Monday, September 29, 2014

Well spent weekend!

Kali ni nak cite random pulak la, asyik cite pasal rumah je tak best la pulak. So I nak cite pasal weekend la. 

Normally weekend korang spent camne ek? Macam I memang rutin gile aar. Lepak rumah, lepas tu buat kerja2 rumah yang tak tau bila nak habis, lepas tu keluar gi makan tapi dekat2 area Ampang je ( boring) lepas tu tengok TV and kalau ade The Craft Potion job for that weekend so bertungkus lumus aa menyiapkannye.

Tu mmg normal. Kadang2 memang bosan jugak. Tak tau la kalau kawan2 yang dah jadi parents tu macammana. Mesti busy kan layan anak2? Haha. Macam I, dah tak larat dah nak layan suami.. Sampaikan we all ni kat rumah, kadang2 tak cakap dengan each other pun sebab dah tak tau nak borak apa. So dia buat hal dia, main game ke apa, I pun buat hal sendiri, mostly my " hal sendiri" tu buat kerja2 business I atau mengorganize rumah aa. Kalau keluar makan pun, dia baca news la tah pape lagi kat handphone dia, I pula sibuk scroll news feed FB dengan Instagram. Heh.

So macam this weekend, rasa agak productive sikit la. Hari Sabtu tu we all pergi shopping. Serius, nak keluar sekarang ni macam dah tak ada baju cantik2! ( Actually ada je tapi tak basuh lagi, huhu) so, sebabkan husband dah bosan and at the same time kesian dengar i dok whine and complaint baju dah tak ada la, baju dah tak muat la baju dah tak cantikla yada yada sambil terduduk depan almari baju dengan timbunan baju2 yang menggunung kat depan mata so diapun memang paksa habis la pergi beli baju Sabtu tu. And the best part was, dia yang keluar duit. Haha. Actually lama dah dia suruh i beli je baju dia nak bayar, tapi semenjak dah work at home ni, I macam dah takde mood nak bershopping for clothes. Memang serius aa save gila duit. Walaupun husband nak bayar tapi tetap tak ada hati cuma hari sabtu tu je aa tetibe tersedar yang " i need baju!! Like plenty of baju!!" Sebabnya, bila try baju tu dah tak cantik try baju ni tak muat, try baju tu tak sesuai, try baju ni tah pape...so memang macam.... Yes, please new bajusss like Now now. So dapatla beberapa helai yang I rasa okay la kot nak dibuat basahan di rumah and jumpa client, jumpa supplier etc. Baju murah je you ol! Yang penting husband ku bayar haha ( selamat duit ku) 


Hasil tangkapan.


So hari Ahad sambung balik dengan produktiviti yang agak memuaskan.
Baju kerja my husband untuk next week pun dah habis Iron bagai. Rumah pun dah vacuum cuma tak sempat nak mop je, baju pun basuh, and kain2 baju yang dah diangkat pun dah siap lipat, siap simpan... Fuh, penat tau. Buat keje rumah ni macam buat keje berat gak kadang2. Dia punya letih tu, tuhan je yang tahu.

Dalam buat keje macam2 macam Cinderella tu tetiba my prince charming (husband I le) ajak gi makan ketam. Wow!! Dia nak belanja lettew. Apalagi orang kata " besar tapak tangan, padang bola I tadahkan" memang immediately said YES!!

So we all pun pergi la Pak Ya Chinese Muslim Seafood Restaurant. Ha.. Korang tau ke kat mane? Kedai ni dia dekat tingkat bawah Galaxy Ampang. Ala, yang dekat Taman Dagang yang bangunan ada MBO tu. Fuh makanan kat sini memang not bad la, and price wise pun okay la kot. Tak tau la kalau ada tempat lebih murah.

So we all ordered, butter prawn, ketam telur masin, kangkung goreng belacan. Sedap tak payah cite la!! Memang they were all fingers licking good la!  Order nasi putih dua and I air honey lemon and husband soursop de guava. 

Okay husband I dia memang eksyen sikit. Dia suka order makanan yang pelik2... Kalau air pun kan asal nama pelik sikit je ( walaupun actually air sirap je) dia mesti akan order. Senang kena tipu ngn marketing betul. Makanan pulak tak payah cakap la... Mesti nak yang nampak pelik je and nama mesti nak yang berbelit lidah menyebut lepas tu kalau sedap mesti bagi senyum sinis kat I. Sakit je hati. Sebab I pula, kalau nama pelik2 or air2 yang siap bercampur selasih la cendol la kacang merah bagai memamg takde nye nak order. Boleh kembang tekak. Memang 102% berbeza dengan husband. Orang kata la, Opposites do attract. Betulla tu! macam dia dengan I la.

Nah sila lah enjoy gambar2 makanan. Kalau korang jilat screen phone or komputer tanggung sendiri aa. Ibu2 mengandung kalau ada mengidam teruk dinasihatkan untuk tidak meneruskn bacaan eh. Kang kalau mengidam, takde nak claim2 dari I eh! 


Ketam Telur Masin thorrbaik


Butterprawn hebat


Kangkung belacan super!


Husband terr..... Aaa terlajak larisss!!

Honey lemon tea. Eh pakai mason jar glass macam kat rumah i pulak. 

Fuhhh memang sedap la makanan2 tu. Memang messy ya rabbi tapi tak de keja kau makan ketam sopan2 takde kotoq kan.. Isi ketam lekat kat tudung tak payah cakap aa berapa banyak kali! Selekeh betul! 

So lepas dah habis makan tu we all pun pergi kedai perabot and guess what??? 

Dah book weh wardrobe dengan interior customization tu. But it will take approx 1 month la nk siap. Huhu. Tak kisah la. Excited nak susun barang je pun. Dak2 OCD memang camni aa. Hehe. 

Dah settle urusan beli wardrobe we all gi Kedai hardware nak fix kepala paip. Nasib husband I ni pandai gak diy so dia jela DIY kepala paip tu. Phew nasib okay! Dapat kepala paip baru kat tandas biilik we all! Huhu! Okay tu xpayah cite sebenarnya tapi saje aa nak tunjuk bertapa productivenya weekend ni. Huhu.

Anyway, hari Khamis and Jumaat lepas busy dengan order2 hantarans! Best kalau dapat order hantarans ni especially kalau fresh flowers. Main2 dengan fresh flowers ni mmg tenang aa walaupun kadang2 boleh jadi stress sebab bunga tu tak behave. Nah sebagai penutup, tengokla gambar2 nye. Nak lebih banyak, like la Facebook page i (The Craft Potion) atau follow la instagram @thecraftpotion_hantaran. Baru la puas hati. Sempat iklan! Hikhikhik :) 




Tuesday, September 23, 2014

Small Master Bedroom Decor Ideas

Sekarang ni tengah gigih mencari ideas and inspirations untuk deco and organize our masterbedroom. Memang a bit challenging sebab masterbedroom I ni sangat kecil. Rasanya lebih kurang sama size je kot dengan guest room, beza dia tandas masterbedroom ni luas. Tapi, apa gunanya? Kalau boleh tidur dalam toilet tu okay juga. Hehe.

But it's okay, we will reach the masterbedroom punya toilet part later.

Recently, i just changed a few furnitures in the master bedroom, tapi satu benda utama yang tak tukar lagi is the wardrobe! Wardrobe yang we all pakai sekarang ni is the wardrobe yang we all beli almost 4 years back, time mula2 kahwin and time mula2 nak masuk rumah sewa dulu. Memang beli satu set perabut baru untuk rumah sewa tu... Time tu baru2 nak mula hidup kan, beli perabot2 pun dekat Cavenzi je :) Tapi not bad tau, quality dia pun okay walaupun murah je. So time we all pindah rumah yang sekarang ni dulu, we all jual kesemuanya, katil queen, dining table, TV rack, L couch and coffee table. Jual murah2 je kat orang yang hantar perabot2 we all tu. Sayang tu memang sayang sebab all the furnitures memang elok sangat lagi... Tapi takkan nak angkut semua tu kan, mana nak letak sebab yang rumah baru ni pun kami beli satu set perabot yang baru. Cuma yang kami bawa ke rumah sekarang just guest room punya katil and the wardrobe sebab masa tu which was almost two years back condition barang2 tu okay lagi... Tapi... sekarang ni dah nampak worn out sikit la.

But... no worries, hehe, sebab dah survey new wardrobe! In Sha Allah, if murah rezeki next month beli la wardrobe tu. Nanti la I update once dah beli. Yang penting wardrobe tu boleh customize design interior dia to suit our needs and wants, so boleh la organize dengan lebih baik nanti.

Pencarian inspirations masterbedroom ni actually macam wasting time la jugak. Sebab kalau google, yang keluar tu semua macam too good to be true je? Macam eh boleh ke rumah aku jadi macam ni. So again, I akan try design yang realistic sikit la and yang penting ikut budget yang diperuntukkan.

Basically, perabot yang I nak dalam tu pun just katil, chest of drawers untuk letak TV and the wardrobe. Yang lain tu just fringe decor la... Still tak betul2 decide lagi apa yang nak diletakkan. Pening fikir! Haha... Anyway, nak tak nak kena tunggu bulan depan la, bila masuk wardrobe yang baru tu baru lah I boleh fikir nak susun letak atur barang2 lain. :)

By the way, nak share dengan you all, ideas2 yang i dapat hasil research from the net. Kira macam #yaniemasterbedroominspiration la.


Nice kan, simple je... cuma colour dia je i tak berkenan sebab white on white. Anyway photo credit http://keephomesimple.blogspot.com/to


I suka wall art dia and the hanging lamps.. Cantik la.


credit photo from : google

Cantik decor macam kat atas tu, tapi sebab kan i nak buatkan masterbedroom i ni nampak besar, i have to rapatkan katil tu ke dinding, sebab kena ada space untuk letak TV and wardrobe,  so memang tak boleh nak copy paste la kot design2 kat atas tu...Satu masalah yang paling2 i tak suka gila about my masterbedroom is the location of the window and the electrical switches and plugs yang sangat la ackward! So memang challenging la nak arrange perabot kat dalam masterbedroom ni. 

Anyway these two photos kat bawah ni memang i minat la. huhu... tapi semua nya tak rapatkan katil ke dinding... Hmpph need to find the designs which will work for us nampak gayanya.Maybe i kena reka sendiri kot! So till then guys!See you in next entry.



Thursday, September 18, 2014

Budget House Decor ; My Living Room Tour

Selama ni asyik kongsi kat instagram je gambar2 dekor rumah yg tak seberapa ni. Sebab ada yg nak tengok full photo (atau bukan ada orang yang nak, I je kot yang perasan) , so akhirnya blog kan juga la dekor2 rumah ni, tapi kita buat area by area lah ye. But seriously, nak pesan awal2, this post is a bit lengthy, and your opinions might differ from mine, so the exit button is just a click away tau.

First up is the living room. Tempat santai2, tempat tengok TV and boleh jadi kadang2 tempat i menggubah hantaran ( especially bila menggubah pakai hyndrangeas, sebab bunga ni fragile, so nak kena dalam aircond memanjang tapi i lapik dengan plastik dulu sebab nak senang kemas) . Walaupun ada TV dalam bilik, tapi we spend most of our time tengok TV dekat living room sbb kalau dalam bilik confirm nak tidoq aja especially weekends. Dah tu kalau dah tengok TV secara horizontal kan, memang last2 TV yang tengok kita. 

Rumah I ni biasa2 je. Rumah apartment, almost 900 squarefeet. Area Ampang. Only 10 mins walk to LRT, and Spektrum Ampang. Walaupun rumah ni dah kira vintage la sebab dah 20 tahun lebih, tapi I sangat suka area ni, low density.. Orang pun tak crowded sangat, biarpun mostly my neighbours are Chinese and Indians.. Tapi berjiran dengan diorang best, sebab semua baik2 belaka.

Okay cerita pasal living room. Living room i ni kecil je. Join sekali dengan dining area. Kalau sesiapa yg follow IG i, memang dah tahu la konsep apa yg i guna untuk rumah i. Ye... Kalau dah barang togel2, kayu2, besi2 tak lain tak bukan industrial concept... Tapinya i selitkan sikit rustic and shabby chic. 

Okay kenapa pilih konsep ni? Hmmph tu nanti i cerita di lain entry :) 

Okay baiklah mari kita mulakan tour living area I ni.  


Okay ini adalah pandangan separuh living room i dari dining area. Asalnya nak pasang plaster ceiling, tapi mula2 masa masuk pindah dulu budget burst, sebab kalau boleh kami tak nak hutang, so duit yang dah save2 tu habis beli perabut perabut baru and buat kitchen cabinet and beli kitchen appliances so dah tak da budget buat plaster ceiling. 

Then husband cakap, why not pasang lampu spotlight gitu? ( yg macam korang nampak dalam gambar) so we all pun pasang je la... Tak sangka pulak lampu tu menepati konsep industrial yg ingin i ketengahkan ni... Wah ketengahkan giteww u ols. ( skema sangat hihi) 

So malas dah nak pasang plaster ceiling, budget yg ada lepas ni ingat nak modify toilet, and beli new furnitures pulak. Mulanya macam fikir buat apa lah nak bazir2 beli itu ini sebab rumah ni nak duduk kejap ja kan sebelum beli rumah lain tapi i bukan jenis boleh duduk dalam keadaan yang "asal ada". I punya prinsip bukan setakat asal ada, beli yang puas hati tapi cost effective. So tu sebab la kadang2 kena marah, kenapa nak buang duit buat ini, buat itu... Takpe je.. I ada my own reasons. 


Okay ini pula adalah the seating area. Memang beli L-shape couch yang sebuah ni je. 3 seater. Ye kalau orang tanya ni leather ka.. Yes leather. Memang plan dengan husband splurge sikit la untuk couch. Bagus tau leather dia, berkualiti. Susah nak scratch and sedap bila duduk.

So, ada je yang tanya, "Babe, macammana you nak accomodate kalau you terima guest ramai sekaligus? Mana diorang nak duduk?" Hmppphhh, susah juga nak jawab tu... I takdelah selalu sangat kot nak jemput 10 orang sekaligus datang rumah I ni, tapi kotla nanti2 nak buat happy birthday to you for the husband ke kan (tak pepasal husband kena lagi hihi) kalau tak muat di living room duduk aja la di dining area (kan dining area nya join bersama living room) atau di balcony yang agak spacious itu. I akan blog about dining area and balcony in the next entry ya. 

One of my decor tips kan, you all boleh beli barang dekor2 yang lain2  yang murah2 tapi better splurge la for the essentials one... Beli lah yang bagus dan berkualiti terus... Sebab walaupun kita akan letak pasu RM2 je tetap rumah tu nampak mewah sebab yang essentials yang bagus tu dah camouflage benda2 yg murah tu.

Obviously wall kat belakang tu masih in progress. Nampak kosong lagi kan. My husband and i tengah duk fikir apa lagi yg boleh di letakkan di dinding tu. Actually my husband tak fikir pun. I yang fikir. Sebab kalau dia fikir kadang2 tak best. Hehehe.. Opss sorry husband i love u.  


Ni pula orang selalu panggil waste area, biasanya terletak antara living room and dining table tu... Kalau orang lain ni  mesti dah letak console table kayu kayan kan? Hah. I takde maknanya. Memang asalnya i pun plan nak letak console table you all, tapinya tak puas hati memanjang dengan design. Duduk kedai perabot berejam2 keluar tangan kosong je pun. So letak je la trolley ni. Nampak la industrial design sikit. 

Anyway lukisan yg kat sebelah tu adalah untuk digantung di atas TV. Reason kenapa dia masih kat situ ialah, i tengah dok fikir ni untuk beli tv cabinet yg baru hihihihi. As you can see, TV cabinet i adalah very tak kids friendly kan.... So i am planning to buy TV cabinet baru yang lebih kids friendly and banyak storage sikit...Tapi tak tau bila lagi nak membelinya... but sooon la.. 


Okay ni pula adalah pandangan dari seating area. Asal nya dulu writing desk tu tak ada, tapi lepas husband selalu bawa balik kerja di rumah ni and suka sangat buat atas coffee table sebab dia nak tgk TV, i jadi rimas... So itulah sebab nya wujudnya working corner tu . Padahal ada je reading room/ craft room di bilik no 3 tu.. 

Atas meja tu adalah wall of fame, i frame kan kerja2 tangan i yang masuk majalah. Hehe. Bukan senang kan nak masuk majalah... I bukannya ada kawan ke family ke kat syarikat majalah nak boleh dapat masuk selalu... So sekali sekala dapat ni jadikanlah kenangan you all. Itupun masih dalam progress. Banyak lagi tak digantung. And obviously wall tu need more works kan? Sebab it looks empty and boring.... Again, reason tak nak letak wallpaper or mount TV tu kat wall, sebab nak beli kabinet baru and nak mengekalkan konsep industrial design tu. 


Ini adalah close up writing desk tu... Sebelum ni kan i pakai meja kayu hitam tu.. Tapi berkenan pula dengan transparent tampered glass writing desk ni so without any hesitation i terus beli aja. Balik rumah memang puas hati tgk meja ni. Im a happy woman. A happy woman makes a happy wife and a happy wife makes a happy husband! Anyway tempat ni pun masih belum siap sepenuhnya, I masih memikirkan cara yang sesuai untuk letak my husband punya reference book and nak beli leather swivel chair yang elok sikit bagi dia selesa je duduk buat kerja... Okay another self made quote, a happy working husband generates fat income, and a happy husband with fat income makes a happy wife.. Haha pepandai je aku. 


Ni adalah salah satu elemen2 hiasan di rumah ni. Simple and minimal je. I tak suka nak letak2 kaca2 lah gelas2 la.. Kalau rajin lap habuk tak apa lah tapi ni kalau dah habuk tu tebal selepet baru nak lap tak payah ajela lagipun I sukakan konsep less is more. 


Okay, ini adalah bersifat rustik sikit. Tempat letak remote control and yang raga tu adalah untuk meletak husband punya barang2, really helps to control clutter. So husband punya segala macam beg duit la kunci la segala benda yang biasa kalau kita tak letak tempat simpan dia akan letak rata2 akhirnya dia boleh campak aja dalam bakul ni. Bakul pun nampk cantik and kita pun tak rimas.

Another tip to deal with the messy spouse, identify dulu problem your spouse. Kebanyakkan para suami ni dia suka letak wallet dia, or kunci2 or resit2 dia sepah2 kan... Jadi u all beli lah bekas yang cantik (raga tu nampak cantikla tu di mata I) and letakkan bekas tu kat tempat yang paling senang untuk dicapai oleh husband... Atas shoe rack ke, atas dining table ke or atas TV rack ke... Anywhere that works for you guys okay. And please please please...kamu jangan nakal... eh silap please please educate your husband untuk letak barang2 dia dalam tu... Macam i senang je... " Abang please put all you things dalam ni ye, kalau i jumpa bersepah2 denda RM10 satu barang ye" Memang firm, tegas , garang dan bermata duitan cara i... Hihihi... Alaa you all ni i gurau je la... Tapi Insha Allah, akan berkesan. 

Di living room i ni, ada a few things yg selalu menarik perhatian guests yang datang. 

One, the leather bean bag. Memang dah lunyai tapi memang best bean bag ni. Husband suka duduk la baring la atas bean bag ni while watching the TV... Selesa katanya... dia macam mini sofa tau.. I pun suka.. Tapi ni dah nampak a bit worn out la... I ingat nak bawa pergi tukar leather dia atau beli baru terus. 



Two, the leather tampered glass coffee table. Okay coffee table ni memang buat dari pure leather. Memang bagus coffee table ni untuk mereka yg ada anak kecil. Nak gerakkan sana sini pun senang. And tak bahaya untuk anak2 yang baru belajar berjalan terjatuh terhantuk ke apa kan... Itu lah benda yang i fikir masa nak beli benda alah tu. InshaAllah soon reason tu akan termakbul jua. 


Three, lampu pelik yang tegak. Haha. Actually, ini adalah lampu ikea yg luar tu dibuat dari kertas yg very dust magnet and cepat nampak kotor which is a no no for me.. Jap lagi mula la ada yang bersin2 tak henti.. So i tanggalkan kertas tu i biar je lampu tu macam tu... Ramai juga yang tanya, lampu apa ni.. Cantik juga.. Haha... Nak buang sayang, hadiah orang bagi time kahwin so kita improvise la dia. ;)



Ni gambar asal lampu tu :


Four is the book rack... Another not kids friendly punya furniture in my house. Memang senang la budak2 kecil nak tarik2 barang2 tu.. Asalnya, I beli rak buku ni sebab  I tak suka beli benda benda yang bertutup ni.. Sebab i rasa rimas nak buka tutup buka tutup almari. And lagi juga sebab i ni adalah orang yang very visual. I suka benda yang berdisplay sebab i suka tengok benda tu di luar. But that is just my opinion, my advice not everything works for everyone. So you find decor yang works for you and family and stick to it. I pun surely akan change to something yang works for me juga once I have kids nanti. (but yes still industrial concept la you all)

Idea book rack ni i ambil dari rumah2 mat saleh... Sebab cantik je tengok diorang display2 barang... 




Itu sahajalah tour my living area. Biasa2 je. Barang2 pun simple aje. Tapi tetap bersyukur. Nanti bila dah update dekor2 i blog lagi. Tapi kalau nak update yg pantas,cepat  dan tuntas silalah follow instagram i iryani_85. 

Toodle- loo!


Tuesday, August 26, 2014

Open House Raya 2014


we all (read = my husband and I)

Finallyyyyyyy, we all dapat juga buat open house this year for our small group of friends and families! Last year we all baru pindah masuk, so macam tak ready lagi nak buat open house bagai ni.... Nak buat housewarming pun macam tak yakin je sebab takut rumah ni tak bersedia nak terima tetamu...Yolah, dengan masalah water rationing bagai... But Alhamdulillah, after almost two years we all duduk sini, this year we all nak try buat open house juga.. actually sekali la tu dengan housewarming. 

Sebenarnya, tak delah well planned pun open house ni, it was kind of last minute tau. Tetiba je i cakap dengan husband, 'you, apa kata kita buat open house this year?' masa tu macam baru je sampai dari Miri (kan tahun ni raya Miri), so my husband pun macam agreed je sebab actually memang dah plan nak buat makan2 untuk housewarming rumah tapi last year masing2 busy. Kan I dengan kerja office yang menggila tu, so mana nye nak ada masa planning2 open house bagai ni kalau dah weekends pun busy nak buat itu ini kat office tu... perrgh never ending kerja... tuh la nasib jadi kuli... tapi kat situ bukan takat kuli... kuli batak dah.. huhu.... tak maafkan sampai bila2 tau si Account Manager yg membuli I jadi kuli tu! huhu... (sorry lepas geram pulak!)

So a few days before 16th August tu i pun call lah Catering and discuss menu bagai, we all ordered for 50 pax, menu nasi ayam, air sirap and dua jenis kuih... Catering tu charge RM8 per pax... Okaylah kan? Tapi dia punya food dia bagi macam 100 orang nak datang makan. Banyak gila!! Huhu. Murah hati betul owner Catering tu, harap murah rezeki dia. InshaAllah. And Alhamdulillah juga la kebanyakkan feedback yg dapat from guest food sedap! Huhu. 

Tapi, banyakkkk gile food lebih! Menyesal tak jemput lebih ramai orang... Actually jemput ramai je through facebook messenger tapi tah apa problem, ramai tak dapat... sebab msg macam tak properly send. Bengong je messenger ni! GERAM akak! tu pun kawan2 sekolah, nasib baikla ada Riza yang cepat merespond whatsapp i, so wakilkan dia je ajak sesiapa... Alhamdulillah datang juga diorang walau dah lewat2 malam... thank you korang! Love you guys so much la...Yang lain2 harap maafla, i was so so busy sampai dah tak sempat nak jemput sorang2, tu yang update gambar jemput je dalam FB tapi entah orang rasa macam tak ikhlas kot jemput gitu je kan... Yelah kalau i pun, kalau orang setakat jemput "hi datangla" and then letak gambar makanan kat FB, HUH!! what do you expect kan? hehehehe

Honestly, planning I memang fail gila! Makanan jadi terlebih2 banyak, sebab i asyik dok rasa, 'Ish, satgi ni mesti tak cukup ni, ni mesti ramai orang nak makan' tuh yang malam tu pe jadah gi rebus nasi Impit sampai 6 bungkus and setiap satu bungkus tu ada yang 30 mini nasi Impit tu! Gile kann?!!! Haha tuhla... tak nak dengar cakap suami tercinta lagi... kan dah kena tulah... Last2 lepas dah bagi2 neighbour nasi impit tu still banyak lebih and terpaksa buang je sebab dah basi :( :( Menyesal... Tapi xpe lah.... first time buat makan2 kan.... so now dah tahu... next time we can do better... 

So menu hari tu besides nasi ayam as the main course, ada nasi impit, kuah kacang (HOME MADE buatan sendiri okay! Sedap tapi pedas lagi!huhu sorry puji diri sendiri) kek pisang (beli kat Giant je), sausages (for kids actually ni tapi I tengok orang tua pun bedal semacammm je, sedap letteww, I rebus je k), orange, mocktail (yang husband buat... tah dia campur habis Nata De Coco la, fruit cocktail la..kalau tak sedap dia yang buat tau hihihi), and lemang (we all beli je... pejadah nak bakar lemang kat balkoni apartment ni you all? tapi lemang dia sedap kau) . Okayla Alhamdulillah la boleh tahan semuanya. 

Kesimpulannya, banyak benda we all belajar bila buat open house ni, antaranya jangan membazir makanan sangat... memang food InshaAllah terlebih cukup.... and yes duit memang mengalir macam air hujan kau... beli tu beli ni... bukan Catering je tau... tapi kalau kita baru2 nak buat open house ni kan, mana lah nak ada bekas nak letak mocktail la, bekas nak letak itu la ini la... Nasib baik kat Giant ada tray pakai buang tu... So i beli yang tu je untuk letak orange, kek pisang and sosej bagai... senang.. tak payah susah2 basuh... buang je lepas pakai. Yang beli  untuk pakai lama just macam stainless steel tray untuk letak nasi impit and kuah kacang tu je la... So duit memang prepare siap2 la, Alhamdulillah ada rezeki lebih tu yang dapat kongsi tu buat open house.... 
And Yes, besides happy dapat jumpa kawan2 datang rumah, bila open house dah habis tu memang penat gila2! hahaha.... fuh, memang sakit gila pinggang tapi gigihkan juga kemas malam2 tu juga walaupun husband suruh rehat... Gila kau... nak biar pepinggan mangkuk bagai ni bertaburan and nasi nasi kuah bagai ni bertaburan...? Malam tu juga i vacuum mop rumah semua. Penat pun penat la... Geli tau kalau cicak and lipas berkerumun!Kalau ada maid takpela juga boleh minta tolong dia buat, dah kalau kita yang maid, hah..pempaham sendiri la yea.

Okaylah malas nak bebel panjang2... nah gambar2 open housee... Enjoice people! Tadaaa!


THE FOODS




Nasi himpit yang memang terlebih lebih!


KEADAAN RUMAH (kemas ya rabbi! kalau tak...jangan harap.. sebab ni extravaganza kemas) 

We all pindahkan meja ke tepi gitu... Nak nampakkan ruang besar.


Kawasan yang masih under construction.. Tak tau bila nak siap... Sebab nak beli banyak benda lagi sebenarnya... Tapi sayang nya nak keluar duit sendiri but at the same time, tak nak minta duit husband juga... So camne?

Tempat kita baca magazine... 




THE GUESTS






So next year nak buat open house lagi?? Insha Allah ada rezeki lebih i buat lagi..


Thursday, July 17, 2014

Tentang Adab Memandu Peugeuot ;)

Fuh kecoh betul 2 hari ini tentang kes seorang lady driver yang bawa kereta Peugeot dan "mengamuk" sambil bawa stereng lock dan ketuk2 kereta seorang Uncle yang berbangsa Cina yang tak sengaja terlanggar kereta dia. Memang timeline FB dan instagram penuh cerita pasal that kakak saja.

Apa yang I perhatikan, memang kebanyakkannya sangat2 marah atau mungkin kecewa dan terkilan dengan situasi accident tu.. Rasanya yang menyebabkan masyarakat2 Malaysia yang memang prihatin and sometimes terlebih prihatin (termasuk I) terlebih rage dengan situasi tu sebab that lady memang nampak sangat2 biadap dalam video tu...lebih2 lagi dengan warga emas kan....

Okay honestly bagi I, I mengaku, first time tengok that viral video, memang rasa meluap2 marah... bukan sebab apa, sebab fikiran ni terus teringat ayah dan bapak (my father in law), dan my abah (my stepfather), yes i have 3 dads...jangan jeles naa! ;) I terus terbayang, Ya Allah, what if what happened to that uncle happened to my ayah/abah/bapak? And disebabkan terdorong oleh perasaan tu, i humbly admit, yang memang la menyumpah2 juga la that lady and tangan ni cepat je share the video. Banyak kali tengok the video, bertambah2 meluap lah api kemarahan dalam diri ni...

Tapi lepas dah tidur satu malam dan bangun keesokkan harinya, {sedikit info tentang I : kalau geram, marah, sedih atau terlebih happy, i akan tidur...tak tau kenapa memang macam tu... kalau letih tak pulak tau tidur kau... pelik sungguh} okay sambung cerita tadi, lepas dah tidur dan bangun, i macam dah dapat berfikir secara waras sikit and dah sedikit tenang untuk terima situasi accident tu...

Maka kesimpulan yang dapat i buat tentang kes yang heboh satu negara Malaysia ni ialah ;

1. Bila kita marah, boleh jadi at one point, tindak tanduk kita akan melebihi kewarasan akal kita berfikir... Baik atau sopan macammana sekalipun kita, keadaan tu masih boleh terjadi. Sebab kadang2 benda tu adalah beyond our control.

2. Sebenarnya, banyak yang dah kita pelajari dari video dan peristiwa kakak tersebut and that uncle, antaranya, anger will make u look stupid and stupidity will kill u, jangan terlalu racist, berfikir sebelum melakukan sesuatu, bersabar adalah perkara yang susah tetapi boleh menyelamatkan kita dari menjadi mangsa video viral menggunakan smartphone, memaafkan adalah perbuatan yang heroic dan kereta yang kena langgar boleh claim insurance.

3. Semarah macammana pun, bila difikir2 balik, hmmmp, akak tu hanya buat salah pada uncle tu, kita yang memerhati janganla judge dan hukum dia teruk2 sangat... sampai mengaibkan dia di laman2 sosial, aibkan periuk nasi dia... Macam tu pun tak elok juga kan... Everybody make mistakes... Cuma kakak tu learned her lesson the hard way... Kita pun tak mahu juga bila tiba masa kita berkhilaf, kita dihukum macam tu kan...

4. Video yang dirakam tu pun tengah2... jadi whatever happened prior to the accident kita tak tau kan atau macammana sebenarnya terjadi nya accident tu... kita hanya nampak dan boleh percaya apa yang diceritakan oleh pengomen2 dan news2 je kan.. Jadinya i fikir balik, tak layak juga I nak judge benda ni...

Memang banyak sangat la yang kita boleh pelajari.... memang macam indirect lesson about life la... about people... Tapi bagi I, uncle tu tetap seorang yang menang kerana berani memaafkan kesalahan orang lain... Entahla bagi I, bila kita memaafkan kesalahan orang pada kita, kita sebenarnya adalah orang yang kuat dan berani.... Kalau I, i belum tentu dapat memaafkan dan melupakan semudah itu... Bukan sebab dendam atau apa, tapi trauma kan.... rasa terkesan di hati... lebih2 lagi orang tua, hati orang tua ni mudah tersentuh....


okay depp..eh silap deep!


Anyway, semoga benda ni jadi pengajaran buat kita semua.... Yang dah pakai Peugeuot tu x payahla nak tukar kereta bagai... haha.. Kakak tu pun dah minta maaf pada uncle tu walaupun dekat FB dia macam2 perli2 lagi tapi biarla itu hal dia dengan Allah :)

Selamat bersahur dan berpuasa semua and renung2kan dan selamat beramal!


Adoi ni siapa yang kreatif sangat ni? hahahahaha


Wednesday, July 9, 2014

A quick update ; In progress

I thought Ramadhan is the month which i can rest and focus on my ibadah puasa ONLY because i assume that i will have less order for this month but boy i was wrong!

Alhamdulillah, i managed to secure 1000+pcs mug order, 9 trays artificial hantarans, flower bouquets and flower crowns, and small craft orders all to be completed and delivered before Hari Raya. All praises to Allah and i am humbly grateful with the rizkh He granted. 

If you are one of my personal FB or IG followers or The Craft Potion followers you must have already know that the personalised mug with the moustache and lips design are such a hit at the moment. It all started when my ex schoolmate came out with the idea of giving white mugs to her colleagues as farewell gift but she didnt know what to write on the mug or to give with the mug. So i on the other hand have been thinking to have this moustache and lips design ideas for wedding favors but yet to figure out what i can put up those designs for. 

I immediately told her..."hey, why not we go with this....." And the rest was history. Thank You Aswita for the white mug idea and it has now become one of the most popular items on The Craft Potion ;)

As you can see in the photo; the lips design and maybe 25%? Of the moustache design ;) cant see it clearly because the way this photo was taken. Photo art lah konon.

The mugs are heavy beyond my imagination...i have to use this strolley... Opps trolley ( i was thinking to write stroller actually that was why it became to strolley stroller + trolley ...lol) to move them around for washing,drying and drawing. Quite leceh but they are all worth it because at the end of the day .....
.
.
.
.
.
.

This is the overall look that I want to achieve ;) trust me they all look so much better when arranged in stacks like that.. Lol #ocdattack





Some of my friends said the mugs do not look like they were hand drawn at all... they look like printed mugs.. Again u can count on my #ocd..

I also recently did a different design. Delivered and Alhamdulillah the customer was satisfied. Nah here u go!

 Love birds design katanyehhhh!! So cute i could die now. Ada ke puji diri sendiri?haha.

Besides the business workload, i am also busy with decorating or more to organizing the house. My recent project is husband's temporary home office. I just use everything that we have in our home because this is just for temporary and if we have decided to retain the space as is we would be getting a proper  desk for the computers and laptops and all the necessary equipments.


Still under construction... I am thinking to add small unit shelves or just small leg sofa below the desk...just wait and see..maybe i will change my plan later. The usual me...

Before this, the coffee table below was the victim. My husband will sit on the bean bag, put his machines on the coffee table ( mind you he sometimes uses up to 3 monitors for god-knows-what) and let all his papers and the machines' plug wires scattered all over the place and that make me go crazy! 



Anyway, i will try to manage my time and complete my in progress list as per my schedule ;)

Selamat Menyambut Ramadhan all!

P/s : pagi ni Argentina vs Netherlands. So which team are u with? Me?? I will go with the winning team... Haha. 

Cameron Highlands again :)


I sangat suka Cameron Highlands. Sebagai pencinta bunga, Cameron adalah sangat best dan memang sangat memadai lah nak pergi untuk mini getaway.

Both of us, my husband and I, kitorang memang sangat2 in need of a vacation...tapi mana je nak pergi... dengan my husband yang tak boleh cuti kan... Kalau nak kata budget, nak cuti2 Asia Tenggara murah InshaAllah ada je tapi kurang2 pun nak juga one week kan... Dah kalau husband tak dapat cuti one week tu macammanalah? jadinye last choice, Cameron saja.

So, we all pun booked hotel yang we all honeymoon dulu...opps yang kekonon nak prehoneymoon...sebab kekononnya nak honeymoon kat jauh2 sikit...tapi takde rezeki juga... makanya takpela kita kira ni prehoneymoon yang kedua la...hikhikk... menyampah sangatt...dah almost 4 years kahwin pun nak prehoneymoon bagai... cuti2 Malaysia sudah... (akak memang la hoverr gitu...peace...)

As you guys know, kalau baca entry kat sini, mesti korang tau dulu we all stay dekat Casa De La Rosa, memang dah jatuh cinta la dengan hotel tu... takde dah try hotel2 lain... bezanya kali ni, takdelah ambil honeymoon package..just ambil stay package je... Price wise? Murah la I rasa... RM280+ for one night! We all booked through Agoda.com je... kalau nak further info pasal this hotel boleh view their website { http://www.hotelcasadelarosa.com.my/ }.. Tapi you all tau la..rate hotel ni dia tak tentu... time tak peak season dia murah... time peak season..hurm..memang berganda2 naik nye.. same goes to their honeymoon package.Actually hotel mana2 pun sama je kan...

I terpaling suka this hotel sebab ambience dia... We all ambil yang mengadap garden je.. Dulu we all dapat bilik yang paling hujung... Mentang2 masa tu hornymoon kan, bagi yang paling hujung je you all... tapi ni bila dah jadi pengantin basi ambik kau... depan lift je dia bagi...hik hik.. takpela...tetap best... And hotel dia, ada juga view yang mengadap golf field...Memang best la... Tak payah susah2 pasang aircond bagai... Kat Cameron ni dia pakai natural aircond gitu...

Dulu i pergi, tak sesejuk yang kali ni kitorang pergi... Oh My godddd!! Sangat2 sejuk....Memang best gile.. Kalau tak pakai sweater tu memang tak boleh la.. Macam dulu relax je pakai Tshirt... Tapi kalau time tengahari tu dia macam suam2 kuku sikit so kalau pakai cardigan dah memadai kot...

Okay malas la nak bebel2 pepanjang kan..jom tengok gambar2 we all... Sambil tulis ni pun meluap2 keinginan untuk pergi lagi... I will have a serious talk about this with the husband soon...

I would love to have an annual trip to Cameron Highlands.Best woo...Tenang je.... Tapi kalau you all suka yang happening2 gitu... then this is not your place la..


     Dekat depan Casa De La Rosa..best kan...cantik hotel dia...i really love the ambience!

Ni interior bilik dia. Very the english vintage! Memang tak puas la duduk 3 days 2 nights kat sini!!!






Dekat Time Tunnel Galleria Museum! Kat sini ada jual coffee strawberry tau.. Ya Allah so delicious!




Ni kat Cameron Lavender...best tengok bunga2 dekat sini!! And yg paling best petik sendiri gerberas!!opps abaikan muka kita yg pose tergedik nk minta penampar gitu.

Kalau gi Cameron Highlands lepas tu tak makan strawberry coklat ni memang tak Cameron la! Ni beli kat kedai2 tepi Cameron Lavender tu juga rasanya. Kat bawah tu ada ubi ball...jangan lupa beli juga tau...sedap amat!!

Lepas tu malam yang kedua tu i dengan husband makan kat kedai steamboat ni...lupalah nama dia apa tapi dia tepi hotel De La Fern x silap...

 Duit i habis memborong benda ni je...hikhik...

Macam kat oz katanye!!

Okay banyak lagi tempat yg we all pergi tapi tempat2 yg dah cover dalam entry prehoneymoon dulu... korang pergi sendiri la Cameron Highlands and enjoyyy!! Pergi sekarang maybe weather dia kurang best kot. Sebab skrg cuaca kan panas...so mesti Cameron x berapa sejuk.....mcm we all pergi dulu time bulan  februari musim hujan..best sangatt...sejukk!!

Nak pergi lagi...definitely going to propose annual trip to Cameron Highlands to the husband. Hopefully he will approve! ;)