Monday, March 26, 2012

Saturday, March 24, 2012

Married life....(is fun) Vol 1

I created an album in my Facebook just to upload random photos of me & husband's everyday lives. I named the album as (Married Life....(is FUN!) The photos in the album were taken by my Nikon D60 - a camera which husband gave to me after he bought his new one , Nikon D7000. After i took the photos, I will edit them to make them more attractive. 

I thought about having this album because I am actually the kind of person who loves photography and details... In every marriage, there will surely be things that you and your husband will appreciate having them around or doing  them together, so the same thing applies to me... I just dont want them to go wasted. All the 'details' and the little tiny weeny things will make you go "ooohhh" and "awhhh" whenver you and your husband are having the down moments. So the two of you can flip through the album and you know - reminiscing the good old days. So I wish to do the same too. 

Apart from having them in my Facebook, i will always write an entry about everything i have uploaded here too :)

 Rainbow breakfast packaging for hubby to bring to his office.... I bought the packaging from Carrefour. 


 The breakfast, Tuna sandwich and apple. "An apple a day keeps the doctors away"


 This is the aquarium i bought for hubby, but i guess hubby doesnt have the strong chemistry with all the guppy fishes because they end up dead. Lol.

 The family owls. i knowwww.... cute right? HAHA.


The book husband bought for me. Flip through it every now and then for tips. 

The note i left for husband on the fridge door everytime i prepared him the breakfast packaging... So that he will not forget. 



Till then. Much love.

Wednesday, March 21, 2012

My first DIY felt handbouquet!



This is my first felt diy handbouquet.... belum siap sepenuhnya... tu pun pakai2 letak je tu.... wahhh! suka sangat the outcome setelah berhempas pulas jahit benda ni... memang nice.... ada customer request sebab DIY queen Intan Norazam  dah tutup order.... Mula2 tu i memang tak tau nak ambil ke tak sebab i x pernah buat kan... Yang i tahu buat yang handbouquet boutonnieres tu je.... Tapi i jenis sukakan challenges dalam DIY2 ni, so i accepted the order with cheap price je...

Bila dah siap ni... mcm wahhh!! nice jugak... menyesal gak masa nak kahwin dulu tak start buat business ni lagi.... Bukan tak tau buat tapi kekangan masa lah sangat waktu kerja Celcom dulu... Bayangkan lah kalau kerja banyak, weekends pun kena datang kerja so mcm mana i nak involve dengan business ni kan?

so i nak sambung jahit and decorate handbouquet ni cantik2, and i akan update yang baru nanti kat sini ye....

Till then!

Thursday, March 15, 2012

Spend and live within your means!

Sometimes i dont understand how some people boleh beli itu ini (esp branded stuffs) using their monthly salary tapi lepas tu duit nak makan pakai pun x cukup. Lebih teruk,kalau kebajikan anak2 pun terabai semata2 sebab nak meniru kehidupan orang lain.

Selalunya bila dapat gaji apa yang kita buat? Kalau kita dah berumah tangga and masih tinggal dengan parents, usahala menyimpan untuk menyewa atau beli rumah sendiri. Sampai bila nak bergantung harap dgn parents? Takkan dah ada anak dua,tiga orang pun nak duduk dgn parents lagi kan? Tak rugi beli aset sendiri, atau belajar susah duduk rumah sendiri. Lainla kalau dalam keadaan terpaksa, mcm kita anak tunggal atau kita menjalani kehidupan jarak jauh bersama suami.

Ada sesetengah married couple yg i tengok, duduk dengan parents, duit jauh sekali nak bagi, tapi barang branded2 boleh beli pula sampai habis2 duit. In the end dah umur 30 lebih pun msh bergantung harap di rumah parents. Tak perlulah ikut org lain, lain orang lain kemampuannya. Hidup cara kita. Orang yang betul2 berkemampuan pun tak berbelanja dan beli brg2 branded sampai x cukup duit. Sebaliknya, fikir untuk long term, beli insurance, invest or saving.

Kesenangan hidup kita bukan diukur dengan berapa banyak handbag mahal yang kita ada, berapa banyak kasut mahal yang kita ada, tapi melalui aset kita, rumah dan kereta itu aset, pelaburan,insurans itu aset.simpanan itu aset.

I x nafikan dulu masa mula2 i start kerja after i graduated, semua barang2 i mmg branded. Maklumlah,baru mula kerja. Masa tu pula kerja bank, tiap2 bulan dapat voucher Metrojaya, credt card pun limit tinggi, end up, i have huge pile of branded stuffs and not to forget huge pile of debts too! Haha. Tapi msk dua tahun i bekerja, i learned my lesson, i started to settle the debts little by little and i started to buy asset, start with my car, itu pun kereta biasa2 je, sbb i fikir, that is the most practical car and paling susah nak rosak2 sana sini based on the reviews. I learned to be independent, i menyewa sendiri and nak kahwin pun struggle simpan duit sendiri. I dah reduce beli brg2 branded yang jadi makanan i dulu, MNG,ZARA,TOPSHOP,Marks and Spencer,Dorothy Perkins,Guess,tapi i tukar ke brg2 yg tak mahal sgt tapi msh berkualiti.

I started to shop at Nichii,Kitschen and Jusco and lama2 i dah belajar beli2 baju kat tmpt biasa2 (bck to masa i belajar2 dulu)sbb i nak ada saving and x nak ada hutang yang banyakk. But of course, bila dah kahwin tipulah kalau kita tak ada hutang kan? Rumah pun hutang, kereta pun hutang, buat simpanan ASB pun hutang, tapi hutang yang membawa kebaikkan? Betul x? bukan lah i sampai stop beli brg2 branded tu, tapi fikirkan dulu benda benda yang UTAMA nak buat dengan duit yg ada, baru beli KALAU ada lebih :)

I also started to save in ASB consistently, and now i nak ambil insurance and beli gold pula for long term.... I dah ada insurance from Prudential yang husband beli kan untuk i...  I akan buat review pasal ni later... Now i mencari2 insurance yang i pula beli untuk i dan husband... SO tgh pringkat survey2 ni....

Kesimpulannya,belajar lah to spend and live within your means kalau tak nak kesuntukkan wang dan nak kumpul aset. :)
Published with Blogger-droid v1.7.3

Wednesday, March 14, 2012

My recent purchases!

I really love Poplook... Here are my recent purchases from Poplook:

 Brenda Blouse in Pale Grey color... Bought this when thePoplook is having their 20 off 20 sale... So i got this at 20% less than the normal price!

 The Cotton Pants. Ni nak pakai santai2.... Takde zip ke apa, ikat mcm tu je, so nanti kalau dah gemuk sikit pon boleh pakai :)

Butterfly tribe blouse! - Love this the most! Cantik gile.... sangat comfy bila pakai...

2pcs tudung bawal 1 tone from Aidijuma. Satu lagi dusty pink tapi godek2 gambar kat website dia dah sold out pula.

Review : beli and dah bayar on 5th March lagi, tapi on 11th March baru Aidijuma ni proses order I, and tudung sampai on 13th March, so lesson learned lebih baik pergi kiosk dia terus la... Sebab order online lambat. Tapi kain wise, best! i x nak pakai shawl dah lepas ni, pakai bawal je.... Sebab sangat comfy.... :) And pakai specs pun okay je.... tau dari dulu pakai bawal. 

Srixon golf bag for hubby... Hubby I sekarang ni gila main golf...Kesian kat dia sebab hari tu dia pergi beli bag golf 2nd hand je, bag tu nampak lusuh dah sangat... So i beli je baru kat dia... takdela malu kan dia nak bawa pergi main golf...Hubby i baru mula2 nak belajar main, so we all just beli equipment yang biasa2 je dulu... setakat nak pergi belajar2 pukul kat driving range kan? I thought of getting him a golf shoes for his 28th birthday this coming May :)



Etienne Aigner Maxine Satchel, in Sand Famul Multi colour. Bag ni sampai masa i kat Miri (Punya lah tak sabar sampai minta seller tu post ke Miri).... Sangat cantik live... Tapi actually ni bukan i yang beli la... Sebab husband bayar balik duit yang i beli bag ni... Dia cakap dia nak belanja... Haha Rezeki..... I minat juga Coach tapi sebab Coach kan banyak sangat imitation, so i dah stop buying Coach ke DKNY ke, and other high end designer handbag tu mmg tak beli lagi la sebab belum mampu. But InshaAllah one day one day! 


Tapi lately nak membeli macam2 ni kan, sebelum tu mesti fikir, baiklah invest dalam Unit Trust ke, Insurance ke... Woo, insurance tu sangat penting.... Korang bayangkan bila sakit ke, atau anak2 sakit ke, dengan insurance je la kita mampu nak bayar bil2 yang tinggi dan mahal. Bukan nak minta sakit tapi, malang tu kan tidak berbau. Jadi, sediakan lah payung sebelum hujan.... :)


Tuesday, March 13, 2012

Review - Reception Hall (Dewan Puspanita, Jalan Hose, KL)

One of the things that always be on the top priority of your wedding list is of course the Venue of where the ceremonies such as solemnisation and reception will be located. Some of the Malay brides may opt to do the nikah (solemnisation) at their own house while some may pick the nearby masjid or a well known masjid to have their nikah ceremony. Kalau pilihan nya di rumah, itu tak akan jadi masalah as maybe the family akan prepare awal2 the house for the event, kan? Tapi if it is not the house, planning and early reservation are two crucial things to be taken care of untuk pemilihan tempat ni.

As you all know, kat Kuala Lumpur ni, we have so many halls, golf clubs, restaurants, hotels and park/lake yang sesuai dijadikan tempat majlis perkahwinan. Ada yang kita boleh guna free, and ada yang kena bayar. Here are some tips for you if you nak book dewan or any suitable places for your wedding nanti :

1) Plan the date dulu. Date memang perkara paling2 IMPORTANT.

2) Buat draft budget.... Berapa budget you all ada untuk venue? Ini untuk narrow down kan u all punya list.

3) Once dah ada date and budget, terus proceed with cari tempat/hall yang bersesuaian dengan keselesaan, budget dan kemudahan untuk persiapan perkahwinan.

4) Buat draft list, maybe letak dalam 3 atau 5 sekurang2 nya tempat sebagai back up kalau salah satu or the most you like dah ada orang book, kan? Benda2 ni tak dapat dijangka. Kadang2 dalam satu date tu, bukan kita sorang je yang nak kahwin, malah ramai lagi yang berpusu2 nak kahwin on that date and who knows they might have the place you want in their minds! Unless you are the early birds then no problem lah.

5) Proceed calling the venue management and BOOKING! Good luck!

6) Dh dapat venue baru proceed bincang vendor dais, caterer... Time ni warning sikit ye, memang akan ada sedikit twist here and there, biasalah, ada yang masalah sikit vendor nak psg pelamin, mcm dewan tu kecik ke, tapi pelamin yang you all nak besar ke, apa2 pun bincangla secara baik antara kedua2 belah pihak :)

Please take note that bila you booking, it's not like you boleh booking verbally cakap2 mcm tu je, mesti ada deposit sikit kadang2 depends on the management.... Mcm kes i dengan dewan puspanita dulu my deposit dalam 40% of the dewan rental fee.

Okay, about Puspanita, actually kalau you all pernah baca entry2 i terdahulu dewan asal i bukan Puspanita tapi Dewan Telekom dekat Menara Pucuk Rebung. Tapi, sebabkan pengurusan kat situ memang sangat2 sucks so kitorang pun terpaksa cancel dewan tu and cari Dewan baru, and kebetulan Dewan Puspanita lah yang menepati segala2nya.  Cuma budget je burst sikit  :)

Kelebihan dewan ni :

1) Spacious, walaupun nampak a bit old and worn out tapi bersih dalam dia.
2) Kerusi and meja dah disediakan, sekali dengan skirting and ribbon semua...Ribbon dia dua pilihan je... Gold & Silver.... Tapi okay... nampak exclusive. *** ini time i tau, masa tu December 2010, u all cuba survey2 dulu sekarang mcm mana pula
3) Ruang legar kat luar pun boleh guna untuk caterer letak buffet, memang the best.
4) Ada bilik persalinan yang luas dan cantik untuk pengantin bersiap, time i dulu all the bridesmaids pun bersiap kat situ. Imagine i ada 5 bridesmaids muat aje bersiap kat situ.
5) Ada penginapan untuk family yang datang dari jauh.... Penginapan ni pun kena bayar. Dia macam hostel, tapi selesa, ada bilik air kat dalam and air cond semua.... Ini mmg plus point la bagi I sebab husband's family kan datang dari jauh... So diorang stay situ sekejap, stay hotel sekejap... Macam tu, x payah susah2 nak sewa van atau kereta.
6) Management dia agak friendly and quite helpful

Pasal rate and other kemudahan, mcm PA system, lighting, you all boleh refer kat sini : http://www.puspanita.org.my/JalanHose/

I memang ambil kat situ je semua. PA system, skrin projektor, red karpet, sewa je kat situ senang tak payah nak fikir dua tiga kali... Kat bawah ni sedikit sebanyak gambar2 di dalam dan luar dewan untuk penghayatan. ewah kena menghayati pula. HAHA.

 Pintu Masuk Dewan 

 Walkway Dewan


Meja untuk susun atur doorgift (that's my auntie and nenek sebelah ibu)


 Dalam Dewan (Pandangan atas)

 Meja beradap (pandangan atas, masa ni tengah2 setup lagi ni)

 Kerusi dan meja dalam Dewan


 Salah satu tempat catering

Luar dewan lagi tempat orang beratur ambil kambing golek


Untuk menghubungi pihak Dewan Puspanita, bolehlah hubungi di talian berikut :
+603 2142 1332 / 2148 2625/ 2145 9424


** owh and tak silap i pesara kerajaan ada diskaun sikit... not that very sure, sebab my mom kerja Telekom, and dulu Telekom used to be under the government kan, so mcm ada entitlement sikit... :)


Monday, March 12, 2012

Miri Part Two

Alhamdulillah selamat sampai dari Miri on Monday (20th February) at 1.35pm. Smooth flight with MAS. Steward hensem, stewardess cantik. Makanan not bad. (walaupun small portion, untuk org pelahap mcm I memang x cukup)..
Sampai2 KLIA, terus ambil airport taxi straight to Pandan Indah. Was charged RM80 which cheaper dari if kitorang naik ERL straight to KL Sentral dah RM38 per person and then nak ambil taxi lagi ke Pandan Indah. You do the math. :)

Photos below just nak share apa i buat kat Miri. Nothing much. Makan2, jalan2... tapi please highlight makan2.... semua benda pun i makan. Tolak batu and kayu je. Seriously rasa segan dengan my in laws juga. They really take care their diet, what they eat, and tak makan sebanyak yang i makan. Sangat menjaga... Sekali dapat first daughter-in law, ya Allah, tak tau datang dari planet mana. Pelahap tak ingat. Haha. My mother in law  pun masak best2 untuk i, so dont blame me please. *_*

This is Nasi Goreng Dabai.... Terbaik... Kat Pasar Malam area Saberkas...dekat je dengan my in laws' punya rumah.


Lelapan Ayam at Shukie Cafe


Shukie Cafe



Ikan Mata Sebelah, ikan ni ada sebelah mata je... ni masak bakar.... Taste wise. sedap...


Husband & Wife


Nasi Ayam at Shukie Cafe sedap jugak


City Cafe,ala2 Starbucks la... Next to Shukie.... Ni semua dekat je dengan my in laws' house.

Butter Prawn... very crispy!

Eastwood Valley, teman husband main pukul2 kat driving range.


Sotong Kangkung, sedap gile woo.


Esplanade



Extend cuti, dapat pergi pengilan (kenduri) kat Bintulu. One of hubby's best friends punya majlis bertandang. Sampai2 rasa pelik, there was no table. Rupanya org kat sana kenduri pakai kerusi je. Wow! Something new. Lain2 semua sama, ada silat, ada marhaban2, kompang.... tapi satu je, kenduri starts early! As early as 9 am! dulu time i bertandang kat Miri dalam pukul 10 am camtu. Awal kan? and datang awal2 tu dijamu nasi juga tau... so kalau tabiat pemakanan you all macam I, dalam pukul 1 lebih tu start la cari nasi lagi.... Haha. *blush*
Kenduri kat Bintulu

Since barang kat Borneo ni semua kan overpriced, i x shopping mana pun. Barang kat KL jauh lebih murah and banyak pilihan. Tapi, sebab terpaksa, i end up beli a pair of heels kat Bintulu sebab takda kasut nak pakai kenduri... Dont underestimate Bintulu, walaupun pekan dia kecil, heels yang i beli ni modern tau design dia! COMFY lagi! Hehehe Kaitan? . Murah pun murah (akhirnya ada juga barang murah and cantik kat Borneo ni). oh and yes, just for the record, i pakai heels ni (mind you, 3 inch okay) travel naik flight balik KL, just to test the comfy-ness of the shoes, and no doubt mmg comfy tau! Nak tengok shoes dia?





TADAAAA!!
How? Okay kan?Murah pun murah and very2 comfy....

Wahh tiba2 rasa rindu ngan Miri... It was very a relaxing holidays... Ada rezeki InshaAllah akan ke sana lagi dalam waktu terdekat ni :)

Saturday, March 10, 2012

weekends and super busy!



The Doorgift


The Hantarans


The Carla Lillies Handbouquet


The Hyndrangeas Handbouquet



Been busy this weekends with wedding works at The Craft Potion. Have few orders to be settled. Here are the pictures of the orders taken by my gtab for you to enjoy.Will blog more about my days and current life later :)

Published with Blogger-droid v1.7.3