Wednesday, July 13, 2011

Update secara pukal!

Hi lovelies.

Wah. Tolong i tiup sikit habuk2 dan sawang2 kat blog ni. Haha. Lama gile kan i tak update apa2 dalam blog. Busy yang amat. Kalah CEO gitu.Padahal bukan CEO pun. Manager pon bukan. Haha. How's life korang? Okay tak? Hope okay lah ye. Sepanjang-panjang blog ni dalam hiatus, banyak berita gembira yang dah kita terima kan? Antaranya :

1) Puan Balkidz Hunny dah dapat baby!! Cant wait nak tengok anaknye...
2) Yumie dah pregnant, dengar citer dah 4 bulan... inipun Yanie tengok kat FB dia.. kalau salah... "IM SORRY" hehe..Kalau betul, Congrats Yumie!!
3) Ramai kawan2 blogger yang dah melangsungkan perkahwinan dengan jayanye
4) Ramai kawan2 blogger yang dapat book tiket promo Air Asia dan ingin bercuti dengan jayanya bersama suami masing2 *nada jeles*. Antaranya Hana Yorie, Lynda, dan Nadya Yusof (best jadi Nadya dia selalu travel.hehe) Ada siapa2 lagi yang nak menjeleskan I? Silalahh *sambil sinsing lengan baju kurung dan genggam penumbuk*Haha
5) Ramai kawan2 blogger yang dah pregnant. Nak update satu2 tak ingat la pulak...Congrats to you, guys!

Hah, yang tu lah setakat ni yang i tahu. Yang lain2 tak ketahuan lah pula... Kalau you all ada nak add any news, good or bad news tentang rakan2 blogger, addlah kat komen, yea? Bukan apa... Kita kan sama2 kawan... So nak tahu juga perkembangan satu sama lain. Kalau berita baik, kita tumpang gembira, kalau berita buruk, mana yang kita boleh bantu kita bantu atau paling tidak pun, kirimkan doa supaya yang buruk tu cepat2 berlalu pergi. Kan?? Hehe.

Okay, disebabkan dah lama gile Yanie tak update blog, makanya kali ni nak update secara pukal! Kalau tak larat baca, korang pergilah tidor dulu.. nanti esok lusa, jangan lupa datang lawat blog ni balik. Maafla, blog ni tak ada penanda buku. Penanda wacana ada. Haha. (Buat lawak macam nak kena pelempang gitu..hehe)

Baiklah, mari kita mulakan:

1) Tentang kehidupan rumahtangga

Alhamdulillah, semuanya baik2 saja dong. Tak ada berita gembira lagi dari segi rezeki dapat anak. Tapi kami berdua tetap bersyukur sangat kerana setiap hari kasih sayang antara kami makin bertambah kuat. Kadang2 encik suami nak masuk tidur lambat sikit pun I dah merajuk2. Nak tidur bersama2 lah konon. Macam kena kira pulak "1,2, 3..okay tidorrr!! Tutup mata" Haha. Tapi betul lah kan? Seorang isteri yang baik, kenalah tunggu suaminya. (Baiklah sangat *sambil tepuk dahi*) Tapi suami i, kalau dia dah ngantuk dia tidur je.. Cuma dia akan bagitahu la "Okay b, abang masuk tidur dulu" and i pun akan reply "Okay, tidur lah dulu" . Kedengarannya agak skema, tapi begitulah kehidupan seharian kami suami isteri.

Bersyukur Allah bagi masa lebih untuk kami spend masa berdua sebelum hadirnya orang ketiga. Bukan orang ketiga yang negatif itu yea. Of course yang positive. Haha. InshaAllah suatu hari nanti. Pasti akan dikhabarkan pada anda semua. :)

Bila dah 6 bulan berkahwin ni, Alhamdulillah, kami jarang bergaduh. Berselisih pendapat tu normal la. Masing2 dah faham attitude masing2. Tak macam masa bertunang dulu, sikit2 nak bengang. Nak angin. Sekarang dah tak ada angin2, salji terus. Ewah. Mulalah i nak melalut ni. Haha.  Apa2pun, kesabaran tu paling utama. I bersyukur kerana suami i seorang yang sangat memahami penat lelah i bekerja. Beliau tak pernah mengeluh membantu i buat kerja2 rumah, jemur, basuh and gosok baju. Itu memang tugas dia. I pulak ambil bahagian dalam tugas yang lain. :) Suami i juga seorang yang sangat penyabar, cool, hensem dan macho.(saja je puji lebih2. i tahu dia baca blog ni.. so kena lah puji2 sket. Mana tahu tahun ni boleh dapat duit raya lebih. Haha)

Tapi memang betul bila kita dah kahwin ni, kepenatan dia sangat extravaganza, kan? Siapa2 yang dah kahwin, tolong sokong statement ni. Hehe. Jadi berterima kasih lah jika you all juga punya suami yang ringan tulang membantu dengan kerja2 rumah seperti I.

2) Tentang rumah dan tangga

Kalau you all pembaca setia blog I ni, mesti tahu kan yang i dan suami dalam proses mencari rumah untk dibeli. Actually bukan I dan suami, suami je.. hehe... Kami tak beli rumah teres pun, bukan apa.. dengan budget kami, nak dapat rumah teres yang decent kat KL ni susah sikit. Ada tu ada lah, tapi kawasan Rawang, Sungai Buloh, Puchong, Langat, Kajang tu terlalu jauh dengan tempat kerja. Kalau boleh, suami nak cari rumah yang dekat dengan tempat kerja kitorang.

Finally, suami dah bersetuju untuk beli rumah itu! Hehehe. Rumah apa, rumah yang mana? Yang tu kita cerita kemudian, okay? Rumah tu cantik, telah direnovate oleh owner sebelum ini. Tapi disebabkan telah ditinggal lama, terdapat beberapa kerosakkan minor dan major yang terpaksa kami baiki la. Lokasi dan kemudahan rumah tu memang dah menarik perhatian suami. Jadi, mungkin bila deal pembelian dah settle, kami masih terpaksa menyewa lagi, sementara renovation siap sepenuhnya.

I memang terharu dan sangat berterima kasih dengan suami sebab bersusah payah menyediakan keperluan untuk i dan keluarga yang bakal kami bina kelak. Almaklumlah, kami bukan anak orang kaya.Segala aset dibeli oleh duit hasil titik peluh sendiri. :)

Tapi, maybe itulah yang akan lebih dihargai, kan? I yakin you all yang beli atau mampu memiliki sesuatu aset tu dengan duit sendiri akan lebih menghargai apa yang dimiliki tu kan? :)

3) Tentang kerja

Macam biasalah, sibuk memanjang. Part ni sedih sikit la nak cerita... :( Tahun ni kemungkinan besar akan beraya di KL sahaja. I kan baru join the new company, so biasalah tu newbies selalu kena sacrifice cuti Raya, lebih2 lagi bila yang berada dalam unit tu semuanya Melayu. Huhu.

Stress di tempat kerja tu biasalah. Dulu, di company lama, stressnya lebih kepada kerja dan politik kotor kat situ. Bos yang bermuka2, kawan2 yang bermuka2. Jadi bila dah experienced semua tu, di tempat baru ini, I lebih berhati2 untuk berkawan dengan sesiapa dan tak mahu terlalu rapat dengan rakan sepejabat. Bukan apa, bila kita terlalu rapat, mula lah timbul pelbagai perselisihan faham dan terpaksa jaga hati satu sama lain walau hakikatnya apa yang dibuat tu bukan datang dari hati yang ikhlas.

So i fikir lebih baik buat kerja saja and buat hal sendiri. Biarlah stress pun dengan kerja atau bos kan? Tak payah pening2 dengan kerenah rakan2 sepejabat. :)

4) Tentang The Craft Potion. 

I bersyukur sangat sebab The Craft Potion telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan anda semua. Orders kecil2 tetap masuk... and i dah cukup bersyukur. Sekurang2 nya, masa hujung minggu yang terluang tu dapat diisi and i get paid doing what i really passionate about! (Owh please excuse my Ingrish. Lately English i agak upside down. Haha)

Ada juga cita2 dan rancangan untuk membawa The Craft Potion lebih jauh... Tapi i sedar, pengalaman i dalam bidang ni belum cukup dan masih banyak lagi kekangan yang perlu i overcome. Tapi, InshaAllah satu hari, i akan cuba mencapai impian I. Bila tu? Itu tidaklah saya tahu. Wallahu'alam. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

July, memang sangat hectic untuk TCP. Walaupun order2 tu kecil2an tapi boleh dikatakan almost every week in July ni i ada tempahan. Hot order normal la, handbouquet, dan boutonniere... Sekurang2nya i dapat tumpang rasa gembira bila TCP dapat menyumbangkan sesuatu untuk hari besar anda semua....


I rasa, sampai sini dulu la entry kali ni.... Lepas ni i ingat nak sambung proper review about my wedding... Haha dah setengah tahun pun masih gila nak buat review... Biasalah, ada penyakit "gila majlis kahwin (GMK)" ni susah sikit... So you all semua tunggu entry I seterusnya k... I akan buat proper review tentang my wedding untuk anda semua...

Till then!

13 comments:

yUmIe said...

Yanie,thanks..yumie doakn yanie pn akn dpt rezeki ank tu xlme lg..skrg ni,hargai mse b'2 dgn azlan..hehe yumie bce update yanie ni,t'byg2 je muka yanie.haha comel!!seronokkn ble dh kawen..yumie xsmpt stress lg nk uruskn rmh tangga sbb LDR.tp yg stressnye ble preggy ni husband xde dkt dgn kte..papepn ttp bersyukur ape yg Tuhan dh bg.mungkin ada hikmah yumie dpt rezeki ni awl:)

Mawar misswateva said...

haha..Yanie, Kalau perempuan Gila Majlis Kawin (GMK) smpi bile2 pn tak pe..
Kalau lelaki plak Gila Kawin, tu yg wt kite risau tuuu..haiiihh.

Hunny Kitty said...

goog luck and all the best in what ever u do lalink!!!!!! amin

LisaLisut said...

gigih i membacanya.glad u are happy and blissful in marriage :)

good luck in whatever u do yanie.

tetiba rs tak terdaya bila baca pas kawin lg penat tu.skrg tgh single pn i rs penat gile hari2..sigh..stamina kene kuat ni.nk kene exercise sll la i nampaknya ..haha..

amy fahmi said...

yani!! amy here. :))

pelan2 kayuh..amy pun nanti pas kawen slow2 la baru nak cari rumah..step by step je sumenye.

all the best yani!!

p/ss: ble ada giveaway lagi? sik miss je. :p

hana yoriee said...

hehe..takde perkembangan nak add kat comment sebab mostly semua YANIE dah TAHU..hahaha..=)

bestnye yanie dah beli rumah! tahniah yanie dan azlan..hana tak tau la bila dapat membeli..hoho..

doakan yanie berkembang maju dan dimurahkan rezeki lagi..aminnnn

hana yoriee said...

eyh lupe!! nak tambah..pas kawen mmg penat wooo..tambah lagi suami hana ni timing makan mmg kaw punye..3 meals in a day wajib siapkan..ngan bekal pegi keje sume..haaaa..kerja rumah tu mmg tak yah citer..senang kata pas kawen mmg ponat laa..hahaha

~ NANA ~ said...

wahhh panjang lebar entry...hihi

btw pasal rumah tu pon kitorang x beli2 lg...mmg best kn kalo ada aset yg dibelu pakai duit sendiri? hehe

all the best to u! :)

Renee Meow said...

huhu panjang giler bace sambil buat keje.. hehe..

so happy to know bout the gudnews.. kalau umah area pj/shahalam/dsara/subang/puchong bleh hangout2.. haha.. ;p

all the best for THE CRAFT POTION..! u are one of ex-b2b businesswoman dat inspires me.. :D chaiyok2..


meow~
http://reneemeowwedding.blogspot.com

LisaLisut said...

ala lupa nk say congrats sbb dh jumpa ur idaman rumah :)

and yes i doakan u pregnant soon.anyway enjoy the moment berdua for the time being.ur time will come sooooonn :)

zimie said...

hai yanie, zimie here, i baca je ur blog as silent reader (konon2 malu la ni.hahah)

alhamdulillah. i hope eveything going smooth as u planned. goodluck dear!! ;)

anaztasias nora aira said...

yanie !!!! berjaya habiskan baca hahahahahha. moga terus sukses yanie !!

missbutterfly said...

mek!! apsal rumah skrg sgt mahal? target market utk org kaya2 je kot..most of developer suka buat rumah mahal2 i.e resort style la, villa, superlink 3 storey la..tak blh ke buat single storey terrace which yg kita mampu? eh emo plk..anyway moga sukses dgn TCP!!

Post a Comment

Hi, do shower me with positive words and great vibes. TQ