Wednesday, April 21, 2010

E-day Hantaran (Me To Him)

Hoh, entry ni sepatutnya dah lama di post. Tapi macam tak post2 sebab malas ke busy ke buat2 busy pun tak tahu la. Hoho..

Okay, ni sebenarnya sambungan kepada entry engagement i di sini.

Engagement i yang tak seberapa tu. (Yang tak di recommend any of the vendor pun. masa tu tak ada blog lagi. Bodoh2 je book sana sini. Ambil mana yang murah je.:) Hoho.)

Part photog paling kecewa. Tak berbaloi, and the photographer ambil gambar verrryy the amateur. lepas tu charge macam pro. Edited picture pun boleh dikira. Sedih. Harap album je macam boleh la...

Tapi takpe...Let bygones be bygones.:)

Mesti pandang ke depan. What more important is, i am already someone's fiance. AND I am happy, and i love him. AND he loves me. And my mom loves him, and his mom....okay okay dahh. (kot ya pun nak sedapkan hati kan? Hoho)


From Me to Him ( Ini dibuat sendiri je, sambil dibantu oleh housemates.:) )


Ini tepak sireh. Disewa. Itu sireh tipu. Haha. jimat. boleh recycle.




Sejadah. Dibeli di Jalan Tar. Last piece kaler itu. Dapat murah o. Setelah buat2 merajuk nak tinggalkan kedai. eh takdela.



Buah-Buahan - Ada strawberry, kiwi, epal, pear +dragonfruit. Kat petaling street. Sangat murah dan good grade buah2 dia.




Kek. Blueberry Cheese rasanya. Untuk family dia yang datang dari Miri. Eventhough it was like 5 of them only. Cuma gang bas sekolah menengah Azlan je yang ramai datang. Maklumlah nak shopping baju kerja di KL.



Skincare - yang haru ceritanya.
(Sebelum tunang haru, selepas tunang pun mengharukan)




Pen untuk dia pakai kerja. Asik pakai pen free je. Ni bagi yang ada ukir2 nama sikit tulisan bersambung2. ( Tapi kan macam nampak pen tu dalam kereta i lah semalam... dekat bawah kerusi... Hmmmph??
!!! *nak kena itu olang* )



Kain songket + kain baju Melayu ( baju raya dia tahun ini kot, i dah buat tahun lepas.haha)



Perfume sama after shave (kalau tak silap)




Cokelat

Hehe.. Buat sendiri je ni. Kotak, bunga semua i beli kat Nilai 3. Alas dulang, dulang and tepak sireh sewa je kat Mak Andam tu.

Walaupun rumah i macam sarang tikus beranak lapan belas masa buat hantaran tu... Tapi Alhamdulillah puas hati juga. Rasa happy sebab, dapat juga presentkan barang2 hadiah kat En Tunang i tu dengan sedikit cantik... (Kalau letak dalam paperbag je kang orang kata apa pula)

*Sapa berani letak hantaran dalam paperbag, kalau beli kat Jusco dengan plastik Jusco sekali letak atas dulang, pastu letak riben sikit. Haha.*

Eh cantek apa. Tak buat lagi mana tahu? Kan?


Esok i letak gambar hantaran dia bagi i pula. Yang tu Ibu i buatkan. Internet macam siput sedut ni. Terhegeh2. ;)

5 comments:

ally said...

yanie..ape citer ngan skincare awk yg mengharukan tu? story2..hehe..
psst..cantik hantaran2 awk buat..for sure sgt la berpuas hati kan..=)

Yanie said...

ally : Entahla Ally. Rasa menyesal sangat beli skin care tu. Mula2 ingat nak saving. Beli lah Skin Food je beli awal tau.Murah je dapat sabun dia, skin care dia, and toner. Tapi lepas tu, sebab dah beli terlalu awal, Sabun dia cair tu. End up terpaksa tambah macam2 nak bagi dia nampak cantik. Last2 budget burst!!!Hoho

thezaila said...

yani... kesian nya dgr cite pasal photog tu.. how much dier charge... sungguh x mengukur baju di badan sendiri.. if amatur.. x yah la charge tetinggi kan..

Yanie said...

thezaila : Ha, mahal zaila. RM680 untuk gambar yang sangat2 biasa. Kita semua pun boleh ambil gambar macam tu... Cuma album dia je lah macam cantik. Gambar dia semua mana ada edit. Tapi kesian punya pasal kan. Saya diamkan aja Zaila.

Malas nak cakap banyak. Hoho

ZaNaQreatiFideA said...

very patient yani nih...

Post a Comment

Hi, do shower me with positive words and great vibes. TQ