Saturday, July 3, 2010

Dimanakah terletaknya kebahagiaan?

Sekarang ni macam2 cerita pasal wedding artis2 yang terkandas kat tengah jalan, kan? I dont want to mention names la. Tapi you all mesti tahu pasal cerita2 artis sekarang kan? Ada yang dah mengandung pun diceraikan suami. Ya Allah, minta dijauhkan benda2 macam tu berlaku pada kita semua. Amin.

Bila i baca dan dengar kes2 macam ini kan? Seriously, i jadi sangat takut.Sangat takut nak kahwin. Ada pasangan yang bercinta 8 tahun, alih2 lepas kahwin tak sampai setahun dah nak bercerai. Alasan? tak serasi. Gila takut. Macam mana 8 tahun bercinta, lepas tuh kahwin, nak bercerai sebab dah jadi tak serasi pulak? How can you both stand the eight years sebelum kahwin and bila dah kahwin terus tak nak ada apa2 hubungan lagi dengan bekas suami/isteri. Ridiculous kan? But that happens....

Siapa boleh jamin manusia tak berubah? No one can guarantee whether our future hubby/wife yang kita kenal sekarang as loving, caring, understanding, willing to tolerate tak akan berubah sampai bila2. Life ni masih jauh untuk kita dabik dada and cakap, " Hey, look, i have a very wonderful life. Husband i kerja gaji xxxxk, secure, dah ada rumah sendiri, furnitures pun dah penuh, kereta besar, our wedding day was superb, he is so loving, i am so in love with him... bla bla bla" hmmmph? i rasa orang yang cakap camni dia tak takut dengan masa depan. Betul tak?

Dr Fadzillah Kamsah cakap, kita kena selalu bersangka baik pada masa depan, and kena positive thinking. Tetapi, malang itu selalunya have no smell, u oll. hehe. Jadi kita kena lah selalu berdoa dan berhati2. Suami yang kita sangka penyayang belum tentu akan menyayangi kita selama2nya. Jadi untuk mendabik dada dan menceritakan pada orang betapa baiknya suami atau bakal suami kita adalah satu perbuatan yang i rasa tak patutlah dibuat.Bukan apa takut, terjilat ludah sendiri atau termalu sendiri. Bagi i, tak salah kot kalau kita nak puji husband sekali sekala depan kawan2, tapi kalau yang suka cerita sampai meletup2 (especially dalam Facebook), x payahla. Takut satu hari, bila sesuatu benda yang tak disangka2 berlaku baru masing2 nak terkedu. Betul x?

Bagi i, tipulah kalau satu2 pasangan tu cakap, tak pernah gaduh, tak pernah ada masalah. Tu semua tipu. Ibu i cakap, sebenarnya perselisihan faham tu bagus. Sebab nya, Bila kita berselisih faham, kita akan lebih memahami pasangan kita. Betul tak?Barulah kita tahu, apa yang dia suka apa yang dia tak suka. Dan kita sama2 akan improve untuk memperbaiki diri masing2.

Macam i, tipulah kalau i cakap, i dengan Azlan tak pernah gaduh. Selalu je kot. Kami dah berkenalan selama nak dekat 3 tahun dah. Kenal dia pun masa dah kerja. Masa tu i masih kerja di OCBC Bank. Banyak juga dugaan yang kita tempuh sama2. Banyak ups and down. Dalam tempoh kawan and tunang ni, gaduh sampai nak putus pun ada, haha. cuma lately bila masing2 dah matang and dah nak kahwin ni, gaduh2 dah kurang sebab macam dah paham2 masing2 punya character. Masing2 belajar bersabar dengan karenah masing2. Sebab in the end, we both know that we need each other more than anything else in the world. Not worth to fight with each other at all. Tapi... ha ada tapi ye... perselisihan pendapat, selalu terjadi,and that's normal kot. Kan? But anyway, we will always try to be the best that we could be for each other.

Jadi, i selalu tanya diri i, di manakah terletaknya kebahagiaan tu, di kekayaan kita kah? Kerja yang bergaji besar kah? (bahagia mende kalau setiap hari balik lewat, dan kerja banyak menggunung kan?) , suami yang hensem dan isteri yang cantik kah? Rumah yang besar kah? Wedding yang kalah wedding of the year kah? Kawan2 yang ramai kah? Atau kawan yang sikit tapi always with us through thick and thin? Keserasian kah?

Tak kisahla, yang penting, for me kebahagiaan harus dicari dan dikekalkan. Jangan show off pasal apa2 yang tak pasti (yang pasti pun tak boleh show off juga ) Dont compare yourself with other people, u have no idea what their journey is all about. Jangan keluarkan kata-kata/ buat sesuatu yang membuatkan orang rasa kecil hati dan mendoakan yang buruk2 pada kita (kalau dah kita tak buat tapi dia nak doa juga,takpela. Nanti benda tuh pulang kat dia balik) Sentiasa fikir positif dan saling memaafi. Duit tidak penting, doa yang diberi oleh orang untuk kebahagiaan kita lebih penting......

Sama2 lah kita renungkan. Semoga kita semua, dalam bride to be circle ni, akan selalu happy, bahagia, dan diberkati Allah. Amin. Oh ya, dimurahkan rezeki juga ya? :)

5 comments:

ryn said...

awak betul tu yanie
masa depan kita takleh nak jangka
apapun, moga awak berdua bahagia selalu

kay kamal said...

freaks us all,kan?

ally said...

yup..rates divorce tinggi skrg ni..kdg2 rs sgt takut nak kahwin..byk cabarn2 yg perlu di hadapi kan? dan kita sendiri pasti x terjangka ape yg bakal berlaku..so, berdoala byk2 supaya perkahwinan dan kehidupan kita di berkati dan di rahmati..insyAAllah..amin..

Reen Tart Nenas said...

yuppp makin ramai yg bercerai sekarang. mungkin sudah ditakdirkan jodoh mereka sampai situ. mungkin dunia artis tu berbeza dengan kite. ape pun masalah kite, kena bincang elok2. perpisahan adalah langkah terakhir... owhhh...

Yanie said...

ryn : Betul tuh ryn... Memang masa depan is really unpredictable. Thanks for the prayers anyway... I pray the same for u too. :)

kay kamal : sangat2 kay...

ally : Betul.. Hanya berdoa saja yang kita mampu buat.. Yang lain tuh di luar kuasa kita.

Reen Tart Nenas : Betul.. Communication is really important. Kan?

Post a Comment

Hi, do shower me with positive words and great vibes. TQ