Sunday, November 27, 2011

Review - Easy& Budget Centrepiece

Hoho.. Dah nak setahun i kahwin... Nak tulis perkataan review tu pun macam nak tergelak... Segan dengan bloggers lain, cepat je diorang update semua wedding review diorang....beberapa bulan after majlis, dah cover semua review. While me? baru terhegeh2... mana yang sempat je before ni. Update sikit2... Itupun saja je nak share, mana tau brides to be yang tengah nak cari2 idea tu... bolehla, bagi inspiration sikit2. Sikit je la... :)

So today i nak share about my wedding centrepiece. Ni mmg budget and senang la kira kalau brides to be nak buat... easy to DIY, and teramat lah low cost.

Okay bahan2 untuk buat Centrepiece Easy & Budget ini :

1) Gambar2 Pre-Wedding (Kalau tak ada, gambar2 sepanjang you all dating pun boleh, hentam je, yang penting gambar orang yang nak jadi pengantin tu la, haha)

2) Frame kecik2... Banyak tempat you all boleh beli frame ni, mahal ke murah ke, depends on you all punya citarasa. Like me, i just grab whatever yang murah je... And frame macam i tu, wood frame (sesuai untuk gambar2 yang berukuran 3R) and i beli kat kedai RM2 je. Tak silap i satu tu RM2 ke RM1 je. (ish dah lupa, sorry)

3) And beberapa loose petals... (In my case, i beli orchids (to suit my reception theme) tapi orchids dah tak banyak, so i mixed je dengan petals bunga chrysanthemum& daisy, and dah jadi caca marba, sebab i buat preparation untuk centrepiece ni last minute. Jadi jangan jadi macam i ye. Kalau you all nak loose petals yang mencukupi time event korang, please book awal2 tau kat kedai bunga... :)

For your info, i buat sendiri centrepiece ni beberapa jam sebelum i menjadi pengantin. HAHA. sampai berpeluh2. Bukan i je yang berhempas pulak meletakkan centrepieces ni kat atas 40+ meja untuk guest tu tapi turut di bantu oleh bakal pengantin lelaki iaitu husband i, adik lelaki i and beberapa family in laws.

Abang Sam Rais yang kebetulan ada kat situ beberapa kali cakap "Kesian Yanie, kesian Yanie" termasuk Hana Yorie my bridesmaid, yang kebetulan baru sampai and terkejut tengok i tengah berpeluh2 dok menyusun centrepiece tu. Hehe. Nak buat macam mana, nak budget punya pasal... Huhu... Bukan apa, as before the event kan, i tanya quotation from a few vendors, semua tak dapat cater budget i yang sikit ni utk centrepiece... . So takpe... i buat sendiri je. Tapi sebab masa dah terlalu suntuk kan, ini je yang i terfikir.

Okay ini lah dia gambar2 centrepiece Easy & Budget I.







Kalau boleh, you all hire orang yang boleh buat centrepiece, atau buatlah awal2 atau mintalah pertolongan sesiapa. Jangan jadi macam i, semua konon nak save budget nak buat sendiri, tapi i tak fikirkan kekangan yang i ada. Sampaikan lagi 3 jam before majlis (sementara tunggu Hazlie sampai) masih berhempas pulas nak siapkan centrepiece ni. Tapi xapelah, benda dah lepas kan... Syukur Alhamdulillah selamat gak kahwin tu...

Okay guys, sementara tu, i want to take this opportunity untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah to all readers... Semoga kita menyambut kedatangan tahun baru Islam ini dengan penuh barakah.... Azam I sempena tahun baru ini, tak mahu tinggal solat and nak jadi orang yang lebih baik... Itu ajela... nak azam banyak2 x berani takut tak jadi. :(

Till then guys!

7 comments:

LisaLisut said...

At least u ade centerpiece yg lawa wpun budget..huhu..serius.lawa.drpd vendor buat i rs this one lg better. Ms wedding i xsempt dh nk pk.sbb i pk if ade duit adelah kalau x,let bo je the idea.huhu...pdhal gmbr mmg byk.lebih dr ckup.plus i lack of determination skit.kalau la i gigih mcm u yanie..haha...

Yanie said...

LisaLisut : Lisa, i memang gigih sebab nak save budget. hehehe..Kalau nak save budget, kena DIY and kalau nak DIY ni memang kena gigih sikit. No other way.. Tapi xpela Lisa, your wedding dah cantik dah... kesian kan kita, kadang2 terpikir, kalaulah leh wat camnie dulu, kalaulah leh wat camtu dulu. HAHA

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

cntik n kreatif :)

choclairissa @ intan said...

hahah rajin u DIY dear..bagus2..mesti ade b2be terinspirasi tgk centerpiece u...i dulu pun last minute jgk buat...hoo n betul skrg almost 1 year kawen...cpt nye mase berlalu kan..

Renee Meow said...

i pon byk giler plans nak diy but dunno akan berjaya ke x.. hahaha ;p byk verangan je tp malas giler..

Yanie said...

Rina lia : Thanks dear. Biasa je ni. I think semua org pun boleh buat. Cuma kena gigih sikit la. Haha

choclairissa@intan : haah sekejap je dah setaun kawen. Kadang2 i mcm x percaya je. Still lots to improve and a long way to go lagi. Hmmph, about this centrepiece, i hope boleh jadi idea lah utk b2bs yang nak jimat and nak easy diy.

Renee: go renee go! Yakin boleh k. Kuatkan smgt.

Reen Tart Nenas said...

thanks babe for the wishes. anyway, agreed, kalau boleh hire la org lain utk buat centerpiece sendiri, sbb mmg as bride, tak cukup masa. masalahnyer di sini, sama ada kite boleh pastikan org tu ikut apa yg kite nak atau tak. in that case, bride tu perlu la cari org yg betul2 dia percaya. if xmampu hire decorater takpe, tp maybe boleh minta belas ihsan bridemaid utk tolong in charge bab centerpiece kan?

Post a Comment

Hi, do shower me with positive words and great vibes. TQ