Thursday, April 1, 2010

Wedding preparations yang terhenti tapi bergerak sikit je.

Lama gila i tak update blog. Semua wedding preparations i berhenti macam tu saja. I tersangat lah busy dengan kerja, dengan benda2 sampingan yang berfaedah dan juga yang tak berfaedah. Nak blogwalking ke blog2 bride to be lain pun tak sempat. Sempat YM je dengan Hana, tanya pasal Dzull De Classique and sembang2 sikit2 pasal wedding preps. Hana siap ingatkan i masa i cuti itu hari suruh i update blog and blogwalking. Tapi, ya ampun, tak sempat juga. Banyak gila benda lain nak buat.

Cuma on 27 March hari tu, 2 days after bonus been credited into my account $$$$, i terus jumpa my Wedding Planner, Ejad from Kayangan Bridal bayar deposit 50%. Lega sangat. Dari i wasting my bonus begitu saja. At least i dah prioritise kan apa yang sepatutnya i buat, and i plan for the bonus.

I set appointment dengan Ejad di Secret Recipe, Sogo. Kebetulan i pun nak shopping beberapa helai seluar dan kasut kerja di situ, so tak ada hal la i jumpa dia di sana. Ejad datang dengan my official MUA for Recept...Sapa lagi kalau bukan Kak Sheila. Kak Sheila sangatlah cool and bersahaja gitu. Siap bagi no telefon orang buat fondant cake lagi.Dia kata kakak ni buat sedap and murah. Haha. Kalau siapa2 yang still x kenal sapa Kak Sheila ni, dulu dia ada buat bridal, S'Flair Bridal tu.

Kak sheila yang baju itam

Tak silap I S'Flair punya baju selalu masuk Majalah Pengantin, and Kak Sheila juga make upkan Ayu Raudah, Rozita Che Wan and Lisdawati, rasanya dia yang makeupkan Lisda masa kahwin juga. Sekarang ni dia dah hand over bridal kat Kayangan ni. Dia concentrate kat Sheila Mohamad Coutoure rasanya. Jual busana2 perempuan yang ready made and design bridal shoes juga.

i memang sangat suka makeup Sheila Mohamad, sebab i akan beli Majalah Pengantin every month without fail and akan tengok artworks Sheila Mohamad. Sebenarnya, i memang nak ambil S'Flair as my wedding planner tapi sebab dengar dah hand over kat orang lain, my colleague suggestkan Kayangan, and tak tahu pula I, Kayangan adalah anak didik Sheila Mohamad. Haha. Memang sudah rezeki kot.

Lagipun I malas dah nak survey mana2, sebab I rasa Kayangan Bridal punya pakej selain dari menepati bajet i, semua yang i nak, ada. Yang penting the baju is custom made. Sebab as i told u guys earlier, i ni rendah orangnya and bersaiz M, so i dont think there will be lots of choices for wedding outfitskat luar sana untuk I.

Ejad bawak 4 designs baju which the two of the bajus i memang dah rejected much earlier sebab nampak cam biasa (i mean yang memang i dah tengok before), SO i shortlist kan two out of the 4, and try to guess which one yang i pick? And which one u guys think suits me well?Haha

Design No 1 ( I request kain dia heavy sikit macam kat bawah ni if i were to pick this one)

Design No 2

So Ejad cakap patutnya Jumaat, 2 April 2010 dia nak ambil measurement tapi i pula tak berkesempatan, so bila i suggest untuk dianjakkan ke Saturday or Sunday tu dia pulak tak boleh sebab ada wedding katanya. So next week lah jawabnya kan. Risau juga I, Sebab niat di hati nak diet, so manalah tahu kan, lagi sekali MANALAH TAHU.... Dalam beberapa bulan ni terkecik sikit ke apa ke.... Hahaha, boleh ka dia alter balik baju tu? Bodoh sikit soalan. Mestilah boleh kan??

And oh ya, tadi i pergi tengok 3D How to train your dragon, sangat best. Memang i dengan Azlan sangat enjoy the movie. Cerita dia ringanlah kalau nak tengok lepas seharian stress di tempat kerja.... So misi I lepas ni, baju nikah. I pun tak tau nak buat design macammana and dengan siapa. Macam nak buat dengan Dzull De Classique sebab sangat banyak reviews ckp Dzull buat memang very the nice. Tapi Sudah janji sama Kak Unaisah. So macammana?Adoiii...


P/S : Untuk kawan2 bride to be I, yang i janji nak hantar mystery gifts tu, omaigod. I minta maaf sangat2. Masih tak menyempat. I akan send semua this Monday.... (Nasib housemate kerja Pos Laju, Hehehe)

3 comments:

elyina said...

hi dear,bleh share pembuat fondant kek tu?
if u don't please email me at lavender_angel53@yahoo.com

thanks!

Yanie said...

Elyina : Hi there, e-mailed u already! :)

hana yoriee said...

huhu..betul lah..comment hana tak appear.
ok yanie..my pick goes to the 2nd sketch! hehe..glamour n vast gitu..hihi..

Post a Comment

Hi, do shower me with positive words and great vibes. TQ