Saturday, December 3, 2011

First Anniversary and work appraisal.

Today, 3rd December 2011 mark our first wedding anniversary... Tak sangka dah one year i menjadi seorang isteri. I am really grateful and proud sebab diberikan peluang dan rezeki menjadi seorang isteri ni. Huish bukan senang tugas dan tanggungjawab seorang isteri. Sampai sekarang pun i rasa i x mampu lagi kot menjadi seorang perfect wife. Still a lot to improve and a looooong way to go... Huhu.

Selama one year ni, banyak suka duka rumahtangga i, setiap cabaran dan dugaan i tempuh bersama husband. Memang ada ketikanya i rasa give up and nak lari dari semua masalah.... tapi alhamdulillah, semangat dari husband tu buatkan i lebih kuat and tak mudah menyerah kalah. Syukur banyak2 pada yang Esa. Bila dah kahwin, memang lain sangat kehidupan kita dengan masa kita bujang dulu. Apa kita nak buat, kita kena fikirkan husband. Apa perasaan dia kalau kita buat macam tu, kita buat macam ni. Terus terang i katakan banyak juga benda yang husband rasa kurang sesuai i buat, tapi dia tegur elok2. And vice versa la. Manusia tak semuanya perfect kan? Pasangan kita tak perlu sempurna sebab kadangkala kita dijodohkan dengan seseorang tu kerana Allah nak bantu melengkapi kesempurnaan itu. So, jangan mengeluh kalau kadang2 kita rasa kenapa suami kita tak sama macam suami orang lain. :) (Peringatan untuk diri sendiri juga)

To those yang follow twitter I, mesti tahu betapa downnya i semalam sebab tak tau macammana nak celebrate our first anniversary ni. I kalau boleh nak la celebrate first anniversary ni special sikit kan? Of course i want to cherish the day we all sah sebagai husband and wife, kan?

We all mula2 plan nak spend the weekends kat Colmar Tropicale Bukit Tinggi or Legend Water Homes, PD. Tapi bila fikir2kan balik, hmmmph, one night punya rate je dah half price package kalau pergi honeymoon kat krabi, Phuket or Bali, kan? So macam membazir je. So i cakap dengan husband, i dont want to spend so much for only one night... Macam membazir je. Ini semua sebab i susah nak cuti kalau nak dekat2 hujung tahun ni... Yelah, bos nak kena pergi Board meeting lagi, nak prepare report tu, report ni lagi. So, need to sacrifice la sikit. Cuti I ada lapan hari lagi okay. Haha. Carry forward to next year la nampaknye.

Tapi tadi tiba2 husband cakap, i dah book dinner at _____ esok. Wau!! Macam best je! Hahaha... So wait for my next update la. Sebab takut tak jadi kan, lagipun baru book je... Akhirnya, celebrate first anniversary ni dengan candlelight dinner je la. Huhu. Thanks to Hana Jaafar yang bagi suggestion kat Twitter. Love u babe. I tak tau la macammana husband i boleh terfikir idea u.Haha.

Tadi after work, boss suruh i stay back. Mula2 tu macam cuak juga, sebab dia call office and the way dia cakap tu macam quite garang la bunyinya. So sepanjang hari tu dok pikir "Aku ada buat salah ke?". Masuk2 bilik dia after work, baru tau rupa2nya pasal year end appraisal. Haha. Disebab kan ni baru my first year with the company, so i agak macam blur la pasal appraisal ni kan. So lepas bos terangkan komponen2 dalam appraisal tu, dia pun tanya2 lah i, berapa markah i nak for this component, that component.  Haha, Seriously, it was really ackward k. tak tau how to react. And im not the kind yang tau how to judge myself. Karang kalau nak letak markah banyak kang, macam bajett bagus lak kan? Hehe. So i told him " Bos, bagi average je lah" Tapi mcm menyesal gak terlepas cakap macam tu because at the same time,  i dont want to sell myself short jugak kan? Of course lah dah buat kerja elok2 kan, xkan nak rate diri biasa2 je. HOHO.

Tapi Alhamdulillah la, bos tak kedekut, so dia bagi more than average la.. Haha. Yang bestnye appraisal kat sini boleh discuss how much we want for our increment & bonus... And sekali lagi i felt so ackward ok. Tak tau la nak negotiate macam mana bab2 macam ni. Selamber je i berseloroh dengan my boss, (masa ni boss tengah terfikir2 berapa nak bagi) i cakap " Takpela bos, bonus tu i rasa RM15000 pun dah cukup dah untuk I" Hahahaha. Terbeliak mata bos I bila I cakap camtu. Selambe je i ni kan?

Tapi overall, i quite satisfied lah dengan apa yang i dapat. Maybe tak ada lah banyak macam my husband punya tempat kerja, tapi better la dari dulu masa kat tempat kerja lama kan? Puas hati juga lah dengan increment. Bonus tu i okay2 je la sebab i nak demand banyak pun x boleh.... Prorate je bonus I, baru 8 bulan kan keje situ. Bajet nak dapat bonus 10 bulan tak boleh lah kan? So, Alhamdulillah syukur banyak2 dengan rezeki Allah. Tak ada apa plan pun dengan bonus tu. Simpan dalam ASB je lah.

Ok la, till then guys... Esok inshaAllah sambung update pasal anniversary celebration pulak :)

HAPPY WEEKENDS!

4 comments:

LisaLisut said...

15k hahaha selamba.bestnye company u yanie.ade keje kosng?tp i bkn budak ekonomi,biz or etc.i bdk bio,sobsssss. Bonus i skit je,huhu.mntk2 thn dpn ade.skit pn skit la..siapala i.admin saja.tsk.hapy 1stbyr.again.hiks

LisaLisut said...

Eh satu lg.smlm duk meroyan sorg2 kt twitter psl merajuk dgn husband.haish. I rs benda2 tu remeh tp,,,sbnrnye x, kalau degik sgt bole gaduh n tak elok.my bad,betul la u ckp,bkn sng jd isteri.hati suami kene jaga,huhuhu..Nsht u tu sgt bguna utk i.thank u.tsk

Yanie said...

Lisa Lisut : Selamba je minta banyak2, sebab bos cakap "This is the time for discuss" Nasib baik bos jenis sporting. Huhu. Thank you for the wish, anyway about you merajuk2 tu, betullah babe, memang susah jadi isteri ni. Nak kena belajar compromise tu paling susah.... Suami tu sangat invaluable and precious untuk kita2 ni tapi, nak puas hati dengan semua perangai and sifat diorang memang susah. And sometimes keegoan diorang kan? Tapi banyakkan bersabar je la... feel free to talk to me, sebab i kadang2 pun need somebody to talk to regarding this matter :)

hana yoriee said...

owh yanie..bestnya kalo dpt bonus segedebuk gitu..ni yg rs nk keje kt swasta je ni..hoho..

married life mmg bkn senang.byk jgk hana nk kena baiki..hurmm..kdg2 mcm yg yanie ckp la..rasa couple lain lbh bahagia.tp kte xleh ckp gitukn?

Post a Comment

Hi, do shower me with positive words and great vibes. TQ