Saturday, April 17, 2010

Macam macam hal

Blogsphere. (betul ke?)

Entahla. Bagi i, blog seseorang mencerminkan diri seseorang bukan? (tak tau pulak kalau banyak hipokrasi (wah ayat) dalam blog itu)

Bagi i, pembaca dapat menilai seseorang itu melalui the way beliau menulis. Salah?

Bagi i ya, sebab kalau kadang2 vendor pengantin reply email lebih kurang pun, i akan easily pissed off (walaupun mungkin dia tak ber"nada" seperti itu di alam realitinya atau tak bermaksud, atau mungkin dia pinjam perkataan " i didnt meant what i say, but i only say what i mean" okay whatever)

Talking about impressions. Normal la, kalau first time kita pergi kedai nak beli barang, layanan macam sucks gila, adakah akan ke kedai itu lagi? Mungkin ya kalau kita terpaksa sebab tak ada kedai lain dah nak pergi, kan? Tapi kalau ada 5, 6 kedai jual barang yang sama? To hell lah with the kedai.

Same goes to what i want to say here, kata mula2 kita baik dengan seseorang sebab kita rasa dia sangat helpful, tanya itu ini, wah cepat je bagi info. Ikhlas.

Tapi bila kita tanya "berapa u sewa baju pengantin tu?" then dia cakap macam ni " RM**** ( TAKE NOTE, 4 FIGURE okay) it's not like what u think dear" again, dia emphasize kan "it's not like what u think dear" i am still okay with the words. Yelah, maksud dia, tadi kita ingat baju dia tuh dalam lingkungan RM1000 - RM2000 je rupa2nya lebih dari itu. Fine, i am still okay with it. No worries.

TETAPI, bila that somebody (yang dulunya i ingat baik) selalu sangat macam rasa dia lah seorang nya yang over the top, yang rasa dia lah yang mampu buat majlis perkahwinan mahal gila dan suka merendah2 kan orang yang ikhlas bertanya. Asal i tanya , contoh "Mana nak dapat box tu? Yang macam tu ek? Ada renda- renda tu? :) " Lepas tu cara dia balas, contoh " Oh tu, tu i beli RM5.00 per box,bagi dekat normal guest je. kalau u nak yang ikut bajet u (SEKALI LAGI MANA DIA TAHU BAJET I?MACAM KITA NI TAK ADA DUIT SANGAT KAN?) u beli je yang kotak kosong. letak ribbon. Baru RM1 LEBIH. sama cantiknya jugak kan?" Padahal i tanya mana dia beli, kenapa tak nak cakap?

Wau! Sedih bukan? Apalah salahnya berkongsi.Kalaulah i mampu, i pun akan procede benda yang sama, kalau i tak mampu, i diam aje la. i cari source yang lain. Tapi x payahla merendah2 kan orang lain. Bukan kah tidak baik?

* Perbualan di atas hanya contoh saja ye, tapi situasi sama*

Entahlah, i malas lah. Bila i dah ingat seseorang tu sangat baik, tapi diperlakukan begini. I redha je la. Senang untuk tidak mengdownkan diri i bila bertanya, i terus senyap je, tak tanya apa2 lagi dah. Malas lah kan? Sedar kita hanya orang biasa yang sama seperti orang lain, mengimpikan benda yang sangat2 indah untuk wedding kita dan cuba dapatkan yang sama seperti itu tetapi ikut bajet yang tak berapa nak banyak ni. :)

* macam baju rekaan designer terkenal, tapi tempah kat tailor depan umah je* hehe.. asal cantik, sudah, kan?

Niat i nak berblog pasal wedding is just to share with all the bride to be out there macammana nak buat itu ini, kat mana nak dapat itu ini, berapa harga itu ini.. (of course kita recommend the cheapest one, kan?) trend2 fashion yang in, share ideas... tapi... kalau ada sesetengah ingat kita nak berlawan dengan orang2 lain, haish entahlah kan?

Bagi I, marriage is just a small part in life, banyak lagi nak dilalui lepas ni. Ada masa kita berada di atas, ada masa kita berada di bawah. So, LET'S think about it.... :)

** Maafkan saya untuk entri kali ini, but this is just to share.

Updated : Allah saja yang tahu hati manusia kan? Rambut sama hitam hati lain2.