Thursday, July 28, 2011

Favourite hangout place with hubby!

I love Old Town White Coffee.. I selalu pergi makan kat sana. Sebab i suka makan mee telur tanpa kuah and roti dia yang ada kaya, butter and milk tu. Sedap!

Lebih-lebih lagi my husband and I just discovered that Old Town White Coffee is just nearby our house... Dekat Axis Atrium tu je... Nak naik LRT boley, naik basikal pun boleh.. Jalan kaki pun boleh kalau nak rasa patah kaki tu macam mana..hehe.. So weekends bila tak ada benda nak buat, we all selalu lepak2 situ minum2 and makan2...

Suka sebab tempat dia agak laid-back and best! See for yourself the photos below... Blur sebab tangkap pakai phone aja....

Husband membayar :) Saya memakan :)

Husband memandang kamera


Husband memilih nak makan apa..


Yours truly, madly deeply.. okay wth? hehe





The ambience. Super cosy this one i tell you.



Husband and wife :)


Mi telur tanpa kuah. Mesti korang nak nie kan lepas baca entry nie? Haha

Terliur!!

Ini pun sedap sangat you all :)

What is your favourite hangout place with your spouse? Do share...

p/s : Besides Old Town, i love Chillis, Love Sierra, and Coffee Bean. What's yours?

Sunday, July 24, 2011

Review - My bridesmaids and my Maid of Honor


Selain dari segala macam persiapan wedding, I yakin bridesmaids atau maid of honor juga adalah perkara terpenting pada hari besar kita, kan? Macam2 persiapan juga yang diperlukan untuk maid of honor @ bridesmaids ni. 

On my big day, i ada seorang maid of honor dan 4 orang bridesmaids. Kelima-lima mereka ini adalah insan2 yang sangat istimewa dalam hidup i. Okay, let me introduce all of them to you guys k. 

Maid of Honor (MOH) - She is my best friend. Nama dia, Dayang Ain. She is actually my ex colleague di Celcom, tapi kami adalah sangat rapat. Even sekarang, i tak kerja Celcom pun i masih rapat dan baik dengan dia. She was also my bridesmaid masa i nikah. She will always be there for me through thick and thin. Kadang-kadang, kami pernah juga berselisih pendapat, tapi tak lama, sebab kami berdua dah macam adik beradik. Perangai pun hampir serupa. Jadi, i memang tak perlu berfikir panjang untuk menjadikan dia my Maid Of Honor, ataupun salah seorang yang penting dalam Majlis Perkahwinan I. 

Bridesmaids:

1) Aina Lailatul Laily (GG) - GG ni housemate and roomate i masa i masih menyewa rumah sebelum kahwin. I duduk rumah sewa tau walaupun parents i di KL sebab i nak belajar berdikari. GG ni memang dari i bertunang memang sangat-sangat baik dengan i. Dia sanggup teman i ke sana sini untuk membeli barang persiapan pertunangan.. Tolong i siapkan hantaran tunang, tolong i lipat dan uruskan kad kahwin i. Bukan tu je, GG memang banyak sangat tolong i kat rumah sewa, angkat kain, basuh kain. Memang dia baik sangat. Kitorang selalu kongsi masalah family, tempat kerja dan macam2 lagi sama2. GG tak pernah kedekut atau berkira dengan i, barang dia barang I, barang i pun barang dia juga. Kadang2 bila balik kerja i tengah stress ke apa, GG memang dia dah paham. Dia tak akan kacau i dan dia sangat pandai ambil hati i dan buat i gelak. Kesimpulannya i memang beruntung dapat roommate yang baik macam GG. So i tak teragak2 untuk jadikan dia one of my bridesmaids. 

2) Raihanah (Hana Yorie) - Korang kalau tak kenal Hana ni tak tau lah kan.... Heheh, Owner Sedapsedapbelaka, salah seorang bride blogger juga... Hana memang baik dengan i dari masa i mula2 tulis blog ni lagi... I pun dah lupa macam mana kitorang boleh baik, tapi kitorang memang selalu communicate pasal wedding preps. Hana akan YM i almost everyday, tak YM dia memang akan greet I dekat Facebook Chat. Kitorang pernah pergi wedding Aim sama2 sampai sesat and memang Hana dengan I baik sampai sekarang. Both of us memang selalu share macam2 benda lah, and mostly about wedding preps and sekarang ni mostly about life after married kot. Mengenangkan Hana dah banyak bantu I dalam persiapan perkahwinan makanya i pun tak teragak2 untuk mengambil Hana sebagai one of my bridesmaids, and i memang terharu sangat sebab Hana setuju walaupun majlis dia hanya seminggu selepas majlis I. Thanks so much Hana, (I know you will read this) i really appreciate your help!

3) Sanaa Muhammad - Sanaa juga merupakan ex colleague i masa kat Celcom. Sanaa seorang yang sangat cool. Dia tak hypocrite which made me like her and adore her. She has this unique style tau, in her fashion and the photos she captured. I baik dengan dia masa dia mula2 join Celcom and she was the one who inspired me to wear hijjab. Sanaa is a bit reserved kind of person tapi she has a very good heart. Dia tak akan mudah2 sakitkan hati orang lain dan i tak pernah nampak dia busuk hati atau cemburukan kejayaan orang lain. I really respect friend like her and because of she is really close with me during my Celcom days, i pun ajak dia juga jadi my bridesmaid and she was very delighted to received the offer. I rasa sangat di appreciate!

4) Irma Aneeza - Irma juga merupakan ex colleague I masa kat Celcom. Irma selalu menjadi tempat i meluahkan perasaan. I share with her almost everything... I respect friend like her sebab dia tak suka campur hal orang and will do and solve her oen things her ways.. Irma banyak tolong i dalam my job... sebab masa i baru tukar same unit with her, she will answer questions i yang sangat banyak (which i think is really annoying) tanpa rasa marah atau bengang pun. She is very sincere. Irma and i always share pasal relationships, families and hardships that both of us had been through. Bila i ada problem, she will suggest ways to resolve the problems and vice versa, From there kitorang jadi rapat, and sebab tu i offer dia jadi bridesmaid. And she accepted the offer with arms wide open... Dia susah2 datang my wedding tau walaupun dia tak ada her own transport... Ini membuatkan i sangat2 terharu... 

Sebelum kahwin, I perlahan2 buat persiapan untuk mereka juga... Dari kain sampailah ke makeup i carikan untuk diorang.... Kain untuk baju i beli di Jakel....Tailoring mereka upah tailor sendiri.... Handbouquet mereka pula dari Fabulous Floral. (Told you guys i tak sempat buat sendiri untk mereka) i hired Muharra (MOLA THE MAKE UP ARTIST) (wife to Subhi Karim - the photographer) untuk make up diorang masa my wedding. - Click the link to be redirected to the vendor's page. 

They were very happy to receive such treatments from me... I lagilah happy tengok diorang happy, Selain dari tu, i juga ada bagi hadiah pada diorang... Hadiah2 tu semua warna pink... Tengoklah gambar kat bawah ni... 



Ha ni lah hadiah diorang:
- Bear pink
- Frame gambar from Living Cabin
- Pink pen with plushies 
- CK thong also pink colour
- Paper bag pink


I hope diorang suka hadiah2 tu... I just want to say big thanks to my bridesmaids and maid of honor... Thanks banyak2 atas kesudian kalian untuk jadi orang2 terpenting pada hari besejarah Yanie dan Azlan. Sayang korang banyak2 k... :) 

Guys kalau korang nak cari bridesmaids, carilah mereka yang betul2 sangat dekat di hati you all, yang bermakna dalam hidup you all, yang boleh simpan 1001 rahsia you all, yang special pada you all in their own way... I sangat beruntung sebab i have such friends in my life... Okay guys do enjoy the photos below :) These photos are from my photographers, Abg Sam Rais and Ezwan Emary and some are  from our own family and friends' cameras. 


 Masa dimakeup oleh MOLA. 


 Seorang MOH menjalankan tugasnya. :) Thanks Ain. 

 From left : Hana, Irma, Sanaa, Me, Ain and GG




 The Bestman and My MOH and Bridesmaids




Bridesmaid :

"The bridesmaids are members of the bride's wedding party in a wedding. A bridesmaid is typically a young woman, and often a close friend or sister. She attends to the bride on the day of awedding or marriage ceremony. Traditionally, bridesmaids were chosen from unwed young women of marriageable age"- source : Wikipedia


Maid of Honor :

"The principal bridesmaid, if one is so designated, may be called the chief bridesmaid or maid of honor if she is unmarried, or the matron of honor if she is married. A junior bridesmaid is a girl who is clearly too young to be marriageable, but who is included as an honorary bridesmaid" - source: Wikipedia

Monday, July 18, 2011

My post wedding video!!!

Hello lovelies!!

Hari ni Abang Ezwan ada tag kan montaj video for my post wedding... Enjoy ye kawan2...

Cant stop smiling watching this video. How can my hubby jadi this super sweett eh? Selalunya dia keras kekung je tauuuu.....

Oh by the way, please excuse my chubby-ness ya.... masa ni baru buat rebonding. so my rambut still kelepet to the head lagi...

Till then. Enjoy!!

Our post wedding photography!!

Hi loveliesss!

How is your weekend? Mine one was quite hectic la.

Saturday? We all pergi pasang centrepiece untuk one of our fellow bride's blogger, Cik Hazz... untuk her reception dinner kat K Residence, Avenue K. Wahhh... sangat cantik tau tempat tu.. Tepi swimming pool... dahla tempat tu sangat posh. My husband kan kerja KLCC, so dia cakap mostly foreigners or expatriate je yang tinggal situ...Bila tanya camna dia tahu, dia cakap sebab selalu tgk mat2 saleh je mandi kat swimming pool dia dari tingkap KLCC. Haha. I tanya my husband, agak2 berapa harga rumah kat sini...and he said "3 juta" and i was like.... "What?" Hahaha... Ye lah kan, of course lah harga dia macam tu, dahlah just in front of KLCC, ambience dia pula memang sangat posh macam tu...

Anyway congrats to Cik Hazz, kalau you all nak tengok centrepieces tu boleh tgk kat Facebook, The Craft Potion yea.. Simple je i buat for Cik Hazz... Hopefully she likes them all... :)

Okay, actually this entry i nak cerita pasal our post wedding photography.... Dah almost 7 months kawin, baru nak post wed gitu... Hehehe... I memang plan nak buat post wed ni sebelum kawin lagi. Tapi i x cakap pun dengan my husband.I sendiri plan, sendiri book photographer and sendiri bayar la.

I booked our second photographer masa wedding itu hari tu, iaitu Abang Ezwan Emary.. Sebab hari tu rasa mcm tak puas bekerjasama dengan dia.. So i decided to hire him again for our post wed...

Mula2 tu i ajak Hana Yorie & husband sekali and kitorang dah planning elok2 untuk buat picnic style. Sekali husband Hana dapat kerja baru and susah nak cuti... Time tu pulak plan dengan Abang Ezwan dah jadi ad hoc. Sebab date2 yang di plan sebelum ni asyik kena cancel je due to unforeseen circumstances, so terpaksalah i dengan my husband je yang bergambar.... Takpe Hana, next time k.... kita amek gambar sama2.

Okay jom la layan gambar2 post wed i kat bawah ni.. Memang i puas hati sangat.... And Abang Ezwan cakap dia ada buat video jugak... Nanti dia akan tag kan.. Dulu masa kahwin pun dia buat video jugak untuk I. Baik kan?


Theme : Picnic - props tak banyak, pakai redah aje apa yang ada kat rumah.
Wardrobe : Dua2 pakai hitam. Azlan; Shirt & Jeans, Yanie: Blouse & Legging.... Mula2 ingat nak pakai dress, tak jadi lah pula sebab takut susah nak bergerak. Haha
Venue : Lake Garden, Kuala Lumpur
Photographer : Ezwan Emary















Kesimpulannya, buat post wed memang best, and masa ni nak peluk betul, rapat2 pon dah boleh dahhh... Sapa yang nak halang, kan? Dah kahwin gitu... Haha...And tengoklah my husband yang keras kekung tu, bila amek gambar terlebih lebih pulak bajet nak jadi model dia tu... Hahaha.... Tak sangka tu dia jadi se sporting itu bila amek gambar.. ahaha Lawak betul :)

Masa ni memang berpeluh2 sebab kitorang sampai Lake Garden tu around 10 am plus plus... Masa tu matahari kan nak naik..Tu yang panas tak ingat tu... Actually theme ni tak sesuai la untuk our country yang hot climate ni, tapi pedulik apa I, nak jugak kan?? Anyway, i sangat lah berpuas hati dengan Abang Ezwan, cantik cantik gambar dia... package pun affordable... Sapa2 yang interested to hire him, let me know k...:)

Sebelum bye-bye, ni centrepieces dan hantaran yang TCP (The Craft Potion) buat untuk customers dalam bulan July. Ada lagi kalau you all nak tengok... Boleh like page TCP yea.. And sapa2 yang berminat, boleh drop email to thecraftpotion@yahoo.com.... Dont worry we can cater according to your budget... :)





Wednesday, July 13, 2011

Update secara pukal!

Hi lovelies.

Wah. Tolong i tiup sikit habuk2 dan sawang2 kat blog ni. Haha. Lama gile kan i tak update apa2 dalam blog. Busy yang amat. Kalah CEO gitu.Padahal bukan CEO pun. Manager pon bukan. Haha. How's life korang? Okay tak? Hope okay lah ye. Sepanjang-panjang blog ni dalam hiatus, banyak berita gembira yang dah kita terima kan? Antaranya :

1) Puan Balkidz Hunny dah dapat baby!! Cant wait nak tengok anaknye...
2) Yumie dah pregnant, dengar citer dah 4 bulan... inipun Yanie tengok kat FB dia.. kalau salah... "IM SORRY" hehe..Kalau betul, Congrats Yumie!!
3) Ramai kawan2 blogger yang dah melangsungkan perkahwinan dengan jayanye
4) Ramai kawan2 blogger yang dapat book tiket promo Air Asia dan ingin bercuti dengan jayanya bersama suami masing2 *nada jeles*. Antaranya Hana Yorie, Lynda, dan Nadya Yusof (best jadi Nadya dia selalu travel.hehe) Ada siapa2 lagi yang nak menjeleskan I? Silalahh *sambil sinsing lengan baju kurung dan genggam penumbuk*Haha
5) Ramai kawan2 blogger yang dah pregnant. Nak update satu2 tak ingat la pulak...Congrats to you, guys!

Hah, yang tu lah setakat ni yang i tahu. Yang lain2 tak ketahuan lah pula... Kalau you all ada nak add any news, good or bad news tentang rakan2 blogger, addlah kat komen, yea? Bukan apa... Kita kan sama2 kawan... So nak tahu juga perkembangan satu sama lain. Kalau berita baik, kita tumpang gembira, kalau berita buruk, mana yang kita boleh bantu kita bantu atau paling tidak pun, kirimkan doa supaya yang buruk tu cepat2 berlalu pergi. Kan?? Hehe.

Okay, disebabkan dah lama gile Yanie tak update blog, makanya kali ni nak update secara pukal! Kalau tak larat baca, korang pergilah tidor dulu.. nanti esok lusa, jangan lupa datang lawat blog ni balik. Maafla, blog ni tak ada penanda buku. Penanda wacana ada. Haha. (Buat lawak macam nak kena pelempang gitu..hehe)

Baiklah, mari kita mulakan:

1) Tentang kehidupan rumahtangga

Alhamdulillah, semuanya baik2 saja dong. Tak ada berita gembira lagi dari segi rezeki dapat anak. Tapi kami berdua tetap bersyukur sangat kerana setiap hari kasih sayang antara kami makin bertambah kuat. Kadang2 encik suami nak masuk tidur lambat sikit pun I dah merajuk2. Nak tidur bersama2 lah konon. Macam kena kira pulak "1,2, 3..okay tidorrr!! Tutup mata" Haha. Tapi betul lah kan? Seorang isteri yang baik, kenalah tunggu suaminya. (Baiklah sangat *sambil tepuk dahi*) Tapi suami i, kalau dia dah ngantuk dia tidur je.. Cuma dia akan bagitahu la "Okay b, abang masuk tidur dulu" and i pun akan reply "Okay, tidur lah dulu" . Kedengarannya agak skema, tapi begitulah kehidupan seharian kami suami isteri.

Bersyukur Allah bagi masa lebih untuk kami spend masa berdua sebelum hadirnya orang ketiga. Bukan orang ketiga yang negatif itu yea. Of course yang positive. Haha. InshaAllah suatu hari nanti. Pasti akan dikhabarkan pada anda semua. :)

Bila dah 6 bulan berkahwin ni, Alhamdulillah, kami jarang bergaduh. Berselisih pendapat tu normal la. Masing2 dah faham attitude masing2. Tak macam masa bertunang dulu, sikit2 nak bengang. Nak angin. Sekarang dah tak ada angin2, salji terus. Ewah. Mulalah i nak melalut ni. Haha.  Apa2pun, kesabaran tu paling utama. I bersyukur kerana suami i seorang yang sangat memahami penat lelah i bekerja. Beliau tak pernah mengeluh membantu i buat kerja2 rumah, jemur, basuh and gosok baju. Itu memang tugas dia. I pulak ambil bahagian dalam tugas yang lain. :) Suami i juga seorang yang sangat penyabar, cool, hensem dan macho.(saja je puji lebih2. i tahu dia baca blog ni.. so kena lah puji2 sket. Mana tahu tahun ni boleh dapat duit raya lebih. Haha)

Tapi memang betul bila kita dah kahwin ni, kepenatan dia sangat extravaganza, kan? Siapa2 yang dah kahwin, tolong sokong statement ni. Hehe. Jadi berterima kasih lah jika you all juga punya suami yang ringan tulang membantu dengan kerja2 rumah seperti I.

2) Tentang rumah dan tangga

Kalau you all pembaca setia blog I ni, mesti tahu kan yang i dan suami dalam proses mencari rumah untk dibeli. Actually bukan I dan suami, suami je.. hehe... Kami tak beli rumah teres pun, bukan apa.. dengan budget kami, nak dapat rumah teres yang decent kat KL ni susah sikit. Ada tu ada lah, tapi kawasan Rawang, Sungai Buloh, Puchong, Langat, Kajang tu terlalu jauh dengan tempat kerja. Kalau boleh, suami nak cari rumah yang dekat dengan tempat kerja kitorang.

Finally, suami dah bersetuju untuk beli rumah itu! Hehehe. Rumah apa, rumah yang mana? Yang tu kita cerita kemudian, okay? Rumah tu cantik, telah direnovate oleh owner sebelum ini. Tapi disebabkan telah ditinggal lama, terdapat beberapa kerosakkan minor dan major yang terpaksa kami baiki la. Lokasi dan kemudahan rumah tu memang dah menarik perhatian suami. Jadi, mungkin bila deal pembelian dah settle, kami masih terpaksa menyewa lagi, sementara renovation siap sepenuhnya.

I memang terharu dan sangat berterima kasih dengan suami sebab bersusah payah menyediakan keperluan untuk i dan keluarga yang bakal kami bina kelak. Almaklumlah, kami bukan anak orang kaya.Segala aset dibeli oleh duit hasil titik peluh sendiri. :)

Tapi, maybe itulah yang akan lebih dihargai, kan? I yakin you all yang beli atau mampu memiliki sesuatu aset tu dengan duit sendiri akan lebih menghargai apa yang dimiliki tu kan? :)

3) Tentang kerja

Macam biasalah, sibuk memanjang. Part ni sedih sikit la nak cerita... :( Tahun ni kemungkinan besar akan beraya di KL sahaja. I kan baru join the new company, so biasalah tu newbies selalu kena sacrifice cuti Raya, lebih2 lagi bila yang berada dalam unit tu semuanya Melayu. Huhu.

Stress di tempat kerja tu biasalah. Dulu, di company lama, stressnya lebih kepada kerja dan politik kotor kat situ. Bos yang bermuka2, kawan2 yang bermuka2. Jadi bila dah experienced semua tu, di tempat baru ini, I lebih berhati2 untuk berkawan dengan sesiapa dan tak mahu terlalu rapat dengan rakan sepejabat. Bukan apa, bila kita terlalu rapat, mula lah timbul pelbagai perselisihan faham dan terpaksa jaga hati satu sama lain walau hakikatnya apa yang dibuat tu bukan datang dari hati yang ikhlas.

So i fikir lebih baik buat kerja saja and buat hal sendiri. Biarlah stress pun dengan kerja atau bos kan? Tak payah pening2 dengan kerenah rakan2 sepejabat. :)

4) Tentang The Craft Potion. 

I bersyukur sangat sebab The Craft Potion telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan anda semua. Orders kecil2 tetap masuk... and i dah cukup bersyukur. Sekurang2 nya, masa hujung minggu yang terluang tu dapat diisi and i get paid doing what i really passionate about! (Owh please excuse my Ingrish. Lately English i agak upside down. Haha)

Ada juga cita2 dan rancangan untuk membawa The Craft Potion lebih jauh... Tapi i sedar, pengalaman i dalam bidang ni belum cukup dan masih banyak lagi kekangan yang perlu i overcome. Tapi, InshaAllah satu hari, i akan cuba mencapai impian I. Bila tu? Itu tidaklah saya tahu. Wallahu'alam. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

July, memang sangat hectic untuk TCP. Walaupun order2 tu kecil2an tapi boleh dikatakan almost every week in July ni i ada tempahan. Hot order normal la, handbouquet, dan boutonniere... Sekurang2nya i dapat tumpang rasa gembira bila TCP dapat menyumbangkan sesuatu untuk hari besar anda semua....


I rasa, sampai sini dulu la entry kali ni.... Lepas ni i ingat nak sambung proper review about my wedding... Haha dah setengah tahun pun masih gila nak buat review... Biasalah, ada penyakit "gila majlis kahwin (GMK)" ni susah sikit... So you all semua tunggu entry I seterusnya k... I akan buat proper review tentang my wedding untuk anda semua...

Till then!