapi, part beli kain? Dahla i tak reti pilih2 kain neh. So camna?

4) Doorgift. I masih tak dapat nak decide apa yang nak bagi. Benda yang edible or inedible. Benda yang boleh masuk perut orang dan jadi darah daging or benda yang boleh disimpan? What's ur vote?


Seriously i dah start risau. Mana nak fikir ni? Nak beli hantaran lagi. Nak uruskan itu ini lagi. Dengan kerja lagi. Nak cari rumah lagi. Tiba2 i rasa macam serabut. i cant calm myself down. Luckily, i booked pakej yang dah siap dengan MUA semua.

So i tak payah susah2 call and survey and ask other MUA whether they are still avail or not on my big day. Tapi tapi, ada orang cakap Sheila Mohammad is too expensive, which i was like... " Alah, i dah bayar dah pun..." Huhu. Redha je la. (I have to be yakin yang Sheila can jadikan i nampak cantik la on my big day... I dont want to be transformed into somebody else..Tapi i just nak nampak natural, flawless but not overly done. ;) )


i will update u guys later tomorrow on my final design for my reception dress and the kain.


and to Hana, thanks for helping me - and for ur advices. U are such a lovely dear. I really appreciate it. God bless u.


Update : Hey, i really need to pick my Sijil Kursus Kahwin... Boleh tak tak pergi ambil2 lagi... Nak kawen ke tak nak ni....Haish

Tuesday, April 6, 2010

Personal blog or Life Journal some people call it

Setelah memikirkan yang blog "This is my time of the year" ni akan dipadam atau mungkin menjadi "this is my time of the year" untuk benda lain pulak - pregnant selepas kahwin, mungkin. Dan cerita, pasal baby2 and motherhood pulak ke. Masih ditulis dengan bahasa2 yang soft - take note, nak jadi bini orang and nak jadi mak orang.

i telah memikirkan untuk menghasilkan satu lagi blog/life jurnal dengan bahasa sempoi untuk luahan rasa atau benda2 lain selain dari benda2 untuk berkahwin kahwin. Dengan watak bukan nak jadi bini orang atau mak orang, tapi menjadi diri i tanpa apa2 distractions. Wah? Distractions ke? Huhu

Maka dengan ini, diumumkan ( drumrollll!!!)

http://lifenotajoke.blogspot.com/

Yeah, that's my life jurnal.. So feel free to drop by, babes!

Saturday, April 3, 2010

Sheila Mohamad's touch

As promised, i nak buat entry for my official MUA for Reception kan? Tapi i will let the pictures do the talking je la. Sebab i tak tahu apa nak diceritakan. Haha.

Seriously, i always adore Sheila Mohamad's magical touch and i wonder whether Sheila can do magic and wonders to me on my big day or not. Tapi hopefully boleh la. She quoted 950 for the reception, So i hope the outcome will worth every penny i spend la. Huhu.









pics all credit to Sheila Mohamad's facebook