Monday, September 29, 2014

Well spent weekend!

Kali ni nak cite random pulak la, asyik cite pasal rumah je tak best la pulak. So I nak cite pasal weekend la. 

Normally weekend korang spent camne ek? Macam I memang rutin gile aar. Lepak rumah, lepas tu buat kerja2 rumah yang tak tau bila nak habis, lepas tu keluar gi makan tapi dekat2 area Ampang je ( boring) lepas tu tengok TV and kalau ade The Craft Potion job for that weekend so bertungkus lumus aa menyiapkannye.

Tu mmg normal. Kadang2 memang bosan jugak. Tak tau la kalau kawan2 yang dah jadi parents tu macammana. Mesti busy kan layan anak2? Haha. Macam I, dah tak larat dah nak layan suami.. Sampaikan we all ni kat rumah, kadang2 tak cakap dengan each other pun sebab dah tak tau nak borak apa. So dia buat hal dia, main game ke apa, I pun buat hal sendiri, mostly my " hal sendiri" tu buat kerja2 business I atau mengorganize rumah aa. Kalau keluar makan pun, dia baca news la tah pape lagi kat handphone dia, I pula sibuk scroll news feed FB dengan Instagram. Heh.

So macam this weekend, rasa agak productive sikit la. Hari Sabtu tu we all pergi shopping. Serius, nak keluar sekarang ni macam dah tak ada baju cantik2! ( Actually ada je tapi tak basuh lagi, huhu) so, sebabkan husband dah bosan and at the same time kesian dengar i dok whine and complaint baju dah tak ada la, baju dah tak muat la baju dah tak cantikla yada yada sambil terduduk depan almari baju dengan timbunan baju2 yang menggunung kat depan mata so diapun memang paksa habis la pergi beli baju Sabtu tu. And the best part was, dia yang keluar duit. Haha. Actually lama dah dia suruh i beli je baju dia nak bayar, tapi semenjak dah work at home ni, I macam dah takde mood nak bershopping for clothes. Memang serius aa save gila duit. Walaupun husband nak bayar tapi tetap tak ada hati cuma hari sabtu tu je aa tetibe tersedar yang " i need baju!! Like plenty of baju!!" Sebabnya, bila try baju tu dah tak cantik try baju ni tak muat, try baju tu tak sesuai, try baju ni tah pape...so memang macam.... Yes, please new bajusss like Now now. So dapatla beberapa helai yang I rasa okay la kot nak dibuat basahan di rumah and jumpa client, jumpa supplier etc. Baju murah je you ol! Yang penting husband ku bayar haha ( selamat duit ku) 


Hasil tangkapan.


So hari Ahad sambung balik dengan produktiviti yang agak memuaskan.
Baju kerja my husband untuk next week pun dah habis Iron bagai. Rumah pun dah vacuum cuma tak sempat nak mop je, baju pun basuh, and kain2 baju yang dah diangkat pun dah siap lipat, siap simpan... Fuh, penat tau. Buat keje rumah ni macam buat keje berat gak kadang2. Dia punya letih tu, tuhan je yang tahu.

Dalam buat keje macam2 macam Cinderella tu tetiba my prince charming (husband I le) ajak gi makan ketam. Wow!! Dia nak belanja lettew. Apalagi orang kata " besar tapak tangan, padang bola I tadahkan" memang immediately said YES!!

So we all pun pergi la Pak Ya Chinese Muslim Seafood Restaurant. Ha.. Korang tau ke kat mane? Kedai ni dia dekat tingkat bawah Galaxy Ampang. Ala, yang dekat Taman Dagang yang bangunan ada MBO tu. Fuh makanan kat sini memang not bad la, and price wise pun okay la kot. Tak tau la kalau ada tempat lebih murah.

So we all ordered, butter prawn, ketam telur masin, kangkung goreng belacan. Sedap tak payah cite la!! Memang they were all fingers licking good la!  Order nasi putih dua and I air honey lemon and husband soursop de guava. 

Okay husband I dia memang eksyen sikit. Dia suka order makanan yang pelik2... Kalau air pun kan asal nama pelik sikit je ( walaupun actually air sirap je) dia mesti akan order. Senang kena tipu ngn marketing betul. Makanan pulak tak payah cakap la... Mesti nak yang nampak pelik je and nama mesti nak yang berbelit lidah menyebut lepas tu kalau sedap mesti bagi senyum sinis kat I. Sakit je hati. Sebab I pula, kalau nama pelik2 or air2 yang siap bercampur selasih la cendol la kacang merah bagai memamg takde nye nak order. Boleh kembang tekak. Memang 102% berbeza dengan husband. Orang kata la, Opposites do attract. Betulla tu! macam dia dengan I la.

Nah sila lah enjoy gambar2 makanan. Kalau korang jilat screen phone or komputer tanggung sendiri aa. Ibu2 mengandung kalau ada mengidam teruk dinasihatkan untuk tidak meneruskn bacaan eh. Kang kalau mengidam, takde nak claim2 dari I eh! 


Ketam Telur Masin thorrbaik


Butterprawn hebat


Kangkung belacan super!


Husband terr..... Aaa terlajak larisss!!

Honey lemon tea. Eh pakai mason jar glass macam kat rumah i pulak. 

Fuhhh memang sedap la makanan2 tu. Memang messy ya rabbi tapi tak de keja kau makan ketam sopan2 takde kotoq kan.. Isi ketam lekat kat tudung tak payah cakap aa berapa banyak kali! Selekeh betul! 

So lepas dah habis makan tu we all pun pergi kedai perabot and guess what??? 

Dah book weh wardrobe dengan interior customization tu. But it will take approx 1 month la nk siap. Huhu. Tak kisah la. Excited nak susun barang je pun. Dak2 OCD memang camni aa. Hehe. 

Dah settle urusan beli wardrobe we all gi Kedai hardware nak fix kepala paip. Nasib husband I ni pandai gak diy so dia jela DIY kepala paip tu. Phew nasib okay! Dapat kepala paip baru kat tandas biilik we all! Huhu! Okay tu xpayah cite sebenarnya tapi saje aa nak tunjuk bertapa productivenya weekend ni. Huhu.

Anyway, hari Khamis and Jumaat lepas busy dengan order2 hantarans! Best kalau dapat order hantarans ni especially kalau fresh flowers. Main2 dengan fresh flowers ni mmg tenang aa walaupun kadang2 boleh jadi stress sebab bunga tu tak behave. Nah sebagai penutup, tengokla gambar2 nye. Nak lebih banyak, like la Facebook page i (The Craft Potion) atau follow la instagram @thecraftpotion_hantaran. Baru la puas hati. Sempat iklan! Hikhikhik :) 




Tuesday, September 23, 2014

Small Master Bedroom Decor Ideas

Sekarang ni tengah gigih mencari ideas and inspirations untuk deco and organize our masterbedroom. Memang a bit challenging sebab masterbedroom I ni sangat kecil. Rasanya lebih kurang sama size je kot dengan guest room, beza dia tandas masterbedroom ni luas. Tapi, apa gunanya? Kalau boleh tidur dalam toilet tu okay juga. Hehe.

But it's okay, we will reach the masterbedroom punya toilet part later.

Recently, i just changed a few furnitures in the master bedroom, tapi satu benda utama yang tak tukar lagi is the wardrobe! Wardrobe yang we all pakai sekarang ni is the wardrobe yang we all beli almost 4 years back, time mula2 kahwin and time mula2 nak masuk rumah sewa dulu. Memang beli satu set perabut baru untuk rumah sewa tu... Time tu baru2 nak mula hidup kan, beli perabot2 pun dekat Cavenzi je :) Tapi not bad tau, quality dia pun okay walaupun murah je. So time we all pindah rumah yang sekarang ni dulu, we all jual kesemuanya, katil queen, dining table, TV rack, L couch and coffee table. Jual murah2 je kat orang yang hantar perabot2 we all tu. Sayang tu memang sayang sebab all the furnitures memang elok sangat lagi... Tapi takkan nak angkut semua tu kan, mana nak letak sebab yang rumah baru ni pun kami beli satu set perabot yang baru. Cuma yang kami bawa ke rumah sekarang just guest room punya katil and the wardrobe sebab masa tu which was almost two years back condition barang2 tu okay lagi... Tapi... sekarang ni dah nampak worn out sikit la.

But... no worries, hehe, sebab dah survey new wardrobe! In Sha Allah, if murah rezeki next month beli la wardrobe tu. Nanti la I update once dah beli. Yang penting wardrobe tu boleh customize design interior dia to suit our needs and wants, so boleh la organize dengan lebih baik nanti.

Pencarian inspirations masterbedroom ni actually macam wasting time la jugak. Sebab kalau google, yang keluar tu semua macam too good to be true je? Macam eh boleh ke rumah aku jadi macam ni. So again, I akan try design yang realistic sikit la and yang penting ikut budget yang diperuntukkan.

Basically, perabot yang I nak dalam tu pun just katil, chest of drawers untuk letak TV and the wardrobe. Yang lain tu just fringe decor la... Still tak betul2 decide lagi apa yang nak diletakkan. Pening fikir! Haha... Anyway, nak tak nak kena tunggu bulan depan la, bila masuk wardrobe yang baru tu baru lah I boleh fikir nak susun letak atur barang2 lain. :)

By the way, nak share dengan you all, ideas2 yang i dapat hasil research from the net. Kira macam #yaniemasterbedroominspiration la.


Nice kan, simple je... cuma colour dia je i tak berkenan sebab white on white. Anyway photo credit http://keephomesimple.blogspot.com/to


I suka wall art dia and the hanging lamps.. Cantik la.


credit photo from : google

Cantik decor macam kat atas tu, tapi sebab kan i nak buatkan masterbedroom i ni nampak besar, i have to rapatkan katil tu ke dinding, sebab kena ada space untuk letak TV and wardrobe,  so memang tak boleh nak copy paste la kot design2 kat atas tu...Satu masalah yang paling2 i tak suka gila about my masterbedroom is the location of the window and the electrical switches and plugs yang sangat la ackward! So memang challenging la nak arrange perabot kat dalam masterbedroom ni. 

Anyway these two photos kat bawah ni memang i minat la. huhu... tapi semua nya tak rapatkan katil ke dinding... Hmpph need to find the designs which will work for us nampak gayanya.Maybe i kena reka sendiri kot! So till then guys!See you in next entry.



Thursday, September 18, 2014

Budget House Decor ; My Living Room Tour

Selama ni asyik kongsi kat instagram je gambar2 dekor rumah yg tak seberapa ni. Sebab ada yg nak tengok full photo (atau bukan ada orang yang nak, I je kot yang perasan) , so akhirnya blog kan juga la dekor2 rumah ni, tapi kita buat area by area lah ye. But seriously, nak pesan awal2, this post is a bit lengthy, and your opinions might differ from mine, so the exit button is just a click away tau.

First up is the living room. Tempat santai2, tempat tengok TV and boleh jadi kadang2 tempat i menggubah hantaran ( especially bila menggubah pakai hyndrangeas, sebab bunga ni fragile, so nak kena dalam aircond memanjang tapi i lapik dengan plastik dulu sebab nak senang kemas) . Walaupun ada TV dalam bilik, tapi we spend most of our time tengok TV dekat living room sbb kalau dalam bilik confirm nak tidoq aja especially weekends. Dah tu kalau dah tengok TV secara horizontal kan, memang last2 TV yang tengok kita. 

Rumah I ni biasa2 je. Rumah apartment, almost 900 squarefeet. Area Ampang. Only 10 mins walk to LRT, and Spektrum Ampang. Walaupun rumah ni dah kira vintage la sebab dah 20 tahun lebih, tapi I sangat suka area ni, low density.. Orang pun tak crowded sangat, biarpun mostly my neighbours are Chinese and Indians.. Tapi berjiran dengan diorang best, sebab semua baik2 belaka.

Okay cerita pasal living room. Living room i ni kecil je. Join sekali dengan dining area. Kalau sesiapa yg follow IG i, memang dah tahu la konsep apa yg i guna untuk rumah i. Ye... Kalau dah barang togel2, kayu2, besi2 tak lain tak bukan industrial concept... Tapinya i selitkan sikit rustic and shabby chic. 

Okay kenapa pilih konsep ni? Hmmph tu nanti i cerita di lain entry :) 

Okay baiklah mari kita mulakan tour living area I ni.  


Okay ini adalah pandangan separuh living room i dari dining area. Asalnya nak pasang plaster ceiling, tapi mula2 masa masuk pindah dulu budget burst, sebab kalau boleh kami tak nak hutang, so duit yang dah save2 tu habis beli perabut perabut baru and buat kitchen cabinet and beli kitchen appliances so dah tak da budget buat plaster ceiling. 

Then husband cakap, why not pasang lampu spotlight gitu? ( yg macam korang nampak dalam gambar) so we all pun pasang je la... Tak sangka pulak lampu tu menepati konsep industrial yg ingin i ketengahkan ni... Wah ketengahkan giteww u ols. ( skema sangat hihi) 

So malas dah nak pasang plaster ceiling, budget yg ada lepas ni ingat nak modify toilet, and beli new furnitures pulak. Mulanya macam fikir buat apa lah nak bazir2 beli itu ini sebab rumah ni nak duduk kejap ja kan sebelum beli rumah lain tapi i bukan jenis boleh duduk dalam keadaan yang "asal ada". I punya prinsip bukan setakat asal ada, beli yang puas hati tapi cost effective. So tu sebab la kadang2 kena marah, kenapa nak buang duit buat ini, buat itu... Takpe je.. I ada my own reasons. 


Okay ini pula adalah the seating area. Memang beli L-shape couch yang sebuah ni je. 3 seater. Ye kalau orang tanya ni leather ka.. Yes leather. Memang plan dengan husband splurge sikit la untuk couch. Bagus tau leather dia, berkualiti. Susah nak scratch and sedap bila duduk.

So, ada je yang tanya, "Babe, macammana you nak accomodate kalau you terima guest ramai sekaligus? Mana diorang nak duduk?" Hmppphhh, susah juga nak jawab tu... I takdelah selalu sangat kot nak jemput 10 orang sekaligus datang rumah I ni, tapi kotla nanti2 nak buat happy birthday to you for the husband ke kan (tak pepasal husband kena lagi hihi) kalau tak muat di living room duduk aja la di dining area (kan dining area nya join bersama living room) atau di balcony yang agak spacious itu. I akan blog about dining area and balcony in the next entry ya. 

One of my decor tips kan, you all boleh beli barang dekor2 yang lain2  yang murah2 tapi better splurge la for the essentials one... Beli lah yang bagus dan berkualiti terus... Sebab walaupun kita akan letak pasu RM2 je tetap rumah tu nampak mewah sebab yang essentials yang bagus tu dah camouflage benda2 yg murah tu.

Obviously wall kat belakang tu masih in progress. Nampak kosong lagi kan. My husband and i tengah duk fikir apa lagi yg boleh di letakkan di dinding tu. Actually my husband tak fikir pun. I yang fikir. Sebab kalau dia fikir kadang2 tak best. Hehehe.. Opss sorry husband i love u.  


Ni pula orang selalu panggil waste area, biasanya terletak antara living room and dining table tu... Kalau orang lain ni  mesti dah letak console table kayu kayan kan? Hah. I takde maknanya. Memang asalnya i pun plan nak letak console table you all, tapinya tak puas hati memanjang dengan design. Duduk kedai perabot berejam2 keluar tangan kosong je pun. So letak je la trolley ni. Nampak la industrial design sikit. 

Anyway lukisan yg kat sebelah tu adalah untuk digantung di atas TV. Reason kenapa dia masih kat situ ialah, i tengah dok fikir ni untuk beli tv cabinet yg baru hihihihi. As you can see, TV cabinet i adalah very tak kids friendly kan.... So i am planning to buy TV cabinet baru yang lebih kids friendly and banyak storage sikit...Tapi tak tau bila lagi nak membelinya... but sooon la.. 


Okay ni pula adalah pandangan dari seating area. Asal nya dulu writing desk tu tak ada, tapi lepas husband selalu bawa balik kerja di rumah ni and suka sangat buat atas coffee table sebab dia nak tgk TV, i jadi rimas... So itulah sebab nya wujudnya working corner tu . Padahal ada je reading room/ craft room di bilik no 3 tu.. 

Atas meja tu adalah wall of fame, i frame kan kerja2 tangan i yang masuk majalah. Hehe. Bukan senang kan nak masuk majalah... I bukannya ada kawan ke family ke kat syarikat majalah nak boleh dapat masuk selalu... So sekali sekala dapat ni jadikanlah kenangan you all. Itupun masih dalam progress. Banyak lagi tak digantung. And obviously wall tu need more works kan? Sebab it looks empty and boring.... Again, reason tak nak letak wallpaper or mount TV tu kat wall, sebab nak beli kabinet baru and nak mengekalkan konsep industrial design tu. 


Ini adalah close up writing desk tu... Sebelum ni kan i pakai meja kayu hitam tu.. Tapi berkenan pula dengan transparent tampered glass writing desk ni so without any hesitation i terus beli aja. Balik rumah memang puas hati tgk meja ni. Im a happy woman. A happy woman makes a happy wife and a happy wife makes a happy husband! Anyway tempat ni pun masih belum siap sepenuhnya, I masih memikirkan cara yang sesuai untuk letak my husband punya reference book and nak beli leather swivel chair yang elok sikit bagi dia selesa je duduk buat kerja... Okay another self made quote, a happy working husband generates fat income, and a happy husband with fat income makes a happy wife.. Haha pepandai je aku. 


Ni adalah salah satu elemen2 hiasan di rumah ni. Simple and minimal je. I tak suka nak letak2 kaca2 lah gelas2 la.. Kalau rajin lap habuk tak apa lah tapi ni kalau dah habuk tu tebal selepet baru nak lap tak payah ajela lagipun I sukakan konsep less is more. 


Okay, ini adalah bersifat rustik sikit. Tempat letak remote control and yang raga tu adalah untuk meletak husband punya barang2, really helps to control clutter. So husband punya segala macam beg duit la kunci la segala benda yang biasa kalau kita tak letak tempat simpan dia akan letak rata2 akhirnya dia boleh campak aja dalam bakul ni. Bakul pun nampk cantik and kita pun tak rimas.

Another tip to deal with the messy spouse, identify dulu problem your spouse. Kebanyakkan para suami ni dia suka letak wallet dia, or kunci2 or resit2 dia sepah2 kan... Jadi u all beli lah bekas yang cantik (raga tu nampak cantikla tu di mata I) and letakkan bekas tu kat tempat yang paling senang untuk dicapai oleh husband... Atas shoe rack ke, atas dining table ke or atas TV rack ke... Anywhere that works for you guys okay. And please please please...kamu jangan nakal... eh silap please please educate your husband untuk letak barang2 dia dalam tu... Macam i senang je... " Abang please put all you things dalam ni ye, kalau i jumpa bersepah2 denda RM10 satu barang ye" Memang firm, tegas , garang dan bermata duitan cara i... Hihihi... Alaa you all ni i gurau je la... Tapi Insha Allah, akan berkesan. 

Di living room i ni, ada a few things yg selalu menarik perhatian guests yang datang. 

One, the leather bean bag. Memang dah lunyai tapi memang best bean bag ni. Husband suka duduk la baring la atas bean bag ni while watching the TV... Selesa katanya... dia macam mini sofa tau.. I pun suka.. Tapi ni dah nampak a bit worn out la... I ingat nak bawa pergi tukar leather dia atau beli baru terus. 



Two, the leather tampered glass coffee table. Okay coffee table ni memang buat dari pure leather. Memang bagus coffee table ni untuk mereka yg ada anak kecil. Nak gerakkan sana sini pun senang. And tak bahaya untuk anak2 yang baru belajar berjalan terjatuh terhantuk ke apa kan... Itu lah benda yang i fikir masa nak beli benda alah tu. InshaAllah soon reason tu akan termakbul jua. 


Three, lampu pelik yang tegak. Haha. Actually, ini adalah lampu ikea yg luar tu dibuat dari kertas yg very dust magnet and cepat nampak kotor which is a no no for me.. Jap lagi mula la ada yang bersin2 tak henti.. So i tanggalkan kertas tu i biar je lampu tu macam tu... Ramai juga yang tanya, lampu apa ni.. Cantik juga.. Haha... Nak buang sayang, hadiah orang bagi time kahwin so kita improvise la dia. ;)



Ni gambar asal lampu tu :


Four is the book rack... Another not kids friendly punya furniture in my house. Memang senang la budak2 kecil nak tarik2 barang2 tu.. Asalnya, I beli rak buku ni sebab  I tak suka beli benda benda yang bertutup ni.. Sebab i rasa rimas nak buka tutup buka tutup almari. And lagi juga sebab i ni adalah orang yang very visual. I suka benda yang berdisplay sebab i suka tengok benda tu di luar. But that is just my opinion, my advice not everything works for everyone. So you find decor yang works for you and family and stick to it. I pun surely akan change to something yang works for me juga once I have kids nanti. (but yes still industrial concept la you all)

Idea book rack ni i ambil dari rumah2 mat saleh... Sebab cantik je tengok diorang display2 barang... 




Itu sahajalah tour my living area. Biasa2 je. Barang2 pun simple aje. Tapi tetap bersyukur. Nanti bila dah update dekor2 i blog lagi. Tapi kalau nak update yg pantas,cepat  dan tuntas silalah follow instagram i iryani_85. 

Toodle- loo!