Saturday, September 10, 2011

The flaws during my BIG day !

Hi Lovelies!

Still dalam mood raya? Same here. Baru raya kesepuluh kan? Mesti banyak pergi open house ni kan?Mesti makan pun x hengat ni... And banyak juga orang yang kahwin bulan Raya ni kan? Fuh! Habis diet! 

Walaupun dah nak masuk 9 bulan i kahwin kan, tapi setiap detik perkahwinan i masih segar dalam ingatan i, tau! Ewah ayattt! Tak kiralah, samada memori tu yang baik atau yang buruk.

I cukup berterima kasih dan sangat-sangat menghargai semua tetamu yang sudi datang ke majlis perkahwinan i. Bloggers pun ramai yang datang. I sendiri rasa cukup bertuah dan bersyukur sebab ramai yang memeriahkan majlis I walaupun i x expect ramai yang akan turn up for the ceremony. But i was totally wrong!

Lepas i kahwin, i dengar ramai orang puji tentang wedding I, makanan sedap, pelamin cantik, dress cantik and macam2 lagi. Tapi hakikatnya, i tahu banyak juga kelemahan majlis I yang sampai sekarang i wish i boleh turn back time untuk improve semua tu. So for this entry i nak share dengan semua readers or in other words nak reveal lackings dalam majlis i from my own observation and also what should i've done to improve/ make them better. WARNING : This entry will be lengthy, so kalau ada yang tak larat baca, letak air kat sebelah. HAHA. *Sila lempang I*

So, antara kelemahan2 pada majlis perkahwinan I :

1) Tiada signage untuk pergi ke venue atau hall majlis I. 

Memang ini adalah satu2 kelemahan yang I SANGAT RALAT! tak sempat nak buat walaupun dah plan awal2 nak buat dan pergi letak kat tempat2 yang sepatutnya. Tapi i was unlucky, i tiada tenaga kerja yang cukup untuk buat semua ini. I hanya ada seorang adik lelaki. Adik i pun dah sibuk dengan family dan a few things lagi. The only org yang available adalah kawan2 my husband. Tapi takkan nak susahkan diorang kan? Diorang dah susah2 datang dari Sarawak, ambil cuti bekerja, yang bekerja di offshore pun sanggup cuti semua, and kitorang pun dah minta tolong mereka ambil hantaran di Langat sebelum tu. Inikan pula nak susahkan mereka untuk gantung signage lagi. Huhu. Nak harapkan my step siblings?? Hmmph. i malas nak komen banyak2 pasal ni.

So there was no signage at all... RAMAI sangat kawan2 i yang lost! Diorang semua call my dad sebab i letak my dad's mobile number kat atas kad kahwin. Sampaikan lepas beliau merenjis pun ada yang call untuk direction!

I learned my lesson now. SIGNAGE tu buat awal2 pun takpe. Sebab benda tu penting sangattt, walaupun nampak macam perkara kecil je. HUHU.

Sorry sangat jika ada antara guest yang tersesat masa nak datang wedding I :(

2) Flow majlis yang tak teratur.

Kerana rehearsal yang tak lengkap, flow majlis I agak ackward. Semua nya jadi kelam kelibut bagi I.  Tapi guests tak notice sgt... Sepatutnya, ada dua pengantin kecil yang kena masuk dulu, then my brother and his wife, then baru the both of us and bridesmaids.... KOMPANG yang terlalu lama (memangla best sebab ada selawat, marhaban and nasyid tapi terlalu lama!!) sampai my nephew (pengantin kecik) dah jadi boring and last2 tinggal la Alya (anak angkat my mom) yang jadi solo flower girl untuk lead. Lepas tu sepatutnya semua (my brother and his wife, Alya and all bridesmaids) naik dan berdiri atas pentas untuk bacaan doa bersama2 dengan THE BRIDE AND GROOM, then baru turun tapi mereka dah berjalan ke tepi dulu sebab tak ada siapa bgtau mereka and my brother and his wife pun didnt turned up during the rehearsal. So they didnt know. And i couldnt blame them la kan? Memang la the guest nampak mcm biasa je kan, tapi I yang planned all the flow ni rasa mcm tak best la.... Tapi nak buat macam mana? Benda dah lepas kan?

Pengajaran nya : Mesti bawa semua yang terlibat dalam majlis kita untuk proper discussion and REHEARSAL. Bila ada last minute changes, let all of them know and make sure there's someone yang boleh alert mereka.

3) EMCEE yang tak well trained

Wedding Emcee i ada dua orang. I tak nak comment sangat pasal ni, sebab sepatutnya i dah rasa bersyukur mereka sanggup jadi wedding emcee i dengan tiada bayaran khas. (sebab my stepdad knows them) Tapi sebab this entry is meant to share, so i tak nak other bride to be untuk experience the same thing. My wedding emcee supposed ly dah get used to emcee-ing banyak event2 government tapi entah kenapa untuk my wedding, mereka macam LOST. Maybe that was the first time diorang mengacara untuk wedding and mungkin juga my expectation yang terlalu tinggi... Tapi sebenarnya i dont quite prefer the way they control the majlis tapi disebab kan my stepdad dah offer the both of them, i pun x nak cakap banyak dah. I dah cukup2 bersyukur. My mom cakap, emcee perempuan tu dia rasa inferiority complex bila my mom bagitau, i dah biasa jadi emcee untuk majlis2 besar kat University and a few kat my company.. But i think she did okay, cuma i terkilan because ada a few details yang i dah discuss dengan diorang elok2, but they were not properly mentioned by them, and ada yang jadi lainnn habis.. Again, what to do? Let bygones be bygones je la.

Moral of the story : HIRE one good emcee for your wedding, okay? Tak perlu bagus sangat but at least yang boleh pronounce benda dengan bagus and understand wedding ceremony well!

4) SPONSORED entertainment yang terlalu lama dan tak kena tema!

Ini yang paling i geram!!!! i felt cheated! i thought the music group tu akan nyanyi english songs. Sebab i dah discussed dengan my mom untuk biar diorang nyanyi english songs! but it turned out the other way round!! Diorang nyanyi lagu Melayu?? adoi... i kan dah cakap awal2, my wedding theme is English contemporary. And my mom pun dah cakap awal2 dengan diorang but then still nyanyi lagu2 Melayu klasik and we paid for them okay!!

Lagi satu there was this group of ladies (no picture of them) i tak tau kalau any of you yang datang my wedding notice pasal diorang ni, pakai seluar baju merah and topi ala2 straw hat tu and diorang one group menari to English song yang sangat lama... lama sangat2 masa pengantin tengah makan and guest tengah makan. I had to wait for them like 15 minutes ke 20 minutes macam tu before dapat potong kek... Tapi again, i tak boleh nak buat apa2 because performance ini kawan my mom punya group and diorang performed as a gift for me and my mom... Tapi itu lah sangat lama... :( Photographer pon x ambil langsung gambar diorang... Sangat kesian :(

Moral of the story/Tips to B2B : YOU have to know what's going on for your majlis... Tak kisah la benda tu sponsor ke tak sponsor ke, kena tanya, berapa lama mereka nak buat, etc etc. Kalau x jadi mcm i la, memang lama nak tunggu mereka habis menari. HUHU... Tapi biasalah bila benda sponsor kita tak boleh nak buat apa kan?

5) Wedding cake yang tak dibawa keluar!

For your info, i sebenarnya ada dua wedding cake malam tu.. huhu... Tapi yang dibawa keluar hanya satu je wedding cake.... Yang fondant (i tempah masa Pameran Pengantin kat Jalan Conlay) tak ada siapa perasan pun. Sedih betul. Last2 benda tu potong makan kat rumah je....

Kesimpulannya, memang susah kalau apa yang kita nak for our wedding tak kita brief betul2 dekat kaum keluarga/vendor atau tenaga kerja yang akan bekerja untuk majlis kita tu. Bayangkan lah kalau I yang dah briefly discuss dengan mereka pun jadi macam ni, apa lagi yang langsung tak discuss kan? Tapi ye lah, mana ada majlis yang perfect! Maybe bagi yang datang rasa perfect because tak tau apa yang berlaku di sebalik tabir kan?

Majlis perkahwinan artis pun ada je yang tak perfect.. Kadang2 kita rasa tak perfect sebab expectation kita terlalu tinggi (like me!) , kan??

Jadi, walau macam mana pun, i rasa sangat bersyukur sebab benda2 macam ni je yang terkurang di majlis i... Tak adalah lauk tak cukup ke, pelamin tak siap ke, orang tak datang ke, ATAU other musibah yang teruk menimpa... Jadi i bersyukur walaupun kurang tapi still bearable.. Betul tak?

So for you B2B, jadikan apa i tulis ni as pengajaran! AND plan betul2 supaya majlis you all nampak best di mata guests dan juga di mata you all sendiri! :)

 Kawan2 my hubby from Sarawak

 Pengantin kecil, my nephew Danial and Alya


 Muka boring sebab lama sangat duduk kat Meja Makan

Cake cutting ceremony

 My mom's family tapi x semua pun dapat ambil gambar...Yang muda2 tu semua my cousins

 My hubby's friends

 My hubby's family

 My nephew Danial and Alya

 Cake by D'Mawar Catering. Sedap gile!!!


My brother and his wife

7 comments:

nida-razak said...

yanie..thanx for sharing this..sangat berguna pada b2b mcm nida.. =)

bahIRAh said...

at least tak teruk sgt flaws dlm majlis u.. yg penting makanan cukup and pengantin manis sepanjang hari..hihihi..

anaztasias nora aira said...

thanks for info dear yanie.. nora nak wat signage awal la huhu :P

LisaLisut said...

i cuak la baca part flow majlis tu..sobsob.sbb i buat kt rumah je n tak brief apa pun kat sapa2 lg.tatau la sempat ke x.belasah jelah..huhuhu..

whatever it is, ur wedding mmg cantik yanie.from food,deco dais etc. :)

eh muka adik u ade iras ur husben :D

Reen Tart Nenas said...

yuppp, the only things that we regret as a bride when we cannot stand up from the bride chair and correct ppl to do it with our own way. kalau la, ai ada kembar, senang sket nak suruh arah2kan orang. hehehe

choclairissa @ intan said...

i phm perasaan u dear..majlis wedding i pun ade flaw die..everytime tengok gambar kawen or terkenang wedding org lain terus rase stress pk psl kawen i dulu..tapi nasi dh jadi bubur..so kite just bleh bg nasihat for b2be je.. :)

Cik Zimie said...

i paling risauuuu emcee.konon nnt kat dewan nak pakai my mom's friend.tapi tatau la diorang tu boleh dipercayai ke tak sebab diorangt tu tak pernah emcee utk wedding.part tu paling i risau.huhuhu

Post a Comment

Hi, do shower me with positive words and great vibes. TQ