Sunday, April 3, 2011

Tips for a Bride to be - how to have a wonderful wedding with shoestring budget!

Hi all,

Great weekends eh? Buat apa kat rumah sabtu dan ahad nie? Well, i spent most of my weekends doing the craft  stuffs and hantaran deco until the wee hours for the customer.Tido lepas subuh, but i enjoyed them very much!

Okay, so for today,i nak share dengan you all a few tips untuk menjimatkan kenduri kahwin based from my own experience. If you are a frequent readers of my blog, you sure dah baca my ups and downs in my own wedding preparations, problems dengan vendor, budget constraints, where to find this and that, last minute changes, cakap2 orang and macam2 lagi.... i learned a lot throughout my wedding preparations sebabnye i have no wedding planner untuk  helped me do the planning so semuanya i buat sendiri. Tapi takpe, pengalaman ni memang sangat2 invaluable sebabnye they made me stronger and banyak mengajar i supaya lebih berhati2 untuk plan for any event in the future.

I know setiap dari kita ada own wedding dream betul tak? Kita nak macam tu, macam ni, tapi kita tak fikirkan limitations yang kita ada. (im talking about brides to be with shoestring budget macam i) Kita nak macam2 kan tanpa fikir first of all of course the B word, BUDGET! Betul orang cakap, 'kahwin ni sekali seumur hidup', tapi kalau boleh jangan lah sampai koyak rabak lepas kahwin semata2 nak nampak gah and bergaya untuk satu hari itu SAHAJA. lainlah kalau kita memang ada BUDGET yang banyak untuk SPLURGE pada hari tersebut. Harus diingat, rezeki orang lain2. Kalau rezeki kita takat tu je, buat takat tu je. Orang melayu kata, 'Ukur Baju Di Badan Sendiri'. Hehe. And kalau kita ada kawan2 yang ada rezeki lebih, and buat wedding yang grand, tak perlulah kita rasa inferiority complex or nak berlawan2 dengan mereka. Paling teruk, x perlu kondem orang sana sini selepas majlis mereka. Contoh macam : " Kenapa kau buat baju macam nie? Patutnya kau buat macam nie... " or "Sayang lah makeup kau macam tu or rambut kau macam tu macam nie...etc etc" - bilamana sepatutnya kita wish kawan2 kita '' Very beautiful wedding/Very nice/ You both looked gorgeous/ I wish you happy ever after!" Eventhough you as a guest nampak banyak flaws pada event kawan2 itu/terlalu grand sampai you timbul irihati... Jangan sekali2 kondem mereka!Rezeki orang masing2 lain2.... Lagipun bila you all kondem macam tu sebenarnya tak lain tak bukan menunjukkan perangai busuk hati/ tak puas hati/ iri hatikita sendiri je kan? Lagipun bukankah elok kalau kita be nice to everyone apatah lagi unruk orang yang baru saja mendirikan masjid nie. .Lagi satu bila kita wish orang lain yang baik2 percayalah, inshaAllah, rezeki kita akan jadi sangat murah lepas tu. I pun pernah baca benda ni kat mana tah dah lupa, tapi just nak share dengan you all semua ' When you dont have anything nice to say to a person, either you keep yourself silence or create something nice for the ears to hear' or you can also choose to ruin a beautiful relationship or showing off your bad true self.. betul kan? (i tau ada antara you all yang pernah mengalami situasi berhadapan dengan orang2 macam ni, tell you guys what, same here (lambai2 tangan) hehe... tapi i buat dek je... anggap je org tu jeles or just nak downkan you all supaya dia nampak lebih bagus)

Okay, benda yang paling2 first sekali you all kena buat ialah draft your BUDGET!and strictly stick to it!! Bila you all dah ada draft budget baru senang nak move on dengan benda2 lain.... Okay kat sini, i will list a few things apa yang you all kena ambil berat dalam sesuatu majlis perkahwinan (untuk brides to be yang shoestring budget saja ye)

1) BAJU

Okay, selepas peruntukkan budget untuk persalinan bride and groom baru boleh decide mana you nak pergi lepas ni. Designer? Tailor? Sewa? Lepas dah decide baru boleh minta quotation dari either one. Atau you all boleh juga minta quotation or survey2 dari semua pihak. Last2 baru buat decision. Tapi ini semua time consuming. Lebih baik ada BUDGET, choose which channel you nak buat baju and stick to it! But this really depends ye.Maybe you all nak splurge kat baju nak kurangkan kat tempat lain, mungkin you all die die nak buat kat designer tu nak sewa kat butik tu, so tak kisah yang lain2.... Yang penting, mesti ada draft budget dulu!

Bila dah pilih, dari situ you all boleh play around la kan. Kalau buat kat designer tu, you all dah tak payah fikir apa2.... bayar je mereka akan buat semua on your behalf (that's why kalau nak pilih designer pilih yang betul2 you all suka and good reputation, jangan semberono sahaja... asalkan dia designer you nak hantar...betul tak?)

Kalau you all buat kat tailor, itu you all boleh play around dengan kain, workmanship and the tailor rate. Mungkin lebih kat sini, kurang kat sana. Mungkin kurang kat sini lebih kat sana. It really depends...

Kalau you all sewa pulak, dont waste your time, jangan malu2 tell the butik owner berapa budget you sebenar2nya, so u tak akan buang masa untuk try baju yang akan buat you burst your budget and you juga kena cekalkan hati lah sikit... Jangan ikut cakap diorang, baju tu cantik baju ni cantik... last2 tengok?!!! wah!! terlebih budget sudah..

2) PELAMIN/HALL DECO

Okay, bab ni, you kena pandai survey... Kalau nak cantik, nak grand of course lah budget pun kena besar bukan? Tapi kalau budget you sikit, jangan ingat you tak boleh dapat yang cantik juga... Yang penting, you kena rajin survey, rajin communicate dengan vendor2 nie. Ada yang vendor baru nak bukak, banyak buat promotion and artwork diorang pun bagus2 juga... so go approach them! mesti kena alert dengan promotion okay! (budget punya pasal, kan? hehe)

Tapi!! Ada tapi ye... bila vendor tuh dah set up package, janganlah kita minta yang bukan2, macam tak nak itu, tak nak ini.... Lepas tu minta kurang harga. Kalau satu dua tu, bolehlah vendor tu layan kan... tapi kalau nak kurang banyak benda.... tak ke dah menyusahkan vendor tunak recalculate semua benda... last2 nanti dia pun tk seronok nak buat yang terbaik untuk majlis korang....


3) CATERING

Ini adalah benda yang paling penting dalam sesuatu majlis perkahwinan okay. Macam i, i bersyukur ibu i sponsor catering untuk majlis perkahwinan I which is it is such a great honor for me untuk ibu i sponsor macam tu untuk i and Alhamdullillah our catering gave the best service during that day! Bagi i, kalau nak splurge, splurge lah di catering! Sebab makanan ni lah yang akan jadi buah mulut orang selama2nya... Macam biasa, baca review, pergi food testing, minta quotation, suaikan dengan budget. Jangan ambil catering cincai boncai... Nanti tah apa2 servis dia bagi... Lauk tak cukup, tak well manage... banyak masalah akan timbul di kemudian hari.....


Tapi kalau you all buat di  kawasan kampung, pasti lebih best! sebab satu kampung akan tolong bukan? So masak sama2 makan sama2...Selain jimat, tetamu akan berpuas hati, ukhuwah antara orang2 kampung pun akan lebih bertambah rapat!

4) DOORGIFT


Kawan2, kat sini, you all betul2 kena watch out your budget... Kalau nak jimat, and nak bagi benda yang orang tak akan buang, bagilah makanan. Jangan bazir beli banyak2 barang yang tak boleh dimakan macam kipas,. sapu tangan and etc etc sebab akhirnya orang buang je... Kalau nak mix my suggestion bagi satu yang tak boleh dimakan and yang lain tu bagi yang boleh dimakan... In the end you all tak akan rasa macam bazir sangat duit, sebab dah sah sah apa yang you all bagi tu masuk dalam perut the guests... Hehehe (Tapi, kalau yang ada rezeki lebih, lainlah ye....)

5) ENTERTAINMENT


Kat sini pun you all boleh jimat banyak.... Tak nak hire entertainment group pon takpe.... cari senarai lagu2 cinta and play sepanjang2 majlis.... Dah nampak klasik and elegan macam tu... Yang penting spend some money dekat PA system.  A good one kalau boleh. And kalau nak emcee, cari lah yang you all kenal and boleh emcee dengan baik dan affordable charges. And yang tak mengarut tah apa2 kan... Kalau nak senang, cari kawan2 yang biasa buat pengacaraan majlis and hire dia... Harga maybe boleh dirunding antara kawan kan? Hmmph... :) And macam masa wedding I hari tu, i adalah begitu lucky kerana kawan-kawan abah i yang biasa jadi pengacara majlis untuk majlis2 keramaian untuk acara2 PDRM sudi mengacara majlis i dengan secara sukarela dan percuma. Haha... Rezeki bukan?

Okay di samping tu just nak bagitau, kalau you all perlukan emcee, i boleh tolong menjadi emcee di majlis perkahwinan dengan affordable price... Kalau nak tengok portfolio, so far i tak pernah mengacara majlis kahwin tapi, i selalu menjadi emcee di majlis2 rasmi dan bukan rasmi di syarikat I, event 'Cool Tech and Hot Zone' di Lot Belia 77, kuching during my uni years.  inshaAllah i juga boleh mengacara majlis perkahwinan. Pasal harga itu adalah sangat2 boleh dirunding, memang tak mahal langsung la... bukan artis ternama... it's just that i have a few experiences in being an emcee.... Email me at
 thisisyanie[at] yahoo [dot]com for any enquiry k? :) (eh sempat pula mempromot, trust me, tak ada niat mengaut untung ke apa...just to help)

Hmmph itu je yang i dapat pikir buat masa nie... Nanti kalau ada lagi i akan tambah kat sini.... okay?
 Percayalah wedding ini hanyalah a one day event! Lepas kahwin lagi banyaaaaaaaaaaaakkkk duit you all nak pakai tau..... So jangan splurge semberono!!! Nanti i godek2 pc untuk cari balik excel file budget i dulu2... Tapi im sure ramai lagi B2B yang dah kongsi file ni..... Untuk tambah perisa bagi entry ni you all boleh baca entry dari fellow B2B blogger kita, si kecil @ Nasrah yang {here}

10 comments:

hana yoriee said...

waahh..panjang lebar yanie explain..=) mmg b2b boleh wat reference..hehe

Ana said...

hi there.. awesome tips! keep more coming for silent readers like me!hehe :)

K.I.N.A said...

catering masa wedding yanie mmg best..licin pinggan..tak sempat makan kambing panggang tu..hehe..

cheQmOomOo said...

=)

SophRoSyNe @ cik giRang said...

salam..thanks for the tips.. sgt mencari cara for wedding preps yg blh kurangkn budget :)

Yanie said...

Hana Yoriee : Kita dua kan pernah been there done that! Hahah

Ana : No problem dear... Sharing is caring!

K.I.N.A : Ye ke ? Yanie pakai D'mawar... Kambing panggang tu pun ibu Yanie sponsor tu memang tak cukup la dear.

cheQmOomOo : =)


SophRoSyNe @ cik giRang : Yeah that's right dear! more tips to come.

mizzura said...

good info...thanks dear!

choclairissa @ intan said...

yg paling penting...allocate budget...ukur baju di badan sendiri ;)

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

gud info sis.. bagusnya boleh jadi MC. kerja out of kL tak? hehehe.

Yanie said...

mizzura : no problem dear. SHaring is caring!

choclairissa @ intan : Betul... jangan terlebih... nanti menyesal kemudian hari

0sh!Nz d' sen0r!ta : InshaAllah bole je.. tapi kena tahu kat mana, date and time dear.. hehe

Post a Comment

Hi, do shower me with positive words and great vibes. TQ