Wednesday, December 21, 2011

This blog will be private soon :)

Hi lovelies!

Im thinking to private my blog soon because i am no longer blogging about wedding preparations. I am thinking to blog more about my married life, family, friends,career and my travel experience here in the future.

Maybe i will share about weddings once in a while but not that often as i used to la when i was still in a bridezilla mode. So, if any of you who would still like to read about all my ramblings, please leave me with your email address here. Will be popping your emails with the invitations soon. :)

Thank you.
Published with Blogger-droid v1.7.3

Wednesday, December 7, 2011

Stress gile!!

Banyak benda yang buat i senang rasa stress,menyampah,meluat,nak marah and benci sekarang. Antaranya :

1. Keluar rumah dah awal, sampai ofis lambat sebab traffic light rosak. Serius macam pfffft sangat! Sampai ofis lambat lebih 3 kali dapat memo. Nasib bos I understanding. Tengok macam understanding, tapi tak tahu la kalau tak sebenarnya.kah kah.

2. X sempat breakfast pagi. Sambil buat kerja yang bernombor tu sambil tahan lapar. Time macam ni, angin boleh naik kat kepala..dan i boleh jadi sangat pemarah. Especially, bila kena provoke dengan sapa2. Memang betul org cakap,kerja xkan jalan kalau perut kosong. Tapi kalau puasa okay je kan? Kuasa Allah.

3. Melihat orang yang lebih bossy dari bos bos mereka. Dulu,kini dan selamanya, i memang tak pernah suka orang yang baru naik sikit dah bossy melebih2 dari head of department ke apa. Itu yang kalau dapat naik, ni yang x naik2 cuma dah lama je kat sesuatu tempat tu jadi bossy sampai nak jatuh2 kan rakan sekerja camna? Lagi parah. Nasib baik I kerja sensorang. Huhu. Bukan nak cakap, selalunya jadi mcm ni kalau kerja sesama bangsa sendiri. Tak habis2 nak busuk hati. Macam mana lah melayu nak maju.

4. Orang yang suka cakap banyak,buat spekulasi,assumption tanpa tanya orang, pastu dok spread rumours pasal orang tu tanpa dia tahu cerita sebenar and ajak sekali org team-up nak benci2 kan org tu. Stop doing all these boleh tak? Bila dah dapat tahu cerita sebenar? Malu,kan? Apa yang di assume tu x sama. Ibarat you dah buang air besar merata2,, lepas tu you nak pergi cuci semua tu balik, tak kan? Sebab dah malu. Tolonglah kesian kat orang yang difitnah tu. Dulu i pernah kena, masuk satu tempat tu, org cakap i kakak kepada seorang budak ni sebab nama bapa sama, budak ni pulak kebetulan menantu kepada someone yang diorang tak suka dalam tempat tu, xpasal2 i diboikot sebab diorang ingat i ni barua. Bila dah lama2 tahu cerita sebenar, ingat nak minta maaf,tapi takde pun. Dia je yg perasan kata i dah maafkan dia. And yang sebarkan rumors benda ni of course la org yang uruskan kemasukkan i kat situ kan? Memang jangan harap la i nak maafkan. Teruk kot i kena masa tu. But anyway,dah x jumpa dah org mcm tu lagi. And harap x jumpa lagi lah sampai bila2

5. Bila i masak, lepas tu rasa dia tak sama dengan masakkan serupa yang i pernah makan. Like last night la,i masak ikan singgang. Dah follow recipe sebijik2 ni, tapi apasal, rasa kunyit hidup tu kuat gile? Haha. Last2 modify sikit2 sana sini, baru rasa dia okay. Tapi still, x sama dengan yang i pernah makan. Husband dok cakap, okaylah ni,okaylah ni. Okay celah mana pun tak tau. Huhu.

Itujelah. Sorry if this entry is too outspoken ke apa. Org yg banyak diam kat luar, bila sekali dia nak keluarkan dalam blog, terus tulis 5 point. Okaylah. Nak sambung buat kerja.

Happy wednesday everyone.


It should be a wordless wednesday, because almost all blogger is doing that but me on the other hand, plenty of words wednesday la today. Haha.

Published with Blogger-droid v1.7.3

Sunday, December 4, 2011

Ambra = First Anniversary Pre Celebration

Sambungan entry lepas. Sebabkan tak dapat cuti panjang, jadi first anniversary disambut dengan makan besar je la. Makan besar = makan mahal sikit dari biasa.

Makan besar ni pre celebration la, sebab next year ingat nak pergi jalan2 mana2. Maybe dalam bulan January or February. Depends on cuti dan budget.

Mula2 actually husband book dinner dekat Traders Hotel, tapi sebabkan dalam almari tak ada langsung baju yang sesuai untuk ke dinner2 macam ni, husband pun cancel off the reservation. Sekarang baru i tau kenapa, setiap perempuan kena ada at least satu LBD (Little Black Dress) dalam wardrobe diorang. Sebab nak kena pakai untuk occasion2 yang rare macam ni la kot, kan? Haha. Baju dalam almari tu banyak tapi baju2 casual je la, dress ada lah sehelai. Black colour, polkadot, and nampak macam pregnant woman kalau pakai. So i surrender awal2. Lagipon, macam tak ada mood pulak nak ke area KLCC, sebab petang semalam kan hujan dengan selebat2nya.

So husband suggested dinner at Chillis, relax and casual kan? Mula2 tu okaylah husband's idea accepted, tapi lepas tu, i rasa macam teringin nak makan Rack Of Lamb pulak kat Ambra. So akhirnya we all ke sana je la, alang2 tu  promote sekali la Ambra tu apa k kat korang semua.

Ambra ni boleh kata restaurant yang agak "casual exclusive" (read = best) juga kot. Tapi it does not  serve any Middle East cuisine even though the name of the restaurant macam ala2 Middle East, kan? Jenis2 cuisine yang ada kat sini, Asian Cuisine - adalah nasi2 tu tapi tak banyak choice, and western2 macam steak, burger (ala2 Chillis gak la), desserts pun ada, latte, cappucino and banyak lagi. Tak salah i, owner dia Chef apa tah tak tau nama, tapi dia yang akan prepare the foods dengan ada sorang lagi lah tukang masak. Chef ni memang sangat menjaga kualiti, initially i minta Watermelon Juice, tapi sebab yang buat air tu salah potong tembikai tu, so diorang minta i tukar air sebab takut watermelon juice tu hilang rasa. (i dont know such thing wujud ek, kalau nak buat watermelon juice, kena ada cara potong tembikai tu ek?) Masa first time i makan sini, i order lamb, salah potong pun dia siap tolong potongkan and siap re-plating lagi, HUHU..

Tapi overall, makanan dia sedap2.. price wise, quite pricey juga la...macam Chillis sikit. x pricey ke? tapi bagi i mahal la kot. Kalau beli kat pasar masak kat rumah baru berapa ringgit je kan?  Tapi i rasa location factor kot yang menyebabkan price makanan2 dia mahal sikit. Rasanya la. So, kalau korang rasa nak makan makanan yang Chef masakkan and plating ala2 Masterchef tu (and malas nak buat sendiri) datang la Ambra. Tak menyesal okay. Sedap pun sedap. Layan la gambar2 kat bawah ni.

Sementara tu, thank you to all friends and families yang wish happy anniversary untuk kitorang dua ni. Still honeymoon lagi, sebab belum ada baby. Hopefully, hari2 yang mendatang akan lebih baik la untuk both of us. Amin.

 Basically, this is where Ambra is located. Centrio Business Park, Pantai Hillpark.

 This is the restaurant decoration, We sat outside, bawah khemah, so tak dapat nak capture clear photo. Gambar muka husband pun masuk setengah. Hentam je.


 Sorry, malas nak edit gambar, just nak tunjuk, belakang tu ada Dominos Pizza, and bawah khemah ada chandelier. Haha


 Ini centrepiece dia. Ewah. Brides to be, boleh tiru ini. Rasanya kat ROOM ada jual centrepiece camni. 


 Encik Suami

 Mango Juice Price : RM7.50 kot tak silap. Tapi gelas dia kecik. x cukup. 

 The big burger, ni husband's favourite. Ngada lah, makan burger pun nak kena chef masakkan. I pun boleh buat kat rumah, ha. Price : RM19.90


My Sirloin Steak and mix vege Sedap OK. Bawah steak tu ada mashed potato. Mashed potato dia sedap. Price RM39.90.


Itu ajalah.... Pergilah try makan. X rugi tau.... tapi kalau pandai masak and buat plating camni rugi la nk makan kat luar. Buat sendiri aje.. HAHA. 


Saturday, December 3, 2011

First Anniversary and work appraisal.

Today, 3rd December 2011 mark our first wedding anniversary... Tak sangka dah one year i menjadi seorang isteri. I am really grateful and proud sebab diberikan peluang dan rezeki menjadi seorang isteri ni. Huish bukan senang tugas dan tanggungjawab seorang isteri. Sampai sekarang pun i rasa i x mampu lagi kot menjadi seorang perfect wife. Still a lot to improve and a looooong way to go... Huhu.

Selama one year ni, banyak suka duka rumahtangga i, setiap cabaran dan dugaan i tempuh bersama husband. Memang ada ketikanya i rasa give up and nak lari dari semua masalah.... tapi alhamdulillah, semangat dari husband tu buatkan i lebih kuat and tak mudah menyerah kalah. Syukur banyak2 pada yang Esa. Bila dah kahwin, memang lain sangat kehidupan kita dengan masa kita bujang dulu. Apa kita nak buat, kita kena fikirkan husband. Apa perasaan dia kalau kita buat macam tu, kita buat macam ni. Terus terang i katakan banyak juga benda yang husband rasa kurang sesuai i buat, tapi dia tegur elok2. And vice versa la. Manusia tak semuanya perfect kan? Pasangan kita tak perlu sempurna sebab kadangkala kita dijodohkan dengan seseorang tu kerana Allah nak bantu melengkapi kesempurnaan itu. So, jangan mengeluh kalau kadang2 kita rasa kenapa suami kita tak sama macam suami orang lain. :) (Peringatan untuk diri sendiri juga)

To those yang follow twitter I, mesti tahu betapa downnya i semalam sebab tak tau macammana nak celebrate our first anniversary ni. I kalau boleh nak la celebrate first anniversary ni special sikit kan? Of course i want to cherish the day we all sah sebagai husband and wife, kan?

We all mula2 plan nak spend the weekends kat Colmar Tropicale Bukit Tinggi or Legend Water Homes, PD. Tapi bila fikir2kan balik, hmmmph, one night punya rate je dah half price package kalau pergi honeymoon kat krabi, Phuket or Bali, kan? So macam membazir je. So i cakap dengan husband, i dont want to spend so much for only one night... Macam membazir je. Ini semua sebab i susah nak cuti kalau nak dekat2 hujung tahun ni... Yelah, bos nak kena pergi Board meeting lagi, nak prepare report tu, report ni lagi. So, need to sacrifice la sikit. Cuti I ada lapan hari lagi okay. Haha. Carry forward to next year la nampaknye.

Tapi tadi tiba2 husband cakap, i dah book dinner at _____ esok. Wau!! Macam best je! Hahaha... So wait for my next update la. Sebab takut tak jadi kan, lagipun baru book je... Akhirnya, celebrate first anniversary ni dengan candlelight dinner je la. Huhu. Thanks to Hana Jaafar yang bagi suggestion kat Twitter. Love u babe. I tak tau la macammana husband i boleh terfikir idea u.Haha.

Tadi after work, boss suruh i stay back. Mula2 tu macam cuak juga, sebab dia call office and the way dia cakap tu macam quite garang la bunyinya. So sepanjang hari tu dok pikir "Aku ada buat salah ke?". Masuk2 bilik dia after work, baru tau rupa2nya pasal year end appraisal. Haha. Disebab kan ni baru my first year with the company, so i agak macam blur la pasal appraisal ni kan. So lepas bos terangkan komponen2 dalam appraisal tu, dia pun tanya2 lah i, berapa markah i nak for this component, that component.  Haha, Seriously, it was really ackward k. tak tau how to react. And im not the kind yang tau how to judge myself. Karang kalau nak letak markah banyak kang, macam bajett bagus lak kan? Hehe. So i told him " Bos, bagi average je lah" Tapi mcm menyesal gak terlepas cakap macam tu because at the same time,  i dont want to sell myself short jugak kan? Of course lah dah buat kerja elok2 kan, xkan nak rate diri biasa2 je. HOHO.

Tapi Alhamdulillah la, bos tak kedekut, so dia bagi more than average la.. Haha. Yang bestnye appraisal kat sini boleh discuss how much we want for our increment & bonus... And sekali lagi i felt so ackward ok. Tak tau la nak negotiate macam mana bab2 macam ni. Selamber je i berseloroh dengan my boss, (masa ni boss tengah terfikir2 berapa nak bagi) i cakap " Takpela bos, bonus tu i rasa RM15000 pun dah cukup dah untuk I" Hahahaha. Terbeliak mata bos I bila I cakap camtu. Selambe je i ni kan?

Tapi overall, i quite satisfied lah dengan apa yang i dapat. Maybe tak ada lah banyak macam my husband punya tempat kerja, tapi better la dari dulu masa kat tempat kerja lama kan? Puas hati juga lah dengan increment. Bonus tu i okay2 je la sebab i nak demand banyak pun x boleh.... Prorate je bonus I, baru 8 bulan kan keje situ. Bajet nak dapat bonus 10 bulan tak boleh lah kan? So, Alhamdulillah syukur banyak2 dengan rezeki Allah. Tak ada apa plan pun dengan bonus tu. Simpan dalam ASB je lah.

Ok la, till then guys... Esok inshaAllah sambung update pasal anniversary celebration pulak :)

HAPPY WEEKENDS!

Sunday, November 27, 2011

Review - Easy& Budget Centrepiece

Hoho.. Dah nak setahun i kahwin... Nak tulis perkataan review tu pun macam nak tergelak... Segan dengan bloggers lain, cepat je diorang update semua wedding review diorang....beberapa bulan after majlis, dah cover semua review. While me? baru terhegeh2... mana yang sempat je before ni. Update sikit2... Itupun saja je nak share, mana tau brides to be yang tengah nak cari2 idea tu... bolehla, bagi inspiration sikit2. Sikit je la... :)

So today i nak share about my wedding centrepiece. Ni mmg budget and senang la kira kalau brides to be nak buat... easy to DIY, and teramat lah low cost.

Okay bahan2 untuk buat Centrepiece Easy & Budget ini :

1) Gambar2 Pre-Wedding (Kalau tak ada, gambar2 sepanjang you all dating pun boleh, hentam je, yang penting gambar orang yang nak jadi pengantin tu la, haha)

2) Frame kecik2... Banyak tempat you all boleh beli frame ni, mahal ke murah ke, depends on you all punya citarasa. Like me, i just grab whatever yang murah je... And frame macam i tu, wood frame (sesuai untuk gambar2 yang berukuran 3R) and i beli kat kedai RM2 je. Tak silap i satu tu RM2 ke RM1 je. (ish dah lupa, sorry)

3) And beberapa loose petals... (In my case, i beli orchids (to suit my reception theme) tapi orchids dah tak banyak, so i mixed je dengan petals bunga chrysanthemum& daisy, and dah jadi caca marba, sebab i buat preparation untuk centrepiece ni last minute. Jadi jangan jadi macam i ye. Kalau you all nak loose petals yang mencukupi time event korang, please book awal2 tau kat kedai bunga... :)

For your info, i buat sendiri centrepiece ni beberapa jam sebelum i menjadi pengantin. HAHA. sampai berpeluh2. Bukan i je yang berhempas pulak meletakkan centrepieces ni kat atas 40+ meja untuk guest tu tapi turut di bantu oleh bakal pengantin lelaki iaitu husband i, adik lelaki i and beberapa family in laws.

Abang Sam Rais yang kebetulan ada kat situ beberapa kali cakap "Kesian Yanie, kesian Yanie" termasuk Hana Yorie my bridesmaid, yang kebetulan baru sampai and terkejut tengok i tengah berpeluh2 dok menyusun centrepiece tu. Hehe. Nak buat macam mana, nak budget punya pasal... Huhu... Bukan apa, as before the event kan, i tanya quotation from a few vendors, semua tak dapat cater budget i yang sikit ni utk centrepiece... . So takpe... i buat sendiri je. Tapi sebab masa dah terlalu suntuk kan, ini je yang i terfikir.

Okay ini lah dia gambar2 centrepiece Easy & Budget I.







Kalau boleh, you all hire orang yang boleh buat centrepiece, atau buatlah awal2 atau mintalah pertolongan sesiapa. Jangan jadi macam i, semua konon nak save budget nak buat sendiri, tapi i tak fikirkan kekangan yang i ada. Sampaikan lagi 3 jam before majlis (sementara tunggu Hazlie sampai) masih berhempas pulas nak siapkan centrepiece ni. Tapi xapelah, benda dah lepas kan... Syukur Alhamdulillah selamat gak kahwin tu...

Okay guys, sementara tu, i want to take this opportunity untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah to all readers... Semoga kita menyambut kedatangan tahun baru Islam ini dengan penuh barakah.... Azam I sempena tahun baru ini, tak mahu tinggal solat and nak jadi orang yang lebih baik... Itu ajela... nak azam banyak2 x berani takut tak jadi. :(

Till then guys!

Sunday, November 20, 2011

You can count on me like 1, 2, 3......

Nak dedicate lagu ni to my husband, my best friends, Hani, Ain, Kma... to my University friends, bloggers, and semua kawan2...tak kiralah my colleague ke, exschoolmate ke,  or sesapa yang mengenali diri ini. (Nampak sangat kalau nak telefon radio buat dedikasi selalu tak dapat, so dedicate kat blog aje)

Lagu ni memang sangat meaningful untuk all my friends.... Samada kawan virtual atau kawan luar dunia maya.

I love you all....

Enjoy this song k....


P/s : Rindu gila zaman belajar2 dulu.... Walaupun I belajar jauh di Sarawak sana.... Tapi serius rindu... Walaupun tak ada duit sangat nak enjoy kan? Tapi I rasa life belajar dulu jauh lebih best dari life sekarang... :(


Wednesday, November 9, 2011

Menghantar link lucah?

Hi guys,

sangat sedih ya. FB I telah diattack oleh virus bodoh. Dulu kejadian yang sama telah berlaku pada FB lama, sehingga I terpaksa deactivate FB tersebut dan mewujudkan FB baru. Kali ini FB yang baru ni pun telah dijangkiti!! Stress.

Yang paling sedih bila kawan2 yg tak bernasib baik dapat porn link melalui private msg atau chatbox yang dihantar oleh I sendiri.Padahal bukan i pun. Auto send dari virus tersebut. Some of my friends ingat benda tu genuine dari i dan bukak link tu and mereka juga telah dijangkiti. Mcm berantai tau benda ni.

Malu nyaaa. Bukan apa, dalam FB i tu ada kawan2 yang rapat, kawan2 yg baru nak kenal, bloggers, my lecturers, colleagues, and customer i. Bayangkan apa pandangan diorang bila dapat benda mcm tu dari i kan?

Ada yang cakap FB i kena hack. Entahla. Huhu

Ada tak any of you yang tau mcm mana nak rectify benda ni? I tak tau nak buat mcm mana. Im thinking to delete off my FB tu and create a new one.

Kalau ada sesiapa boleh tolong, please help me ya.Kalau boleh x nak delete FB tu :(

Published with Blogger-droid v1.7.3

Saturday, November 5, 2011

My HOUSE is insuchh a HUGEEEE mess!

My house is in such a huge mess... Almost everything in the house i see now as a trash that i can throw away so that my house can look clean and tidy (including me and husband, haha).

Serius pening. i want to cook but i was so shocked to find out that my rice cooker has not been washed since last week! damn.The last time i used it to cook was when my mother dropped by to have lunch at my house WHICH WAS LAST WEEK *_*. So today, i cant cook my sardin resipi ibu...because the last week rice leftover are spoiled and the fungus all have made their happy home there. No wonder la,  i smelled something horrible when i went home from work the other day!. Asked my husband " do u smell like something dead inside this house?" and he just answered "no". And guess who were the one who were actually responsible for the dishwashing duty last week? It's the husband. *TEPUK DAHI**_*

 i am so craving for my sardin resipi ibu at the moment but i cant cook it, so i feel like screaming at the top of my lungs and cry out loud!!just washed my something dead in there periuk nasi and need to wait it to dry first before i can use it to cook again. Perhaps some of you will not eat nasi at my house after reading this. hehe.

My bedroom floors including the living room floors are now covered with god knows whose hair la. i have this huge problem, ever since i got married, my hair asyik gugur je.. or is it because it is too long already?? i want to chop them off, but i still couldnt find any hair style that suits me best! sigh~

last two weeks, we bought this stainless steel dish rack from Jusco. So just now husband tried to assemble all the parts together and we were so frustrated that the rack are actyually not stable and too small for our kitchenware. we are giants anyway..haha.

and now i have no mood to do anything with the house. Everything is such a mess. our clothes are piling up. some needs to be washed while some needs to be fold. Our store, which used to look nice once (after we organized everything the other day). Now is looking completely like a huge rubbish bin.

conclusion, im stress, i cannot cook and im hungry... and tomorrow Raya and my house is such a mess....
well anyway lovelies, Selamat Hari Raya eid-ul Adha, maaf zahir batin!!

Nah cuba tgk video ni. how can she live in just a 90 square feet apartment but still the apartment looks more organized than mine though. haha..and the other video is that guy who managed to turn up his apartment (a small one) to become a lego apartment... i love the concept. bila rimas sembunyi2kan je semua kan...





Anyway, just want to let u guys know, i know some of the bloggers are my FB friends but recently my FB has been attacked with a virus. God knows what virus la... Suddenly i greet people through my chatbox and left them with the porn video link, some friends cannot view my photos and some of my status also disappear...  i gradually unfriend all bloggers from that FB and I  am now creating another FB and will re-friend all the bloggerS there.

BYE GUYS, i want to have my brunch now! :)
Published with Blogger-droid v1.7.3

Thursday, November 3, 2011

Can You Keep A Secret by Sophie Kinsella!

Hello lovelies!

Apa yang korang suka buat untuk mengisi masa lapang? Macam2 kan? Ada yang suka penuhkan masa lapang dengan expensive hobbies... Macam main golf, kumpul koleksi2 art yang harga cecah juta2, pergi SPA, kumpul barang2 antik atau barang2 yang susah dah nak dapat dalam dunia ni.... Semua tu memang perlukan duit yang agak banyakk...

Macam i, i suka baca buku... especially chic-lit novel... Selain chic-lit, novel fiction or macam author Nicholas Spark tu pun i suka... Antara author yang i suka J.K. Rowling (oh my god, ada ke yang x suka Harry Potter?! Rugi tau x suka Harry Potter), Jude Devraux, Nicholas Spark (novel2 dia kebanyakkan sedih2) and yang paling i sila SOPHIE KINSELLA... Start gila dengan Confession of A Shopaholic.... Huhu.... Lepas tu start baca banyak lagi novel2 dia... Memang best.... Kadang2 tengah stress tu boleh gelak sorang2... HAHA.

Sekarang i tengah layan CAN YOU KEEP A SECRET? by Sophie Kinsella. Novel ni dah lama tapi sebelum ni macam x minat pulak nak membaca.... So hari tu i pergi BORDERS, sajalah kan nak try swipe my BERJAYA card tu dapat x diskaun.... tryla beli buku ni... Haha. Alhamdulillah dapat dalam 12% discount okaylah... So no more KINOKUNIYA ke, MPH ke... pergi BORDERS je pasni....

I memang suka baca buku dari zaman2 sekolah2 rendah lagi... Ingat lagi dulu i layan Sweet Valley, Shivers and R.L Stine masa sekolah rendah... Tak dilupakan Enid Blyton!! Haha... Satu, i nak improvekan english i, nombor dua kenapa i suka baca buku, sebab nak tambah pengetahuan, and nombor tiga, because this can be considered as a cheap hobby kan? Masa belajar2 dulu mana ada duit sangat nak gi jalan2, makan mahal2, shopping so baca buku je la untuk isi masa lapang... Tak beli, pinjam dari kawan. HAHA.

Dulu masa sekolah rendah i siap ada Mini Library lagi kat rumah... And kawan2 around my neighbourhood selalu la datang rumah nak pinjam buku... Yang kelakar tu, setiap buku i ada kad kecik yang macam kita nampak kalau pinjam buku kat library... bila ingat balik, serius rasa lucu.

Sekarang, banyak buku2 i dihadiahkan oleh orang, especially the husband la... Senang je sebenarnya nak cari  hadiah untuk i for birthday ke apa, beli je chic-lit novel... i memang suka punya la!

By the way, i ada banyakk lagi buku kat rumah ni yang tak dihabis dibaca... So since cuti Raya Haji ni tak pergi mana2, makanya, membaca je lah nampaknya kat umah. Baca buku sampai lebam!HAHA

Till then!


Sunday, October 30, 2011

Random updates :)

Been like what 2 weeks kot kan since my last update? huhu. Seriously, i am not in the mood to write or to do anything with my blog. Been busy with my exams (i'd been instructed by the company to sit for the fund manager's rep license exam for my personal development). I failed however for both modules (Module 9 and Module 10) because tell you guys what... Exam tu tersangatttt lah TOUGH! lagi2 untuk budak baru belajar macam I ni...Tapi ni bukan alasan, sebab ada je yang hebat... Ambik sekali je dah pass! :) I had only been with the industry for almost 7 months tapi mereka dah ask me to do something for my future there, which is good but quite pressuring at times. Ada yang ambil 5 kali pun fail. Huhu... So i have to re-sit and hopefully i will pass the exam this time around... Kesian pulak company nak bayar kan kalau ambil banyak2 kali. :(

During the Diwali holidays last week, i went back to Miri, hubby's hometown for 5 days sebab masa Raya hari tu kan tak balik. Even though it was a short holiday there but we managed to do a barbeque party for husband's families and friends. So, it's not the quantity that counts kan? it's the quality. 5 hari balik tapi Alhamdulillah macam2 dapat buat :)


Sampai2 Miri malam tu terus cari Starbux. Actually first day sampai tu nak jalan2 je, dah penat singgah la minum2 jap.... Parkson kat Miri tu dah banyak berubah.... 

Bulan November ni pulak, i will be very busy with wedding works... Alhamdulillah Rezeki kan orang cakap. :)So i just try to deliver my utmost la to the customer. Banyak benda baru akan di buat dalam bulan October ni. Candy buffet and new designs of handbouquet :) Nanti dah siap, i will put here la macam biasa.... I just want to share my passion with my blog readers... 

i rasa kadang2 i ni malas sangat nak menulis dalam blog. Kadang2 nak share benda yang too personal, i kena fikir juga that my audience ni boleh terima tak apa yang i tulis, kan? So i banyak microblog di Facebook. Bukan micro blog pasal apa pun, just tulis benda yang datang dari hati. Kadang2 peringatan pada diri sendiri jga. But there will be some friends yang ter ambil hati dengan apa yang i tulis. Tapi hakikat sebenarnya, i tulis status tu memang bukan untuk kawan2 yang berada dalam Facebook i. i personally dont like the way people hentam each other thru status Facebook. Why not, face to face with them and tell them personally kan apa yang xpuas hati. Because to me Facebook is to kumpul kawan bukan to kumpul musuh kan? 

Well anyway, hari ni ibu datang rumah. So i masak Udang Sos Lada Hitam (first time try). outcome okla... ibu cakap okay, so okay la kot, Haha,  Recipe tu i ambil dari buku '1 HARI 1 RESIPI' by Chef Hanieliza... Serius best buku tu. Buku tu hadiah dari My mother in law, beliau bagi masa  i balik Miri itu hari. i memang recommend to all wifeys untuk beli buku ni.... sebab buku ni sangat2 best and resipi2 dalam dia mudah and ringkas nak buat :)


Buku 1 hari  1 Resipi by Chef Hanieliza... Memang best sangatt!!


Kat bawah ni beberapa lauk yang i ambil resipi dari buku ni.... saja i cuba-cuba masak untuk suami :)




Ayam sweet and sour, broccoli and udang sos lada hitam :)


InshaAllah lepas ni I rajin, i akan share pulak resipi2 yang i dah masak untuk readers semua... 

P/S : Lepas ni nak pergi Jusco, nak beli a few things for the kitchen and a few plant untuk hias rumah ni. Coming up next entry nak tulis pasal wedding inspiration lagi. Giteww. wedding inspiration lagi walaupun dah nak setaun kahwin. HAHA


Saturday, October 8, 2011

Selamat berumur 26 tahun, Iryani! Ya, Iryani tu saya la.

Yes, I am now 26 years old! Turned 26 Rabu lepas bersamaan dengan 5 Oktober 2011. Ni first birthday i celebrate sebagai wifey. Sebagai mommy, inshaAlllah next year. Ewah. Huhu. Nothing extraordinary special pun happened on that day. My Mother in law was the first one to wish Happy Birthday via SMS because she said she wanted to go to bed early that night.

Second person, of course la the husband, while i was surfing the net in our reading room, he came from behind and sang the birthday song sambil i buat muka boring (jahat x?) and then baru senyum, sengih2 mcm kerang busuk. But, KECEWA okay, no present nothing so i thought okaylah takpela, maybe husband dah banyak pakai duit kan, sebab baru beli kereta baru and rumah. Tapi still dalam hati cam kecewa nak terima hakikat tahun ni langsung tak ada birthday present! Haha, sebab dah besar2 ni siapa je la yang nak bagi kan kecuali husband.

Gi ofis, colleagues buat surprise birthday celebration. Tiba2 je masuk office I, and tutup lampu sambil pegang birthday kek and nyanyi kuat2. Mentang2 unit tu i sorang je, and bos i dah resign. Kemain la lagi. SAKAN nak berparty dalam tu. Yang kelakar tu, tah macammana abang2 despatch office yang nak keluar hantar surat tu  pun ikut belakang siap tepuk2 tangan nyanyi birthday, ahaha... Tapi sebenarnya, ada udang disebalik mee.. Diorang nak pau kek birthday I je. Hampeh tol... Ahahaha



kek birthday (Black Forrest) dan muka2 terkejut dapat seprais... 

Tiba2 ada call from unknown number, rupa2nya ada someone sent me flower so the delivery tu nak confirmkan address, husband i lah buat surprise konon nak hantar bunga, tapi salah alamat! Hahaha. Terus tak jadi surprise. Husband I memang fail bab2 surprise ni. Dah dapat bunga tapi I still macam tak puas hati, takkan husband bagi ni je kan? (Waaaa, jahat nya) So call dia, dia ada kat rumah, he was on leave that day, tanya dia 2, 3 kali.... "U sure ke takde beli apa2 untuk I" so dia pun cakap "Tak ada, tak ada" dengan nada cam rimas2 sikit. Cheh!

Bunga hubby yang konon2 surprise

So takpela,I cuba belajar la terima hakikat yang tahun ni dapat bunga dengan kek je, xde special2 macam tahun2 sebelumnya sebelum kahwin.

So balik kerja, husband fetched.  Naik kereta, tiba2, dia hulur sebuah kotak...............................hahahahahahaha, blackberry baru!! For my birthday! Seronok gila okay! Rasa nak nangis. Tapi sebenarnya dah dapat agak, sebab the night before sebelum tido he asked me whether the blackberry yang i was using at that time tu masih okay ke tak... So i cakap je la okay kan, walaupun BB tu stok ancient punya.... Dalam hati, macam dah boleh agak, mesti dia nak bagi aku BB ni.. Tak sangka lak betul... Thank you la hubby!!Lap u so strong la.

Balckberry baru, yang hantaran punya dah boleh simpan elok2, haha...tua2 esok tunjuk kat cucu lepas tu kena gelak kaw2,sebab time diorang tah2 benda macam ni dah jadi barang antik


Ada jugaklah dapat hadiah dari kawan2, dapat cake, dapat chocolate. Ex boss pun buat surprise datang opis balik semata2 nak hantar my favourite chocolate tu..... Dia beli in big size lagi..... Terharu gila... Ibu pulak beli kain cotton  and nak jahit sendiri for me baju kurung!Best kan?

My favourite choc yang ex-bos introduced (dulu dia belikan pek kecik je), on my birthday, besar terus dia beli!

Kesimpulannya birthday ni paling best kot... Birthday pertama jadi isteri, dapat surprises..... So dah pasang beberapa angan2, hopefully dapat lah realisasikannye.... Tak nak tulis la takut tak jadi.. Tulis dalam hati jeee... Ewahh!

Till then!

p/s : Thanks to blogger yang wish dalam FB i. So touched okay..

Sunday, October 2, 2011

Slim down your face before the wedding?

I know some of you brides to be mesti ada yang risau kan kalau muka tiba2 berisi and ada "double chin" tu before the big day. It's okay. Been there, experienced that before. Kadang2 dah diet teruk2 pun, we only managed to shed down few kilos kat our body je kan but not the face!

Worry no more, maybe you guys can try this product from O'slee.I know maybe some of you guys tak pernah dengar or come across this brand kan? This brand is Hong Kong No. 1 Skincare (according to their Facebook page) -> HERE  The name of the face slimming product from O'slee ni is 'Slim Face Medi Deep Clean Mask'. Produk ni boleh membantu to slim down your face without any injection or surgery.

It is using Phytosonic, yang mempunyai fungsi yang sama  dengan teknologi gelombang ultra bunyi pemecah lemak, so maybe bila kita pakai the mask dia akan tembus kat kulit and pecah2 kan lemak kat muka tu kan? Wow! This is best, bro!HAHA More info, check them out here -> www.oslee.com.my

Where to get? Perhaps you can buy them from their website. Click http://www.oslee.com.my/showcase.php?action=cat&catid=10 to be redirected to their page. Tapi kena register dulu (x susah rasanya nak register) and i think kat drugstore macam Guardian/Watson or even SASA pun ada jual kot.

i yang dah kahwin pun rasa macam nak try this product... Tak tau lah berkesan ke tak... Tapi macam tempting je... Hehe... So any of you yang pernah try, please share your verdict here. Or nak share product lain ke? You are welcome to do so.

And here, few tips for you yang nak avoid raut muka yang tembam. Boleh la cuba2 jaya :)

Say NO to double chin!

Source : In Trend (October 2011)

- Reduce taking high cholestrole foods and salt in your cooking.
- Try to do light massages around your chin and rahang to improve blood circulation.

Googled and found this :


The red circles are starting and ending points for your fingers. The lines and arrows show the direction for the massage strokes. Where there are simply circles, there is little to no movement from that one area of the face.
Arlene Fleming



Source : HERE 


- Dont sleep on too high pillows - untuk mengelakkan wajah dan dagu mengelebeh. (Baru tauu!!)
- Chew the chewing gum la. Senaman muka paling mudah. :)

Till then!

Tuesday, September 27, 2011

Random :)

Just some low-quality Random Pictures from My G-tab. Edited using the Photo Wonder. I know, im such a boring person. Sigh~





Nasi ayam penyet and nasi empal sapi at Wong Solo, TERBAIK!


Us at Wong Solo. 

 Quaker Cookies and Cream Granola Bars!



 My business card pocket holder.


 Stationery Holder. Office Stuffs. Yawn~ Boring!


Currently working on these. Need to empty all the past years files and make space for current year's documents. yawn again~


Published with Blogger-droid v1.7.3

Sunday, September 25, 2011

BRIDESMAIDS MOVIE!

I just watched bridesmaids movie with my husband this morning. Well, i can say that the movie was hilarious.

It was a story about this lady named Annie whose bestfriend is getting married and offered her to be the maid of honor. Annie's bestfriend, who is the bride to be, Lillian, has another friend, a wealthy and pretty lady named Helen, whom she got to know for like 8 months and had spent a lot of time together. Helen is married to Lillian's husband to be's boss and Lillian has also offered Helen to be one of her bridesmaids.

This Helen tak banyak sangat female friends so she really appreciates Lillian and tries to please Lillian ni dengan macam2 cara lah.

So, these two ladies, Helen and Annie ni akan berperang la in order to win the bride's heart. Annie uses all the memories she had with Lillian because they had grown up together and Helen uses her wealth to buy Lillian's heart for things that had been Lillian long time dream, but Lillian couldnt afford.

Banyak la scene2 menarik and kelakar, and ada juga scene Helen backstab Annie masa Lillian's bridal shower. Aksi2 yang x senonoh pun ada. Tapi memang kelakar la.

It was a light movie to watch, tapi for me there are a lot of values about life, friendship and relationship that you can pick up along the way while watching.

After watching, i thanked god that my maid of honor and bridesmaids tak jadi mcm ni masa i kawin dulu. HAHA.

So brides to be, this is really a good movie for you to watch with your group of bridesmaids before the wedding!

I'm sure that you will laugh your ass off and you can cry too at times where these two life time best friends were fighting with each other.


Saturday, September 24, 2011

Done with this!

Im just done with this flower arrangement for my friend's doctor. She ordered this from me like one month plus back tapi tak sempat nak deliver to her doctor. Hoping that the doctor is at our side to be at the clinic when we arrive there to deliver this bouquet tomorrow.. i will update with her photo frame that i decorated as well later.

Time to sleep now! So sleepy! :)

Sarah, hope you will like this. Seriously, you better do. HAHA. kidding!





UPDATED  



Friday, September 23, 2011

Wedding Inspiration : Invitation!

Hi!

I was reading Fira's blog on her entry about how she was designing her own wedding invites (NO, it was not her wedding invites but her wishing tree cards, HEHE. Sorry dear! i was blogwalking to 5 blogs at one time, so everything must have mixed up and go all over the place)  and i must say i go "WOW! Rajinnya budak ini!" Hahaha.

So today, i nak share invitation inspiration (initially this post should be related to Fira's i-thought-wedding-card post as mentioned above, BUT after i announced it in BBF, Fira commented and told me i was wrong! HAHA ) I got this from Oh So Beautiful Paper and I think this is so unique! It's a Moden Diagram Letterpress Invitations!

If any of you brides to be yang akan buat kad kahwin macam ni, please invite me to your wedding and send me a copy of this and i promise you,  i will frame your card kahwin and hang it on my living room wall! HAHA







Cantik kan? I dont know la org lain but to me lain dari yang lain! i love it!Print pun pakai eco-paper. Good! So anyone? Anyone? Please invite me, k!

Thursday, September 22, 2011

Jangan mengeluh!

Kalau you all rasa, you all dah cukup susah, fikir2 kan lah ada lagi yang lebih susah di luar sana. Ekoran entry Ignorance is Bliss I, i rasa realiti kehidupan yang ditunjukkan dalam video di bawah dapat melengkapi apa yang i try to deliver to this blog readers through that entry.

Be grateful with what we have and try to help those who have less.

See this cute little boy. He use what he has to the utmost and tak regret dengan apa yang dia tak ada, kan? He is so inspiring!

Sedih kan tonton video ni :)

Reason why i am KOPAK after raya.

After Raya, people keep asking 'bila gaji nak masuk?' Haha. I pun sama je lah tu.Tuhla bila Raya, spend macam gaji 80juta. Semua benda ada tulis SALE kalau boleh memang nak beli lah.


Tengoklah gambar2 yang i jumpa masa browse gambar dalam my gtab. Now i know why, i am kopak after Raya, because of allll these! Haha.

But then, Raya kan setahun sekali je. Seronok apa dapat happykan org lain dengan rezeki yg kita dapat,kan? Bagi duit raya to our parents, the kids and beli baju raya yang cantik2 for our own satisfaction. So tak kisah la.

 But now i have to always remind myself not to splurge on any expensive food or stuffs sementara nak tunggu gaji bulan ini which will be in my account on the 29th! HAHA.



Ini kasut nephew I Danial and Alya's Dresses. Sementara takda anak sendiri belilah keperluan Raya for the nephew.


Ini baju yang I kecoh gila kat FB, 3 for ONLY RM100. Diorang lelong kat Tesco Ampang. I wore the white purple masa first Raya.


Ini sampul duit raya yang digunakan untuk bagi duit Raya lah.




Bukan nak tunjuk keropok lekor, tapi tu ha carpet hitam putih and langsir colour merah yang dibeli untuk Sambut Raya! Sigh~ Dah jadi makcik2 dah aku ni.




Published with Blogger-droid v1.7.3

Wednesday, September 21, 2011

Ignorant is bliss

Dah lama i nak blog about this tapi  asyik lah lupa saje.

In our daily life kan, mesti some of you and even myself pun ada terjumpa dengan orang2 yang selalu ada perasaan hasad dengki dan tak berpuas hati dengan apa yang orang lain ada atau apa yang kita ada, kan? Well, that is normal. To me, if kita berhadapan dengan orang macam ni, just set in your mind that reason why they are being so mean to you is because you are more successful than they are. 

Basically everyone has feelings, Actually, normal untuk kita cemburu kan kejayaan dan kelebihan seseorang tapi kita tak boleh biarkan perasaan cemburu tu sampai memakan diri kita sendiri. Biarlah cemburu dengan cara yang sihat. Usaha untuk buat atau jadi lebih baik dari orang yang kita rasa lebih dari kita tu. 

Kadang2 perasaan cemburu dan iri hati tuh adalah memudaratkan. Ada yang sanggup jadi evil semata2 nak menjatuhkan orang yang dia cemburukan itu. Lebih teruk lagi, sampai sanggup berbunuh-bunuhan. Cemburu ni pula bukan satu konsep je. Banyak konsep. 

Cemburukan kekasih lama, cemburukan majlis perkahwinan kawan atau saudara yang lebih hebat, cemburukan seseorang itu kerana rezeki dia lebih murah, cemburukan seseorang itu kerana dia disukai ramai, cemburukan seseorang itu kerana rupa paras dan etc.Macam2 sebab kan untuk kita cemburukan seseorang itu. Dari sebab yang sekecil2 zarah sampai ke sebab2 yang sebesar2nya.

Apa saja alasannya, biarlah berpada2. Cemburu yang sihat itu penting sebab bila kita berperasaan cemburu yang sihat ni, kita akan memotivasikan diri kita secara tak langsung untuk menjadi lebih baik, Tapi haruslah berpada2. 

Kenapa kita perlu cemburu dan sakit hati dengan kejayaan orang lain? Kenapa kita perlu marah bila seseorang tu berjaya dengan pertolongan kita, tapi tak reti langsung nak berterima kasih pada kita? Pernah kita tanya kenapa? Hakikatnya, jawapan yang pasti ialah kita tak buat sesuatu tu dengan ikhlas. Kalau kita ikhlas menolong orang lain, jangan sesekali harapkan balasan dari mereka. Kerana Allah lebih mengenali keikhlasan itu, dan setiap dari perbuatan yang baik itu pasti akan ada something good in return. Maybe bukan dari orang yang kita tolong tu, tapi dari orang lain kan? Wallahu alam. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Cuma tak perlulah harapkan balasan. Ikhlaskan hati sebaik mungkin. 

Jika kita cemburu pada orang lain, tahu tak sebenarnya kita memandang rendah dengan apa yang kita ada. Kita tak ikhlas dengan diri kita sendiri. Kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada, Last2 nafsu iri hati dan cemburu tu mendorong kita untuk jadi lebih jahat. Ada saja yang tak kena dengan orang yang kita tak puas hati tu. Apa saja yang dia buat, semuanya kita anggap buruk, busuk dan jahat. 

I berkongsi perkara ini melalui pengalaman i sendiri. I dah kena benda2 macam ni di tempat kerja lama i. Memang ada seseorang yang sangat cemburukan I, kerana dia rasa tak ada orang boleh lebih dari dia.Jadi kerja dia hanya nak menyakitkan hati I dengan mulut dan hatinya yang super busuk itu. Being me, i bukan nak cakap i baik sangat, tapi i abaikan saja orang macam tu, kadang2 dia hipokrit dengan semua orang, dan semua orang pun hipokrit dengan dia balik. Depan memang baik, tapi belakang macam2 orang bagi gelaran pada dia. Kadang2 kesian, Sebab dia tak tahu. Ada yang panggil dia pontianak, malah ada yang panggil dia perempuan jalang. Kesian.  Apa yang i nampak, orang macam ni hidup dia tak akan tenang. Tuhan tak akan bagi dia lebih dari sesiapapun sebab hati dia yang busuk. 

Bila i buat tak tahu dengan orang macam ni kan, i rasa sangat tenang. Biarlah Allah saja yang balas apa saja yang pernah dia buat. Kita sebagai hamba tak layak untuk menghukum kan. 

Sesungguhnya balasan Allah itu pasti, kadang2 bukan segera tapi pasti ada. Sebab itu, bila kita dah sakitkan hati seseorang, cepat2 lah minta maaf. Buanglah semua ego tu, tak ada gunanya ego itu jika dibandingkan dengan balasan Allah. 

Jika ada di antara kalian yang membaca ni mengalami benda yang sama, maka ingatlah, abaikan dan doakan orang2 macam ni diberi hidayah. Feel sorry for them. :) And just ignore because ignorance is bliss!buat buat tak tahu je... Remember what you dont know, wont hurt you!


Sunday, September 18, 2011

Apa dibuat hujung minggu cuti Malaysia ini?

Cuti 3 hari. Memang sangat best! Dapat rehat puas2 di rumah. Time cuti 3 hari ni, ramai yang buat open house, kenduri kahwin and macam2 lagi. I dengan husband pun ada juga attend open house tapi x berkesempatan pergi mana2 kenduri kahwin.

Jalan2 pun tak ada sangat la. Keluar pun dekat2 rumah aja. Makan cake, minum coffee kat Beverich kat Axis Atrium. Hmmphh. Itu je la.

Lepas tu, busy juga dengan membuat kerja untuk The Craft Potion. Handbouquet Nikah, Handbouquet Reception, Boutonnieres, and Last Minute Hantaran. Phew! Tapi i enjoyed the jobs very2 much. Kalau lah dapat berhenti kerja and ada modal yang cukup, i memang berniat nak kembangkan bisnes ni. Bukan sebab nak bersaing dengan mana2 vendor di luar sana, tapi untuk kepuasan diri I sendiri.

Terus terang, bisnes The Craft Potion ni hanyalah untuk kepuasan diri I sendiri sebabnya bila I dapat berkarya melalui artwork2 The Craft Potion tu, i dapat divert all the stress masa bekerja di office dengan benda2 seni macam itu. Bila melihat artwork yang telah siap dan bila mendapat pujian dari para pelanggan, I rasa sangat gembira. Lebih gembira dari dapat pujian di tempat kerja i. Mungkin minat I lebih kepada bidang2 seperti ini, agaknya.

Tapi duduk rumah dan keluar sikit2 dalam masa 3 hari ni sebenarnya boring juga, so i ingat nak ajak hubby pergi tgk movie malam ni. Movie apa yang best dekat panggung sekarang? Wah, bahasa! Panggung gitu. Macam zaman2 dulu je. Hahah. Johnny English best juga, kan? Tengok trailer dia macam bodoh2 je. Well, hubby and me memang suka layan benda yang bodoh2 and sengal2. Bukan sebab nak ambil pusing sangat jalan cerita movie2 tu, tapi sebab nak release stress je.

Kalau ada masa dan budget lebih sedikit, i ingat nak ajak hubby bercuti kat mana2 lah. Macam kat Australia ke, Korea ke. Mesti best. Nak pergi sekarang kekangan ialah cuti and budget. We all banyak divert duit di rumah, husband beli rumah and i pula banyak beli2 barang dalam rumah. Walaupun hiasan2 kecil2 je,Tapi makan ratus-ratusan jugak tu bila dah kumpul banyak2. 

So kat bawah ni, gambar2 handbouquet yang i buat untuk 17 September brides. Gambar2 artwork lain i dah publish kat The Craft Potion facebook. Do LIKE the page k. :)