Friday, June 4, 2010

Wedding Aim&Suffian, Hana Yorie, adventure..... :)

Entry ni patutnya di post pada 30 atau 31 Mei 2010... Tapi ni dah berapa hari ke depan dah kan?

Haha. Maaflah. Biasalah. Banyak sangat urusan2 yang lebih penting mesti disetelkan sampai mencuri masa i memblog.

Mula2, i nak wish congrats to Aim & Suffian on their wedding. Unable to attend yang 29 May due to my nephew first year's birthday celebration. So i pun attend yang majlis bertandang on 30th May, sebab Aim telah menjemput ke kedua2 event.

Hari itu, adalah hari yang sangat bersejarah. First time, i ni jumpa kawan blog secara live, selain dari kawan2 sekolah. Kawan blog tu ialah Cik Hana Yorie.

Memang sangat happylah dapat jumpa dia, yelah, both of us selalu jugak lah ber YM share wedding preps kami and berkeluh kesah mak esah pasal wed preps. Selalunya berkomunikasi secara virtual gitu kan, kali ni dapat komunikasi secara face to face gitu. Pastilah best.
Lepas ni kalau dijemput ke wedding blogger lain, inshaAllah nak pergi sebab since dah ada kawan yang dapat konvoi bersama ni, rasa cam tak segan lah.

Ini pun nasib baik ada Hana, kalau i sorang2 memang i tak dapat nak gi kenduri kahwin kat tempat yang i tak tahu. Reasons why? i am not a frequent driver, drive pun hanya kat tempat2 yang tahu pergi saja. Sekarang ni, nak ajak Azlan ke kenduri2 kahwin, Ya Allah sangatlah tak sampai hati, sebab dia bertongkat. Mcmmana nak pergi tempat yang ramai orang, kan? And selama ni memang dia je yang drive ke mana2 pun. Pergi mana2 mesti dengan dia je.

GPS yang install dalam mobile phone tuh pulak tak well function, hp Azlan punya GPS rosak, and i punya handphone pula memang totally kaput menyebabkan banyak gila no kawan2 i yang tah mana2... sekarang i pakai I phone China aja, yang kalau save no dalam dua2 tempat dia terus tak dapat read. Hampagas betul.

So semua ni telah menyebabkan i dengan Hana Yorie melalui satu adventure yang sangat tidak dapat dilupakan ke wedding Aim & Suffian. Hoho.

Okay the night before wedding Aim tu, i dah call Hana, asked her amacam plan esok, so we both decided nak jumpa kat Kompleks Tabung Haji kat Kelana Jaya (sebab tu je tempat yang kitorang dua familiar). So Azlan yang masih boleh bawak kereta, hantar i kat situ, untuk jumpa Hana.

Sampai tempat tu, i dah sengih2 dah dalam kereta nampak kereta Hana kat bawah pokok tepi jalan. Dalam hati " Hah, dapat jugak aku jumpa dia ni...:)" Terus turun kereta, bukak pintu kereta Hana terus salam dia " Hai, hana...." sesi ice breaking jap...lepas tu terus tanya dia " Hana, ada GPS tak?" Dia jawab " Alamak, takdelah Yanie, Hana nye GPS tak jumpa wayar dia "
Dalam hati i " Alamak, mcm mana ni? Dahlah dua2 tak familiar dengan kawasan Shah Alam tuh"

Nasib baiklah Azlan punya hp ada. So i pun terus exchange HP dengan Azlan kat situ. Tapi Azlan dah cakap siang-siang yang dia punya GPS tuh selalu hang.... I cakap tak kisahla, yang penting ada panduan... So off we went to wedding Aim dengan GPS yang sikit2 hang tah apa2 tu.

Perjalanan kitorang memang adventure gila, bayangkanlah berapa kali pusing kat tempat yang sama dekat ngan pusat bandar Shah Alam ke apa tu, sebab masa ni GPS dah hang. Lepas tuh, i lock kat Taman Bunga Tanjung tapi tell you guys what, bukan Taman Bunga Tanjung Subang, tapi Taman Bunga Tanjung Shah Alam!!!!!!!!!!!!!! tah mana2 GPS tuh bawak kitorang....

Masa dah nak nampak signboard Taman Bunga Bunga Tanjung first-first tuh kan, Ya Allah tuhan je tahu, betapa happynye i dengan Hana. Macam dapat hadiah kau. Siap give me 5 dalam kereta. Cari punya cari, kitorang dah start suspicious " Eh, mana nye khemah?"

Tak nampak2 khemah you all.... Ya Allah, sabar je lah lepas tuh tengok2 rupa2nya...."Hanaaa...Yanie salah set,actually bukan Yanie, tunang yanie ni salah set GPS " ...Adoi... Cepat2 betulkan.

Lepas betulkan GPS tuh kitorang pun teruskan perjalanan, still sesat2 jugak tapi Alhamdulillah akhirnya sampai jugak kenduri Aim. So happy to see Aim on that day and dapat jugak ambil gambar dengan dia but not from my camera lah... From Bak's camera... Nanti nak minta kat Aim lah gambar tu... Haha. I tak sempat langsung nak ambil gambar apa2 sebab macam kitorang sampai dah lambat... Lepas tuh mcm pengantin pun layan2 tetamu je. Nasib sempat makan. ( And makanan dia sedap lah, cuma sebab i segan makan pun kontrol2..... hoho)

Sempat borak jugak dengan Aim, and Aim pun ada cerita pasal dia punya wedding dress. Sedih dengar... Tapi after major alteration tuh, i tengok cantik je Aim.... :) :)

So congrats Aim, and have a blissful marriage. Be happy forever with Encik Rocker k......


Kat bawah nilah , beberapa gambar yang sempat disnap.... takda pun gambar pengantin...curi satu dari blok Bak ..(Aim & Suffian's OP) Hoho.



Them!


Centrepiece, comel je... senang je nak wat ni... DIY DIY!

Makanan yang dimakan sikit je...Tapi yang tu Hana punya

Doorgift from Aim... Ni macam Sarah je buat


See u guys next entry, banyak idea nak dishare ni , and nak round mintak alamat... Nak send wedding magazines. Setakat ni baru ada address Xora, Huda and Hana. Nak balik awal ni...Malam ni food testing.

Dibawah : gambar bersama nephew i masa birthday dia...satu tahun dah umur dia...he never fail to make me smile. Danial, aunty loves u so much, k?!



5 comments:

Nurulhuda|Adlie said...

ala mana gambar yanie dengan hana!!!!

Yanie said...

Huda : Huda, gambar Yanie dengan Hana ada Bak ambil masa kat pelamin Aim & En Rocker. Nanti Yanie minta kat Aim. Yanie tak sempat nak amek gambar. Cik Hana pun malu2 kuching gitu.... Hehehe.... Nantikan kemunculanya... Gambar2 orang sesat bersama pengantin... Adoila...

aziraarif said...

apakah doorgift nye itu? hihi..
sibuk je nak tahu...hihi

Yanie said...

aziraarif : CD dear. Music CD. Tapi lagu2 memang best!

hana yoriee said...

haha..at last!! dah update pun..hihi..tu lah..I ni malu nak amek2 gambar ni..agagaga..*poyo* plak..

eyh, sempat eyh amek pic nasik hana?? haha..yea..saya makan byk..yanie yg malu2 nak makan..hehe..

Post a Comment

Hi, do shower me with positive words and great vibes. TQ