Thursday, September 27, 2012

Yellow Canary Theme!

Last Saturday, ada hantarans, candy buffet and centrepieces job for this customer. Nama dia Maya. Memang i had fun lah setting up semua2 ni kat tempat customer despite bermacam2 sweats and tears yang dilalui minggu lepas. Dengan kawasan Pandan Indah ada water disruption. Stress gile! Tapi nasib baik sampai2 rumah customer, i dapat buat kerja dengan relax. Customer and family pun sangat2 ramah especially her brothers. Buat lawak tak habis2. She's the only girl in the family and mmg sangat kecoh. Haha. Best juga eh rupanya bila jadi satu2nya anak perempuan and adik beradik lain semua lelaki.

Mula2 masa Maya ni email I nak buat hantaran pakai color lemon yellow, macam...... hmmmph, colour yang jarang la... Selalu orang nak pastel colors, pink, purple, peach or merah putih. So i macam sangat excited nak buat sebab colour yang lain dari lain....

Let the pictures do the talking la ye. Sebab nak tulis apa pun tak tahu. :) Overall, memang puas hati bila balik rumah, sebab Alhamdulillah, everything went well, and yang penting customer sangat puas hati. Itu je yang penting. Lagi satu, customer ni cantik orangnya. Suka tengok.... 




And ni pula handbouquet from my regular customer, Anida, Dulu mula2 dia hired i for hantarans untuk her cousin, lepas tu buat 3 handbouquets for her friends pula. Alhamdulillah rezeki. Thanks to customer and thanks to Allah.

Tuesday, September 18, 2012

Sayur Berdebar-debar Rasa Hati (Resipi - Salamiah Hassan Majalah Apartment)

Resipi Sayur ni kredit to biduanita Salamiah Hasan. I just need to share it here sebab mmg sedap! And paling penting easy to make.Seriously!!

What you need :

1) 2 cloves of garlic - minced
2) 1bawang besar - sliced
3) 1biji telur
4) kicap cair - i takde, so i pakai je kicap manis letak air sikit
5)udang dalam beberapa ekor
6) Salad - semalam i pakai butterhead lettuce je. Sangat crunchy and fresh!

Cara2:

1) Tumis bawang putih and bawang merah sampai naik bau
2)Masukkan udang and masak sehingga kemerah2an
3) Masukkan telur and kacau sehingga hancur
4)Masukkan sayur and kicap cair dalam 3 sudu. Approximately.
5) Masukkan garam secukup rasa.
6) Ready to serve.

Sedap sedap sedap!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, September 9, 2012

The Ups and Downs in Marriage (so far....)

Dulu masa busy buat wedding preparation, memang i admit i lupa nak fikir pasal kehidupan lepas kahwin macammana sebenarnya. And dahla i duduk sendiri tak duduk dengan my mom, so im lackings in all the advices about how to be a good wife, what to do if your husband is like this,like that.... haha. Well maybe actually ada je ibu gives advice once a while bila dapat spend masa dengan dia tu but maybe aku je yang tak nak dengar. Haha.

So, masa before kahwin, all that excites me were just about the dress, the pelamin, and almost EVERY SINGLE DETAILS about the wedding but i never think of about living together and share your everyday lives with a man called husband. To me, "Ala, everything is going to be okay, aku kenal dia dah lama kot, he is going to be like who he is now, sure punya la" AHA! You should slapped yourself back then Yanie! Haha. Yes, my husband is still the same person i met and loved 5 years back BUT when I lived together with him under one roof baru I tau the TRUE him. HAHA.

Dont get me wrong if you read this entry and terus nak buat assumptions macam "Dia tak suka husband dia lah tu" " Dia dah boring kahwin la tu" "Dia nak takutkan orang yang nak kahwin la tu" and bla bla. NO, tak bermaksud langsung. I just want to share and sharing is caring, kan? Betol tak? But please bear in mind, these are views from someone yang baru married for 1 year and 9 months and is not blessed with kids yet. I know you will have lots to tell once you are married with kids. You know the goods and the bads. 

Okay, my experiences so far about sharing life with my husband :

1) After you are married, over the time you boleh asyik bergaduh about small2 things macam stuffs like tak buang plastic beli DVD (in my case!), pasal beg dia bersepah kat ruang tamu, pasal I takut cicak, pasal I tak pandai tutup air sink rapat2... Haha, tapi xdela bergaduh sampai bertumbuk bagai, baling pinggan mangkuk semua, cuma masing2 membebel la. Dulu bila i membebel atau husband membebel masing2 nak snap!Please DONT! Bila you nak snap, tu yang akan jadi worst. Over the time, we all belajar just to listen to each other. Sometimes, kita maybe stress pasal benda lain kan? Tu sebab  plastik DVD pun jadi mangsa. LOL.

2) Dulu before kahwin, wahhh memang melekat je kat satu sama lain, pegang tangan tak nak lepas.... bila dah tinggal serumah ni kadang2 bila kita rasa nak lepak2 dengan husband tengok TV, guess what he's doing? Main game Football Manager okay! But i think vice versa la kot, maybe time dia nak lepak2 ngan i, i pula tengah sibuk benda lain.... But itu dulu2 la, kadang2 sampai merajuk2 macam "You ni asyik main game je bukan nak tengok TV dengan I!!" But now, masing2 dah paham and belajar, you nak your husband/wife lepak dengan you terus terang je. Just tell him/her yang you nak spend time dengan dia. Time2 macam ni la you akan rasa wahh kalau Long Distance lagi bagus. Sebab dia balik mesti dia nak spend the precious time with you sebab jarang balik kan? Haha Tapi kau sanggup nak LDR, Yanie? Haha

3) Bila you dah kahwin please bear this in mind, apa saja pilihan you untuk rumah bukan untuk you seorang! To those yang suka flowery2 bagai nak deco rumah tu, you better asked your husband approval first. Make him talk kalau yang tak suka nak cakap tu. Bukan apa, kadang2 ini pun punca kenapa husband tak nak duduk rumah, sebab dia akan bagi reason "Peningla banyak bunga sangat!!""Pening la mcm kebun bunga" bla bla... I know lelaki tak ada reason pun create reason tapi kita pun kena la bijak... Jangan bagi dia chance to create even the slightest reason. haha. For me, i memang tak suka deco yang flowery bagai. i like simple things. Everything must be plain and simple. For colours pulak, for the time being rumah sewa, i banyak main warna garang macam hitam, cokelat and merah.... Tapi rumah yang kami beli nanti, i dah discuss dengan husband untuk main kan warna2 lembut. So thank god, mmg senang nak capai mutual agreement on home deco with my husband because our tastes parallel to each other.

4) One of the many good things after dah lama you hidup sebumbung dengan your husband kan is you akan rasa takut sangat bila fikir your life without him. Tak kisahla samada you will miss him or you will miss your routines with him, doesnt matter, still you akan ada fear mcm "Ish, what am I gonna do without him?" I dont know about other married couples but that's what i feel. It has proven true masa husband pergi offshore tu and Alhamdulillah he is feeling the same way too. But as a woman, we have to have a little bit of doubts in our trust to our husband. Bukan nak ajar tak nak 100% percaya. But this is the truth. Dont be overprotective  tapi jangan ignorant sangattt. Bila you rasa you cannot live without him, you will love him more, you will appreciate him more, and you will learn to forgive and let go benda2 kecil yang you terasa dengan dia because they are just nothing compare to having him around to calm and soothes you whenever you need those things the most.

For the time being, those are all i can share with you guys. At the end of the day, tolak ansur is really important in a marriage. Jangan ingat kalau kita bertelagah over choices and benda2 kecil tu negative. They are not. Actually itu menunjukkan kita mempunyai HEALTHY marriage relationship, because both of us wants the best for each other. Yang problem dia ialah, how you face the conflicts and how you bounce back from dugaan dalam rumahtangga tu yang penting. Manaada semua marriage asyik on cloud nine ja. Once a while mesti ada gaduh2 sikit. Tak pasal the partner himself or herself kadang2 pasal the people related to our partner macam the friends ke or the family ke.... But yang penting, tolak ansur, sabar and always keep positive thoughts in mind. And have to have lots of communications! There are always ways on how to invite your partner to have a smooth 2ways communication with you, tinggal nak cari je la. Dont worry, i selalu hadapi masalah ni as husband bukan la orang yang suka bercakap sangat and mendengar cakap *roll eyes* but over the time, I managed to find the way!If i can, you people out there mesti boleh juga. Trust me :)




Friday, September 7, 2012

My Raya

1) This year raya balik Miri. A whole new experience for me. Beraya dengan in laws. Bermaafan di petang raya, juadah yang totally different! Kek lapis, air gas, nasi minyak, kari. Sedap! Especially the one yang my mom in law masak, but i so miss my nenek nasi impit and kuah lodeh and the smell of my kampung in Kedah. Dah kahwin ni x tau la bila nak balik. Kuasa veto is in husband's hands. 1st Raya, we were in turquoise blue theme. Supposedly that theme should be last year's theme but since my baju Raya kan x siap so last year jadi purple theme. Second Day Raya, olive green theme, no picture. Malas nak upload yg dalam DSLR. 3rd Raya, mint green theme. Hubby recycle baju lama2 dia je. Semua still elok2 lagi sbb pakai setahun sekali kan?

2) 6th day Raya jatuh sakit. In laws pasang aircond, but menantu yg tak tahan aircond ni akhirnya cari kipas juga. Both of us terpaksa beli kipas stand baru. Nak buat macammana kan? Dah badan alah aircond.
3)Kalau balik Miri mmg tak sah kalau tak singgah vintage Rojak and cendol stall ni.Kat sini rojak sotong dia mmg sedap, cendol dia lain dari cendol mamak kat sini and ada kuih ubi tu juga. Kalau kat Miri, memang famous la nak minum-minum petang kat sini.The kuih is so crispy, chrunchy and to me sedapla... i dont know about you but when you get the chance to taste it please let me know. :)
4) Tengah2 sibuk Raya, dekat2 dengan rumah hubby ni ada Uk Funfair. So apalagi, mestila pergi kan? Benda2 yang sekali sekala ni kalau terlepas rugi! Haha. Tapi jgn harap la nak naik ride yang pusing2 bagai tu.Memang tak berani. Tapi one ride yang mmg menarik perhatian was the naked ferry wheels! Tapi takde orang jaga time tu, so tak dapat naik. So sad.
5) Main tikam2 dia memang susah gila. Habis nak dekat RM50, sebiji teddy bear kecik pun tak dapat. Tapi hadiah dia pun memang gempak2 juga la. Teddy bear semua yang besar2. Tapi rasa macam tipu je sebab susah sangat nak menang! Cheh. Husband kecewa sebab pulang dengan tangan kosong. Haha.
6) Sehari sebelum balik tu,both of us belanja adik2 makan seafood kat Dragon Seafood. Memang SEDAP la. We ordered pari masak nyonya steam. Besarrr gile pari dia bagi for the 5 of us, butter prawn, crab masak.blackpepper, corn soup,sayur pakis masak belacan. Fuh mmg sedap. Termimpi2 rasa dia sampai sekarang especially the ketamss! Balik Miri lagi nanti nak pergi lagi dgn husband.
7) Husband enjoyed his time in Miri to the fullest! See his faces in the photos la. Happy sangat. Kesian dia,kena balik KL untuk cari rezeki.
8)Dekat Miri i jumpa one shop ni jual kasut yang cantik2 and murah2. So i borong 3 pairs terus, so my picks were A pair of purple velvet shoes (not in photo), a pair of tan kitten close heels with fake diamonds, studs and skulls, a pair of black pump with studs.omg crazyy! And ada another one in champagne for working tapi i tak ambil gambar. Uploaded the photos on instagram and my facebook, ramai yang PM minta dibelikan. Haha. Nanti la next time balik belikan.


So itu cerita my Raya. I have so manyy things to tell but too lazy to write. Anyway, see you guys next time. :)


P/S : Please excuse my blur photos because those were actually my instagram photos which i edited with photogrid to fit them into one frame but the end results are quite frustrating especially when i expand the size as uploaded at the above. My gtab instagram clearly cannot satisfy my hunger for beautiful pics. So more reasons for an I phone eh? Husband? hehe
Published with Blogger-droid v2.0.6