Monday, August 22, 2011

My Raya preparation!

Alhamdulillah, dah 22 hari kita berpuasa kan? Tinggal lagi seminggu je. So far i dah tinggal 2 hari je puasa. Itupun sebab jatuh sakit itu hari.

Rasanya sekarang ni mesti dah ramai yang dah buat preparation untuk Raya. Itu sebab lah puasa2 pun Jalan TAR meriah je. Hehe. Tapi bagi i yang tak balik mana2 raya ni, i ingat nak juga lah pergi Jalan TAR tu masa nak dekat Raya nanti. Orang pun mesti dah tak ramai kan?

So far, Raya preparation i baru sikit je, Baju Raya rasanya dua pasang je lah kot tahun ni. Sepasang i tempah dari Hariz Zakwan, kebaya yang ada ropol2 tu. Entah la apa namanya. Ini first raya selama i dah besar ni berkesempatan dapat pakai baju tempah. Sebelum ni, beli dah siap je. Itupun, i approached Hariz masa first day puasa. Masa tu Hariz dah close tempahan,tapi rezeki i kan, dapat juga buat dengan dia sebab dia willing to open one slot for me. Hehe. Kain and upah semua husband belanja. Cuma yang sepasang lagi maybe i beli pakai duit sendiri.


Design kebaya raya i from Hariz& Team


Okaylah rasanya baju raya dua pasang. Kaftan nikah pun baru pakai sekali, so maybe boleh recycle lagi pergi raya. Baju bertandang pun boleh pakai lagi rasanya. (Berat badan pun dah turun 8kg tu masa puasa ni, tapi lepas raya tak tau lah macam mana) Kasut raya belum beli lagi. Maybe sepasang aje kot sebab dalam kereta campur dalam almari kasut punya banyakk kasut kerja and kasut jalan2. Yang tak pakai lagi pun ada! Actually berkenan dengan satu wedges hitam yang i tgk kat Time Square itu hari kat Esarli. Dahla ada sale. Tapi, wedges hitam dah banyakk sangat dah. Itu sebab tak nak beli dulu.. Mesti fikir dulu. Lagipun husband yang akan belikan, nanti mesti dia cakap " U kan dah banyak warna hitam?" Jadi baiklah pergi survey habis habisan dulu.

Baju Raya untuk husband belum beli lagi. Theme colour Raya tahun ni turquoise. Tak pernah ada baju kaler turquoise lagi. Asyik biru, purple, pink. Last year beli baju Raya husband (dulu tunang) kat Jakel. Pergi masa dah nak dekat2 Raya, sebelum dia balik Miri. Memang murah la. Sebab mark down price kan nak habis kan stock. Tahun ni tak tau lagi nak beli kat mana. Kadang2 baju raya lelaki macam membazir juga nak beli kan? Pakainya setahun sekali je.... Tapi nafsu nak sama theme colour la, tetap ada. It would be nice if we can discard the excitement untuk benda2 yang tak unnecessary ni kan? Huhu.

Kuih raya pula ada dalam a few jenis je. Itupun beli kat orang je. Apa orang panggil? Kuih tunjuk? Itupun i tak sure lah sape yang nak makan sebab tak tau lah sape yang nak datang beraya kat rumah kitorang tu. Tapi tgkla kan macam mana. Kot2 ada rezeki lebih nak buat open house. :)

Untuk rumah pula I just beli sheer curtain and carpet bulu2 untuk living room je. Semalam i baiki la kayu2 yang togel kat living room tu. Dulu kan i pernah buat entry yang ranting2 kayu hiasan tu dah togel sebab i selalu patah2 kan untuk buat itu ini. Boleh baca kat {sini}. Furnitures kat rumah semua masih baru. Nak tukar apa pun tak tahu. Tahun depan, inshaAllah lepas bulan 4 baru masuk rumah baru. Masa tu baru lah i plan nak tukar sofa and a few furnitures (kalau ada budget). Yang lama ni maybe nak tolak kedai second hand atau jual di mudah.my aja.

Itu saja lah kot preparation Raya I. Tahun ni raya kat KL je. Kemungkinan besar, Raya pertama je la ziarah menziarahi sesiapa yang ada kat KL. Raya kedua and Raya ketiga, i ingat nak ajak husband pergi Bukit Tinggi atau Legend Water Homes kat PD.

Tahun ni jugak Raya pertama as a wife. Excited? Excited lah jugak... Pagi2 cium tangan suami. Minta ampun minta maaf. Minta dihalalkan makan dan minum. (Mesti berdrama Raya lah i pagi tu - banyak dosa ni dengan suami.Huhu)

So guys, how's your Raya preparation? Hopefully kita semua akan menyambut Eidulfitri ni dengan penuh rasa syukur di atas segala nikmat dan kurniaan dari Allah Taala...InshaAllah.


P/S : Zakat fitrah dah bayar belum? :p

5 comments:

Fariza said...

cantiknya baju.
gorgeous

K.I.N.A said...

hehe..drama raya eh..selamat hari raya in advance yanie!

Aini Qamariah said...

daling< dah siap dah preparation raya? aini belum beli ape pun lagi punya lah bz....

wah raya sakan dia! Take care ok~!

mizzura said...

haiii...hari tu pun nak tempah 1 baju raya ngan hariz...sebab malas nk cari kain so...takpelah melepas...(dh malas kan..) suka hasil tangan designer dia...affordable but gorgeous :-)

Yanie said...

Fariza : Yup dear. Design cantik... But the outcome i tak tahu lagi mcm mana.

K.I.N.A : Selamat Hari Raya too KINA!

Aini Qamariah : Boleh la darling. Dah siap sikit2... I ngan husband pun baru nak cari baju raya lagi ni....

mizzura : Hehe, ye ke? Kita tunggu outocme my baju raya nanti k...

Post a Comment

Hi, do shower me with positive words and great vibes. TQ