Tuesday, June 29, 2010

Second Photographer

My second OP. Booked and paid the deposit already. My high school's senior's hubby.

During my engagement day, i ordered cuppies from her {Hey, Cupcakes!} and this time around, it's the hubby's turn to make my day. :)

All photo courtesy from {here}










If you would like to see the end product and more of his artworks, please feel free to contact him.

He can drop by at your place F.O.C.

Contact details :

contact:
Ezwan Emary
the7asmann@yahoo.com
017-3638204

Wednesday, June 23, 2010

I cried while watching this.......

i cried watching this video. Menangis semahu2nya especially part the bride peluk bapa dia.(i think her father kot, forgive and correct me if im wrong :))

I just miss my ayah. I hope that he can be my wali and nikahkan i nanti.

I want my nikah to be something that is memorable to the whole family. I want it to be full of happiness, and tears of HAPPINESS. I dont mind if the majlis will turn out to be not like what i expected ke, or not like what i always dream of ke, i just want my ibu and ayah to be there with me, i just nak tengok orang2 yang i sayang happy untuk tengok i menjadi seorang isteri.

i nak Azlan tahu, he is going to take care someone yang sayang dia, sayang her family, sayang all her friends, and sayang everyone yang sayang dia...

Sorry, tak boleh tulis lagii... mahu menangis.... ;-(



Video credit to : Myshots wedding (silalah tengok in Youtube, canttikk sangat video2 mereka)


Tuesday, June 15, 2010

How I Wish I can.....



have those donuts at the main table, i dont want to eat those 'udang galah', 'ayam panggang', u know those typical lauk pengantin, sebab macam tak boleh makan je... Donut pun ok. heh heh.


give out strawberry jam as the wedding favors


have this kind of hairstyle with silver headband, or diamante tiara maybe? Macam malas lah nak pakai crown. Tapi bila lagi nak pakai crown?


have a piece of a photo of me with my veil (vey much similar like the above, it's so classic,kan?)


do this nose touching scene without having to 'malu2' with the guests or the family members (2 in 1, kot2 gatal hidung ke, nak kaber, buat2 gesel2 dengan hubby suruh OP amek gambar, hoho)



have my bridesmaids in those dresses (hehe, berangan je..diorang pakai tudung la)



have those Caramel Covered Apples and those watermelons as the desserts for the guests


have this beach wedding centrepiece, it is so vintage, classic and just simple



wear sunglasses during the ' walk the aisle'.... heh heh


have this colourful paper lantern hanging around the hall



wear those gold 'MANOLO BLAHNIK' heels ( or maybe silver)


on my wedding day........


how i wish la...............*berangan mode*


Source : {here}, {here}, and {here}

Saturday, June 12, 2010

Updates on my vendor list!

Setelah kekecohan i bertukar wedding venue hari tu, bertukar vendor segala. Alhamdulillah, i dah boleh bernafas lega sekarang.

Semua benda dah dapat i settlekan, Thanks a lot to those who had suggested. Little that i know, yang wed preps sangatlah memenatkan dan menstress kan. Tapi, alhamdulillah... everything is OK now.

OK guys in conclusion benda yang dah dapat i settlekan is as below:

1) Baju Sanding - Ezzad Zikry Ishaq, thanks a lot to him, sebab dia cakap, x payah bayar apa2 dah, dia nak upgrade semua kain supaya berbaloi dengan apa yang i bayar. tapi i pun tak tahula apa kain dia~ i x pandai sangat kain2 ni (banyak juga yang dia buat upgrade). Kasut pengantin pun dia cakap i boleh ambil terus. We had this "friendship" talkings and he said, he will do the best for me, and i have faith in him. Seriously, i dont want any darkspot in the friendship i had made with him, sebabnya he is actually a good wed planner. PR skill bagus and tak berlagak2. His artworks also not bad either. You can add him at Facebook or simply klik Kayangan Bridal at my list below untuk tengok baju2 dia. tapi tunggu baju ala2 umie aida tuh boleh release, i tunjuk kat sini. :)

Tapi maybe sebab that day, i kalut dia pun kalut, masing2 dah tersalah paham. Cuma i terkilan sebab tak dapat nak rasa makeup Kak Sheila, MUA yang memang i admire dari zaman i belum bertunang lagi... hmmph...xpela... nak wat camne... just not my rezeki.

i just hope that my baju will turn out to be cantikkk.. i like something simple but nice. yang banyak2 manik and batu... :)

Yang lelaki punya pun dah setel, tadi baru gi pick up... kena campak jauh2 sebab i ni nanti suka nak bukak2 nak tengok~ jangan sampai i pulak yang pakai bergaya depan cermin, memang kena pelangkung ngan housemate i. Gila dia cakap.

2) Makeup - Reception/Solemnisation, i amek Hazlie je... i dah malas dah nak google2 and tanya2 sana sini.Dulu pun pernah tengok artworks dia pun cantik, and one more dia boleh buat rambut juga dengan cantik. Check out rambut anil dia buat masa B2B gathering. Cantek kan?

3) Pelamin - Rass Deco, thanks to Huda (spreadmyhappiness) sebab advice i pasal satu vendor ni. Nasib i tak go further book diorang, memang harga is like way lower than my initial budget of 4 k tuh tapi sebab ada bride to be yang pernah terkena and turned out that bride is one of my seniors in STF dulu. Terus i x jadi. Thanks Huda, you are my saviour. Hopefully Rass deco, boleh buat pelamin i dengan cantik. tengok my friend nye pelamin, Faradiba (myfavcolourispink), cantik sangat, simple but nice!

Tapi satu la, Kak La ni busy... i tak sempat2 lagi ambil receipt dengan dia. Takut dia lupa pulak nanti.

4) Hantaran Deco - told ya, it's raja feena you all!!! PROMO. RM35 sedulang. Hoho. (Tak habis2 aku suka dengan benda ni, oh ya i dah promote raja feena kat entry yang lepas) cekidaut!

5) Official Photographer - Bro Sam Rais, BUT im still looking for second OP. Thanks to those who had suggested kat my previous post. I bukan nak cakap, PR Sam Rais pun sangat bagus, dia siap cakap 'U hire me, u pay me, jadi i boleh accept your suggestion atau apa yang u nak. i akan buat yang terbaik' sebab i tanya dia that day, boleh tak i nak list down kan apa yang i nak...

6) My hantaran checklist, dah dalam 50% siap kot... Sebab yang lain tu kena beli dalam bulan 11 camtuh.

7) Dewan - Puspanita Hall KL, Jalan Hose -

Rental - RM5000 for first 4 hours tak silap tapi masuk kerusi meja semua. not bad the hall.


Tuh je la so far... nanti i update lagi....

Friday, June 11, 2010

Still looking for second photographer and videographer!

Hi guys, i am still looking for second photographer and videographer.

i am okay with my main OP , Bro Sam Rais, but knowing that my event will be held dekat dewan, i think hiring another additional photographer is not a bad choice either.

Yes i do have budget limitation but i definitely can pull off the budget to the extend that is affordable enough and considerable enough for a second photographer.

And what is the normal price for a single event videographer ek? Suggestion anyone....

p/s ; i deleted the previous red statement coz i dont wanna create havoc. hoho... whoever yang dah terlepas bace, if u wanna know more, email me ya. tq .. Sorry i have to respect a lot of people who read this blog and i cant simply pour out any dismay in my wed preps i encountered here. :)

Mulut orang bila nak kahwin

i still remember when someone used to advice me :

" Nak beli hantaran, beli yang classic, so boleh pakai lama"

Yeah, i setuju dengan the advice tu. Trend will fades over the time. Beli yang classic tapi evergreen. so sampai dah anak cucu pun masih boleh pakai barang2 tu. but you should ask yourself back "How classic is classic?" You mean classic satu handbag harga RM8K ke so that tak payah beli2 yang lain dah? hoho....

Tapi frankly speaking, i dont follow the advice when it comes to my own hantaran hunting. i pandai bagi advice ni kat orang lain je. i hanya beli hantaran yang i suka je. Kawan i yang tengok the hantaran pun cakap dekat i " i dont think you will still be using this *** and that**** by the time u reach 30"

Hoho, xpelah. i beli hantaran ikut apa yang termampu and apa yang i suka. so i dont mind whether i will still be using that hantaran in another 10 years to come pun. kalau dah rasa tak boleh pakai, i will wrapt in wrapping plastic and simpan elok2... Boleh je kalau cucu2 nak tengok. Bila nak fikir apa orang cakap masa nak kahwin ni, memang tak tahan telinga tu.

Satu tips nak mendapat kebahagiaan semasa buat wedding preparations ialah 'pekakkan telinga' je. Tapi xdelah pekakkan semua, mana advice yang betul dari parents, yang make sense, kena dengar juga and ikut. Eventhough, kita ada our own wedding dreams, nak buat garden la, nak buat fairytale la, nak buat english la, traditional la, tapi kena tengok juga kesesuaian dan kemampuan kita nak realisasikan dreams tu.... ( peringatan untuk diri sendiri juga ni)

Ada juga yang cakap, " Alah, benda ni lain kali pun boleh beli...belilah yang mahal sikit"

Bila orang cakap mcm ni, memang i panas telinga sedikit. Kalau yang bercakap tu nak tolong beli, xpela jugak kan, biarlah apa pun yang terhidang di atas dulang hantaran pengantin2 itu. Itu hak mereka. Hadiah dari si wifey ke si hubby. Dari si hubby ke si wifey. Lagipun, hantaran2 ni semua bukan wajib pun dari segi Islam. Ini adat saja. Itupun bukan semestinya " Letak beg Louis Vuitton atas dulang"

Ikut kemampuan, kalau mampu...go for it. Kalau tak buat cara kita. Kalau memang u dah lama nak that something and you really want it to be the hantaran, and you can pull off your budget ~ ha, tak ada masalah.

Pernah saya tengok gambar saudara kawan kahwin, skincare dia, dia letak SAFI RANIA GOLD tuh... Ada jugak mulut2 yang mengata " Bagi Safi je, benda ni hari2 pun boleh beli..."
Selamba je i balas balik " Yelah, maybe dia nak beli benda yang memang dia pakai, and yang dia mampu pakai selama2nya, dari bagi SKII, time hantaran tuh je lah pakai, lepas tu tak ada budget nak beli.Hihihi" ~ Mulut yang mengata tadi terdiam.

Jadi kesimpulannya di sini, membeli lah ikut yang kita nak, yang kita suka and yang termampu oleh kita. And yang melihat tuh, biarla orang nak bagi apa. Dah itu orang tu mampu. Kalau sakit mata melihatnya, u sponsor la beli yang mahal sikit~ kann?

Haish, nih lah salah satunya cabaran nak berkahwin. Macam mana pula cabaran you all? Share sikit.... :)

Tuesday, June 8, 2010

Hantaran Fresh Flowers for only RM35 per tray!!

Raja Fiena is having a promo for hantaran deco. The promo is only valid for 5 customers ONLY, so it is solely based on first come first serve basis. You guys better grab the promo while stock last!

Im so thankful to Aim for the info on this promo. I straight away e-mail feena and do the bookings!

Oh ya, to block date,50% of the total hantarans amount need to be placed accordingly. (But you can discuss further with Feena)

You can just e-mail her. She is very efficient in replying all the e-mails. According to her she is online 24 hours. Wau! How cool is that? No wonder her job list looks like never ending one u know.. Hehe.

Only thing is that, there is no picture in her blog to indicate how the deco will look like, but i dont mind. The price she charged is really affordable for me. Knowing that fresh flowers will only last for one day, so to splurge for more than 1k for all 16 trays is just ridiculous ( i mean for someone with a tight budget like me!)

So, im glad that i managed to grab this promo. i will sleep with a huge grin on my face tonight knowing that i will only have to spend half of what i had budget earlier for hantaran deco. Yes!!haha.

im the top two in her list. go cekidaut!


For more info guys,

do give her a call, or e-mail or u can just SMS her. She is very laid back and easy to deal with!

Name Raja Suefina
Email raja.suefina@yahoo.com
hp 017-3905266
YM Id raja.suefina


or u simply click [here] for more info!


p/s : semua benda murah i memang suka!

Dulang Hantaran Berkaki untuk Disewa/ For rent

Dear Guys,

I ada two types of dulang for rental. I call it as Dulang Hantaran Berkaki.

If anyone of you interested in renting these dulangs, do email me at thisisyanie@yahoo.com.

Dulang macam ni dah tak payah letak2 kain ke apa kott... Hehehe. So can slash that from budget d...



Size S

Size M



Color : White
Size : S and M
Quantity : 9 units (S size) , 2 units (M size)
Measurement : Size S - 9.75" (length) x 9.75" (width)
Size M- 9.75" (width) x 12.8" (length)
Rental Fee : RM12 (S size) , RM 15 (M size) / per unit
Rental Duration : Maximum 3 weeks (preferably 2 weeks before event for pick up)
Delivery Charges : RM5 within Klang Valley/ Selangor only (RM10 will be imposed for delivery and pickup)

Slash slash wedding checklist!!!

Despite our buzi-ness, my fiance and i telah berjaya clearkan our wedding checklist sikit2.

in the past two weeks kita dah :

1) Beli kain for the whole family. Where? Cosmic Silk Jalan Tar.
- My mom yang pergi so i cant tell u guys much on the place lah. but looking at the kains yang my mum beli, to me they are quite nice and ok. my mom will distribute to the family members by next week kot. So that they still have ample time to send for tailoring, kan?

2) Beli kain for the bridesmaids. Where? JAKEL, Jalan Tar
- Haha, Yang ini tak payah cakap. You all mesti tahu punya kan. i spent around RM200 plus je (for 5 person ya) for all the kains, got great deals lah sebab Jakel is currently having SALE, so banyak kain yang dah further Marked down price.Tapi SA yang attended to me to quite kedekut la, minta discount pun tak bagi walaupun banyak kali my mom cakap "Semalam dah beli satu kayu kat sini" Haha. Alasan my mom. Tapi betullah, beli for my stepdad punya family pulak.

Kain for bridesmaids, quite okay juga (tapi x tahulah kan, sebab i main ambik je)...Tapi kain yang my mom beli for my stepdad's family tu, entahlah pada mata i, i tgk tak berapa sangat. my mom keep on cakap "dah buat baju, cantik neh..." Okaylah ibu...apa-apa aje. Yang penting berbaju sudah.... heheh.

3) Suit for Azlan. Where? Domanchi, Mid Valley.
- Finally, we all beli suit yang tak nampak macam wedding sangat. it's a bit casual but acceptable for wedding la. Beli the cravet thing jugak. sebab Azlan, dah jadi groomzilla jugak ke apa. tak nak pakai bowtie atau tie. i cakap, oklah, whatever, as long as he's happy kan?
Mula2 tuh lagilah, dia nak pakai kemeja hitam kat dalam. i was like, "eh, eh, nak kahwin ke nak gi orang mati ni?" haha...then he said "tah nampak elegan je.. " part ni takleh whatever lah kan, sebab to me hitam is a no no for wedding lah ~ nasiblah last2 dia amek jugak kaler putih.

SA kat Domanchi sangat helpful.Memang sabar gila layan karenah kitorang walaupun masuk outlet diorang kol 10pm.Kedai lain semua dah tutup. Memang siap tolong Azlan kancing butang apa semua. Sebab Azlan kan dengan bertongkat apa tuh... so memang bagi two thumbs up lah kat diorang. To those yang nak tahu pasal domanchi, boleh let me know. i will try to help as much as i can.

4) Dah book English and Malay Traditional Music by Pak Tam's group.
- Ini my mom yang uruskan. She went to her friend's daughter wedding and dia nampak this group nyanyi lagu Sway by Michael Buble in a traditional way and she loves it very much. So awal2 dia dah cakap,nak book this group for my wedding. I nak cakap lebih2 pun tak boleh lah you all sebab tak dengar lagi.... hopefully okay lah.

i x kisah sangat whether benda ni ada ke tak ada, ini pun dah bersyukur dah ibu nak sponsor. :)

5) Dah book makeup Solemnisation
- Still with Hazlie you all. He had even asked me bila nak jumpa sebab nak discuss apa my preference. Adoi, i x kisah je. Asal sedap mata memandang cukup lah. Nak cantik sangat tu x adalah kot sebab i pun biasa2 je. Nampak ok2 je pun dah best dah kot :)

And now, i still tengah survey siapa nak buat hantaran i and centrepiece. Hantaran deco tuh dah ada kot siapa, tapi centrepiece tuh.... i'd asked this one vendor and they quoted me RM80 per table. Gila MAHAL. , Isk. Coz i will probably have like 60 tables kot that nite. Omai god. Nih yang rasa nak upgrade Rass Deco ni.


Anyone of you guys yang tahu siapa boleh cater centrepice for 60 tables, fresh flower and budget let me know ek... i thought of having my hantarans, my bouquets, centrepiece all DIY, tapi time contraint guys.... Kesedihan.

Friday, June 4, 2010

Wedding Aim&Suffian, Hana Yorie, adventure..... :)

Entry ni patutnya di post pada 30 atau 31 Mei 2010... Tapi ni dah berapa hari ke depan dah kan?

Haha. Maaflah. Biasalah. Banyak sangat urusan2 yang lebih penting mesti disetelkan sampai mencuri masa i memblog.

Mula2, i nak wish congrats to Aim & Suffian on their wedding. Unable to attend yang 29 May due to my nephew first year's birthday celebration. So i pun attend yang majlis bertandang on 30th May, sebab Aim telah menjemput ke kedua2 event.

Hari itu, adalah hari yang sangat bersejarah. First time, i ni jumpa kawan blog secara live, selain dari kawan2 sekolah. Kawan blog tu ialah Cik Hana Yorie.

Memang sangat happylah dapat jumpa dia, yelah, both of us selalu jugak lah ber YM share wedding preps kami and berkeluh kesah mak esah pasal wed preps. Selalunya berkomunikasi secara virtual gitu kan, kali ni dapat komunikasi secara face to face gitu. Pastilah best.
Lepas ni kalau dijemput ke wedding blogger lain, inshaAllah nak pergi sebab since dah ada kawan yang dapat konvoi bersama ni, rasa cam tak segan lah.

Ini pun nasib baik ada Hana, kalau i sorang2 memang i tak dapat nak gi kenduri kahwin kat tempat yang i tak tahu. Reasons why? i am not a frequent driver, drive pun hanya kat tempat2 yang tahu pergi saja. Sekarang ni, nak ajak Azlan ke kenduri2 kahwin, Ya Allah sangatlah tak sampai hati, sebab dia bertongkat. Mcmmana nak pergi tempat yang ramai orang, kan? And selama ni memang dia je yang drive ke mana2 pun. Pergi mana2 mesti dengan dia je.

GPS yang install dalam mobile phone tuh pulak tak well function, hp Azlan punya GPS rosak, and i punya handphone pula memang totally kaput menyebabkan banyak gila no kawan2 i yang tah mana2... sekarang i pakai I phone China aja, yang kalau save no dalam dua2 tempat dia terus tak dapat read. Hampagas betul.

So semua ni telah menyebabkan i dengan Hana Yorie melalui satu adventure yang sangat tidak dapat dilupakan ke wedding Aim & Suffian. Hoho.

Okay the night before wedding Aim tu, i dah call Hana, asked her amacam plan esok, so we both decided nak jumpa kat Kompleks Tabung Haji kat Kelana Jaya (sebab tu je tempat yang kitorang dua familiar). So Azlan yang masih boleh bawak kereta, hantar i kat situ, untuk jumpa Hana.

Sampai tempat tu, i dah sengih2 dah dalam kereta nampak kereta Hana kat bawah pokok tepi jalan. Dalam hati " Hah, dapat jugak aku jumpa dia ni...:)" Terus turun kereta, bukak pintu kereta Hana terus salam dia " Hai, hana...." sesi ice breaking jap...lepas tu terus tanya dia " Hana, ada GPS tak?" Dia jawab " Alamak, takdelah Yanie, Hana nye GPS tak jumpa wayar dia "
Dalam hati i " Alamak, mcm mana ni? Dahlah dua2 tak familiar dengan kawasan Shah Alam tuh"

Nasib baiklah Azlan punya hp ada. So i pun terus exchange HP dengan Azlan kat situ. Tapi Azlan dah cakap siang-siang yang dia punya GPS tuh selalu hang.... I cakap tak kisahla, yang penting ada panduan... So off we went to wedding Aim dengan GPS yang sikit2 hang tah apa2 tu.

Perjalanan kitorang memang adventure gila, bayangkanlah berapa kali pusing kat tempat yang sama dekat ngan pusat bandar Shah Alam ke apa tu, sebab masa ni GPS dah hang. Lepas tuh, i lock kat Taman Bunga Tanjung tapi tell you guys what, bukan Taman Bunga Tanjung Subang, tapi Taman Bunga Tanjung Shah Alam!!!!!!!!!!!!!! tah mana2 GPS tuh bawak kitorang....

Masa dah nak nampak signboard Taman Bunga Bunga Tanjung first-first tuh kan, Ya Allah tuhan je tahu, betapa happynye i dengan Hana. Macam dapat hadiah kau. Siap give me 5 dalam kereta. Cari punya cari, kitorang dah start suspicious " Eh, mana nye khemah?"

Tak nampak2 khemah you all.... Ya Allah, sabar je lah lepas tuh tengok2 rupa2nya...."Hanaaa...Yanie salah set,actually bukan Yanie, tunang yanie ni salah set GPS " ...Adoi... Cepat2 betulkan.

Lepas betulkan GPS tuh kitorang pun teruskan perjalanan, still sesat2 jugak tapi Alhamdulillah akhirnya sampai jugak kenduri Aim. So happy to see Aim on that day and dapat jugak ambil gambar dengan dia but not from my camera lah... From Bak's camera... Nanti nak minta kat Aim lah gambar tu... Haha. I tak sempat langsung nak ambil gambar apa2 sebab macam kitorang sampai dah lambat... Lepas tuh mcm pengantin pun layan2 tetamu je. Nasib sempat makan. ( And makanan dia sedap lah, cuma sebab i segan makan pun kontrol2..... hoho)

Sempat borak jugak dengan Aim, and Aim pun ada cerita pasal dia punya wedding dress. Sedih dengar... Tapi after major alteration tuh, i tengok cantik je Aim.... :) :)

So congrats Aim, and have a blissful marriage. Be happy forever with Encik Rocker k......


Kat bawah nilah , beberapa gambar yang sempat disnap.... takda pun gambar pengantin...curi satu dari blok Bak ..(Aim & Suffian's OP) Hoho.



Them!


Centrepiece, comel je... senang je nak wat ni... DIY DIY!

Makanan yang dimakan sikit je...Tapi yang tu Hana punya

Doorgift from Aim... Ni macam Sarah je buat


See u guys next entry, banyak idea nak dishare ni , and nak round mintak alamat... Nak send wedding magazines. Setakat ni baru ada address Xora, Huda and Hana. Nak balik awal ni...Malam ni food testing.

Dibawah : gambar bersama nephew i masa birthday dia...satu tahun dah umur dia...he never fail to make me smile. Danial, aunty loves u so much, k?!