Wednesday, September 21, 2011

Ignorant is bliss

Dah lama i nak blog about this tapi  asyik lah lupa saje.

In our daily life kan, mesti some of you and even myself pun ada terjumpa dengan orang2 yang selalu ada perasaan hasad dengki dan tak berpuas hati dengan apa yang orang lain ada atau apa yang kita ada, kan? Well, that is normal. To me, if kita berhadapan dengan orang macam ni, just set in your mind that reason why they are being so mean to you is because you are more successful than they are. 

Basically everyone has feelings, Actually, normal untuk kita cemburu kan kejayaan dan kelebihan seseorang tapi kita tak boleh biarkan perasaan cemburu tu sampai memakan diri kita sendiri. Biarlah cemburu dengan cara yang sihat. Usaha untuk buat atau jadi lebih baik dari orang yang kita rasa lebih dari kita tu. 

Kadang2 perasaan cemburu dan iri hati tuh adalah memudaratkan. Ada yang sanggup jadi evil semata2 nak menjatuhkan orang yang dia cemburukan itu. Lebih teruk lagi, sampai sanggup berbunuh-bunuhan. Cemburu ni pula bukan satu konsep je. Banyak konsep. 

Cemburukan kekasih lama, cemburukan majlis perkahwinan kawan atau saudara yang lebih hebat, cemburukan seseorang itu kerana rezeki dia lebih murah, cemburukan seseorang itu kerana dia disukai ramai, cemburukan seseorang itu kerana rupa paras dan etc.Macam2 sebab kan untuk kita cemburukan seseorang itu. Dari sebab yang sekecil2 zarah sampai ke sebab2 yang sebesar2nya.

Apa saja alasannya, biarlah berpada2. Cemburu yang sihat itu penting sebab bila kita berperasaan cemburu yang sihat ni, kita akan memotivasikan diri kita secara tak langsung untuk menjadi lebih baik, Tapi haruslah berpada2. 

Kenapa kita perlu cemburu dan sakit hati dengan kejayaan orang lain? Kenapa kita perlu marah bila seseorang tu berjaya dengan pertolongan kita, tapi tak reti langsung nak berterima kasih pada kita? Pernah kita tanya kenapa? Hakikatnya, jawapan yang pasti ialah kita tak buat sesuatu tu dengan ikhlas. Kalau kita ikhlas menolong orang lain, jangan sesekali harapkan balasan dari mereka. Kerana Allah lebih mengenali keikhlasan itu, dan setiap dari perbuatan yang baik itu pasti akan ada something good in return. Maybe bukan dari orang yang kita tolong tu, tapi dari orang lain kan? Wallahu alam. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Cuma tak perlulah harapkan balasan. Ikhlaskan hati sebaik mungkin. 

Jika kita cemburu pada orang lain, tahu tak sebenarnya kita memandang rendah dengan apa yang kita ada. Kita tak ikhlas dengan diri kita sendiri. Kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada, Last2 nafsu iri hati dan cemburu tu mendorong kita untuk jadi lebih jahat. Ada saja yang tak kena dengan orang yang kita tak puas hati tu. Apa saja yang dia buat, semuanya kita anggap buruk, busuk dan jahat. 

I berkongsi perkara ini melalui pengalaman i sendiri. I dah kena benda2 macam ni di tempat kerja lama i. Memang ada seseorang yang sangat cemburukan I, kerana dia rasa tak ada orang boleh lebih dari dia.Jadi kerja dia hanya nak menyakitkan hati I dengan mulut dan hatinya yang super busuk itu. Being me, i bukan nak cakap i baik sangat, tapi i abaikan saja orang macam tu, kadang2 dia hipokrit dengan semua orang, dan semua orang pun hipokrit dengan dia balik. Depan memang baik, tapi belakang macam2 orang bagi gelaran pada dia. Kadang2 kesian, Sebab dia tak tahu. Ada yang panggil dia pontianak, malah ada yang panggil dia perempuan jalang. Kesian.  Apa yang i nampak, orang macam ni hidup dia tak akan tenang. Tuhan tak akan bagi dia lebih dari sesiapapun sebab hati dia yang busuk. 

Bila i buat tak tahu dengan orang macam ni kan, i rasa sangat tenang. Biarlah Allah saja yang balas apa saja yang pernah dia buat. Kita sebagai hamba tak layak untuk menghukum kan. 

Sesungguhnya balasan Allah itu pasti, kadang2 bukan segera tapi pasti ada. Sebab itu, bila kita dah sakitkan hati seseorang, cepat2 lah minta maaf. Buanglah semua ego tu, tak ada gunanya ego itu jika dibandingkan dengan balasan Allah. 

Jika ada di antara kalian yang membaca ni mengalami benda yang sama, maka ingatlah, abaikan dan doakan orang2 macam ni diberi hidayah. Feel sorry for them. :) And just ignore because ignorance is bliss!buat buat tak tahu je... Remember what you dont know, wont hurt you!


4 comments:

lovelyadibah said...

owh yanie!!!thanks for the spirit.sumtime struggle kt tmpt keje sbb gosip2 and how they dun really accept me as the newbies.seyesly ignorance is THE only way:(

Yanie said...

Realiti Dewi : haha. Diba, just ignore those people k. Tak akan kemana2 nya manusia kalau kerja nak menjatuhkan org lain sj. :)

Fariza said...

terima kasih. nice info. ada juga alami mcmtu. ada saje apa yg kita buat xkena dan mrk ckp2 blkg. mmg sakit hati. tp lantak. mls nk pk2. harus bersyukur apa yg ada dlm diri ini. lain org lain. cmburu itu ada, tp harus cpt2 ingat Allah supaya semuanya baik :)

Yanie said...

Fariza : betul sangat. Keywordnya ialah bersyukur. Itu je kan?

Post a Comment

Hi, do shower me with positive words and great vibes. TQ