Wednesday, February 15, 2012

Miri Part One

Am on holidays in Miri. Long holidays! Planned to go back to KL on 14 february, tapi biasalah husband kalau dah balik Miri,mulalah susah sangat nak balik KL. So we decided to go back next week.

Sangat best bercuti, tapi yang x best bila memikirkan banyak tempahan nak disiapkan kat rumah tu. Barang2 business pun banyak yang baru sampai dari China time kitorang kat Miri ni. Terpaksa minta jasa baik ibu I untuk pergi ambil kat post office.

Takpela, bila fikir2 kan balik, bukan selalu balik Miri. Husband pun looks really happy when he's here. Ada kawan2 dia nak minum2, main badminton,main golf. Kalau kat KL, dia bersukan dgn kawan2 kerja je. Other than them, i je la kwn dia kat sana.

I pula duduk di Miri ni memang rasa sangat2 tenang. No traffic jam,no hectic lifestyle..pokok pun banyak. Udara pun bersih. Tapi, seminggu kat sini, i kena semput. Pelik! maybe sbb malam sejuk and i tidur dalam aircond. I mmg low maintenance saja orgnya, x boleh tidur/ duduk lama2 dalam aircond, suka makan makanan kampung, suka barang murah2..haha. Jimat duit.

Tapi satu je, barang2 kat Miri ni boleh tahan juga mahalnya. Dulu i study di Kuching, pun boleh tahan harga barang2 kat sana,tapi Kuching ada India street. Best,harga affordable la untuk zaman2 student dulu. Pilihan pun banyak. I ada jugak buat projek The Craft Potion kat sini, tapi serius i cakap, barang2 mcm butang, kain and ribbon mmg mahal berganda2 dari Kuala Lumpur. I mmg respect lah dgn orang yang duduk dekat Borneo ni sbb boleh survive dgn barang2 yang mahal. Gaji pula kalau nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur, lebih rendah tau. Kalau i duduk sini nanti confirmlah i shopping Online saja. Jauh lebih murah kot.

Tapi kan, 1 berita baik, nak setup business2 wedding memang okay. Sebab saingan sikit and tak ramai yang boleh buat trend2 terkini. Kalau ada pun, mmg charge meletup2! Inshaallah,ada rezeki. Memang berniat untuk melebarkan sayap ke sini kot.

So far tak banyak pun ambil gambar, alahai setakat makan2 macam tu je pun spend masa kat sini. Nanti dah selalu balik,dah xdelah nak ambil gambar sangat2 kot. Sekarang ni baru2 lagi kan, so i still excited! Tapi peduli apa kan? Biarla kita bercuti dalam negeri ke, kat tempat sendiri ke, balik rumah in laws ke. Kita kena creative untuk jadikan setiap apa yg kita buat tu best dan menarik! Betol x? I dont know that is how i live my life. Benda kalau beli kat kedai RM2, kalau pandai diolah jadi mahal juga. Serius! Haha.

Nanti i update dgn gambar yea. Tengah proses mengedit.(Kata tadi nak nampak creative dan best. Hehe)
Published with Blogger-droid v1.7.3

2 comments:

LisaLisut said...

miri mmg mahal.dlu i duduk sibu.bole tahan la.myb dia tau org semenanjung ramai kat sne.kerja oil n gas.dia ketuk kaw2 la kot.huhuhu

Mrs Poppy said...

LisaLisut : sangatt!! Miri ni sebab org Brunei selalu datang shopping sini. Tu yang mahal tu :(

Post a Comment

Hi, do shower me with positive words and great vibes. TQ