Thursday, September 18, 2014

Budget House Decor ; My Living Room Tour

Selama ni asyik kongsi kat instagram je gambar2 dekor rumah yg tak seberapa ni. Sebab ada yg nak tengok full photo (atau bukan ada orang yang nak, I je kot yang perasan) , so akhirnya blog kan juga la dekor2 rumah ni, tapi kita buat area by area lah ye. But seriously, nak pesan awal2, this post is a bit lengthy, and your opinions might differ from mine, so the exit button is just a click away tau.

First up is the living room. Tempat santai2, tempat tengok TV and boleh jadi kadang2 tempat i menggubah hantaran ( especially bila menggubah pakai hyndrangeas, sebab bunga ni fragile, so nak kena dalam aircond memanjang tapi i lapik dengan plastik dulu sebab nak senang kemas) . Walaupun ada TV dalam bilik, tapi we spend most of our time tengok TV dekat living room sbb kalau dalam bilik confirm nak tidoq aja especially weekends. Dah tu kalau dah tengok TV secara horizontal kan, memang last2 TV yang tengok kita. 

Rumah I ni biasa2 je. Rumah apartment, almost 900 squarefeet. Area Ampang. Only 10 mins walk to LRT, and Spektrum Ampang. Walaupun rumah ni dah kira vintage la sebab dah 20 tahun lebih, tapi I sangat suka area ni, low density.. Orang pun tak crowded sangat, biarpun mostly my neighbours are Chinese and Indians.. Tapi berjiran dengan diorang best, sebab semua baik2 belaka.

Okay cerita pasal living room. Living room i ni kecil je. Join sekali dengan dining area. Kalau sesiapa yg follow IG i, memang dah tahu la konsep apa yg i guna untuk rumah i. Ye... Kalau dah barang togel2, kayu2, besi2 tak lain tak bukan industrial concept... Tapinya i selitkan sikit rustic and shabby chic. 

Okay kenapa pilih konsep ni? Hmmph tu nanti i cerita di lain entry :) 

Okay baiklah mari kita mulakan tour living area I ni.  


Okay ini adalah pandangan separuh living room i dari dining area. Asalnya nak pasang plaster ceiling, tapi mula2 masa masuk pindah dulu budget burst, sebab kalau boleh kami tak nak hutang, so duit yang dah save2 tu habis beli perabut perabut baru and buat kitchen cabinet and beli kitchen appliances so dah tak da budget buat plaster ceiling. 

Then husband cakap, why not pasang lampu spotlight gitu? ( yg macam korang nampak dalam gambar) so we all pun pasang je la... Tak sangka pulak lampu tu menepati konsep industrial yg ingin i ketengahkan ni... Wah ketengahkan giteww u ols. ( skema sangat hihi) 

So malas dah nak pasang plaster ceiling, budget yg ada lepas ni ingat nak modify toilet, and beli new furnitures pulak. Mulanya macam fikir buat apa lah nak bazir2 beli itu ini sebab rumah ni nak duduk kejap ja kan sebelum beli rumah lain tapi i bukan jenis boleh duduk dalam keadaan yang "asal ada". I punya prinsip bukan setakat asal ada, beli yang puas hati tapi cost effective. So tu sebab la kadang2 kena marah, kenapa nak buang duit buat ini, buat itu... Takpe je.. I ada my own reasons. 


Okay ini pula adalah the seating area. Memang beli L-shape couch yang sebuah ni je. 3 seater. Ye kalau orang tanya ni leather ka.. Yes leather. Memang plan dengan husband splurge sikit la untuk couch. Bagus tau leather dia, berkualiti. Susah nak scratch and sedap bila duduk.

So, ada je yang tanya, "Babe, macammana you nak accomodate kalau you terima guest ramai sekaligus? Mana diorang nak duduk?" Hmppphhh, susah juga nak jawab tu... I takdelah selalu sangat kot nak jemput 10 orang sekaligus datang rumah I ni, tapi kotla nanti2 nak buat happy birthday to you for the husband ke kan (tak pepasal husband kena lagi hihi) kalau tak muat di living room duduk aja la di dining area (kan dining area nya join bersama living room) atau di balcony yang agak spacious itu. I akan blog about dining area and balcony in the next entry ya. 

One of my decor tips kan, you all boleh beli barang dekor2 yang lain2  yang murah2 tapi better splurge la for the essentials one... Beli lah yang bagus dan berkualiti terus... Sebab walaupun kita akan letak pasu RM2 je tetap rumah tu nampak mewah sebab yang essentials yang bagus tu dah camouflage benda2 yg murah tu.

Obviously wall kat belakang tu masih in progress. Nampak kosong lagi kan. My husband and i tengah duk fikir apa lagi yg boleh di letakkan di dinding tu. Actually my husband tak fikir pun. I yang fikir. Sebab kalau dia fikir kadang2 tak best. Hehehe.. Opss sorry husband i love u.  


Ni pula orang selalu panggil waste area, biasanya terletak antara living room and dining table tu... Kalau orang lain ni  mesti dah letak console table kayu kayan kan? Hah. I takde maknanya. Memang asalnya i pun plan nak letak console table you all, tapinya tak puas hati memanjang dengan design. Duduk kedai perabot berejam2 keluar tangan kosong je pun. So letak je la trolley ni. Nampak la industrial design sikit. 

Anyway lukisan yg kat sebelah tu adalah untuk digantung di atas TV. Reason kenapa dia masih kat situ ialah, i tengah dok fikir ni untuk beli tv cabinet yg baru hihihihi. As you can see, TV cabinet i adalah very tak kids friendly kan.... So i am planning to buy TV cabinet baru yang lebih kids friendly and banyak storage sikit...Tapi tak tau bila lagi nak membelinya... but sooon la.. 


Okay ni pula adalah pandangan dari seating area. Asal nya dulu writing desk tu tak ada, tapi lepas husband selalu bawa balik kerja di rumah ni and suka sangat buat atas coffee table sebab dia nak tgk TV, i jadi rimas... So itulah sebab nya wujudnya working corner tu . Padahal ada je reading room/ craft room di bilik no 3 tu.. 

Atas meja tu adalah wall of fame, i frame kan kerja2 tangan i yang masuk majalah. Hehe. Bukan senang kan nak masuk majalah... I bukannya ada kawan ke family ke kat syarikat majalah nak boleh dapat masuk selalu... So sekali sekala dapat ni jadikanlah kenangan you all. Itupun masih dalam progress. Banyak lagi tak digantung. And obviously wall tu need more works kan? Sebab it looks empty and boring.... Again, reason tak nak letak wallpaper or mount TV tu kat wall, sebab nak beli kabinet baru and nak mengekalkan konsep industrial design tu. 


Ini adalah close up writing desk tu... Sebelum ni kan i pakai meja kayu hitam tu.. Tapi berkenan pula dengan transparent tampered glass writing desk ni so without any hesitation i terus beli aja. Balik rumah memang puas hati tgk meja ni. Im a happy woman. A happy woman makes a happy wife and a happy wife makes a happy husband! Anyway tempat ni pun masih belum siap sepenuhnya, I masih memikirkan cara yang sesuai untuk letak my husband punya reference book and nak beli leather swivel chair yang elok sikit bagi dia selesa je duduk buat kerja... Okay another self made quote, a happy working husband generates fat income, and a happy husband with fat income makes a happy wife.. Haha pepandai je aku. 


Ni adalah salah satu elemen2 hiasan di rumah ni. Simple and minimal je. I tak suka nak letak2 kaca2 lah gelas2 la.. Kalau rajin lap habuk tak apa lah tapi ni kalau dah habuk tu tebal selepet baru nak lap tak payah ajela lagipun I sukakan konsep less is more. 


Okay, ini adalah bersifat rustik sikit. Tempat letak remote control and yang raga tu adalah untuk meletak husband punya barang2, really helps to control clutter. So husband punya segala macam beg duit la kunci la segala benda yang biasa kalau kita tak letak tempat simpan dia akan letak rata2 akhirnya dia boleh campak aja dalam bakul ni. Bakul pun nampk cantik and kita pun tak rimas.

Another tip to deal with the messy spouse, identify dulu problem your spouse. Kebanyakkan para suami ni dia suka letak wallet dia, or kunci2 or resit2 dia sepah2 kan... Jadi u all beli lah bekas yang cantik (raga tu nampak cantikla tu di mata I) and letakkan bekas tu kat tempat yang paling senang untuk dicapai oleh husband... Atas shoe rack ke, atas dining table ke or atas TV rack ke... Anywhere that works for you guys okay. And please please please...kamu jangan nakal... eh silap please please educate your husband untuk letak barang2 dia dalam tu... Macam i senang je... " Abang please put all you things dalam ni ye, kalau i jumpa bersepah2 denda RM10 satu barang ye" Memang firm, tegas , garang dan bermata duitan cara i... Hihihi... Alaa you all ni i gurau je la... Tapi Insha Allah, akan berkesan. 

Di living room i ni, ada a few things yg selalu menarik perhatian guests yang datang. 

One, the leather bean bag. Memang dah lunyai tapi memang best bean bag ni. Husband suka duduk la baring la atas bean bag ni while watching the TV... Selesa katanya... dia macam mini sofa tau.. I pun suka.. Tapi ni dah nampak a bit worn out la... I ingat nak bawa pergi tukar leather dia atau beli baru terus. 



Two, the leather tampered glass coffee table. Okay coffee table ni memang buat dari pure leather. Memang bagus coffee table ni untuk mereka yg ada anak kecil. Nak gerakkan sana sini pun senang. And tak bahaya untuk anak2 yang baru belajar berjalan terjatuh terhantuk ke apa kan... Itu lah benda yang i fikir masa nak beli benda alah tu. InshaAllah soon reason tu akan termakbul jua. 


Three, lampu pelik yang tegak. Haha. Actually, ini adalah lampu ikea yg luar tu dibuat dari kertas yg very dust magnet and cepat nampak kotor which is a no no for me.. Jap lagi mula la ada yang bersin2 tak henti.. So i tanggalkan kertas tu i biar je lampu tu macam tu... Ramai juga yang tanya, lampu apa ni.. Cantik juga.. Haha... Nak buang sayang, hadiah orang bagi time kahwin so kita improvise la dia. ;)



Ni gambar asal lampu tu :


Four is the book rack... Another not kids friendly punya furniture in my house. Memang senang la budak2 kecil nak tarik2 barang2 tu.. Asalnya, I beli rak buku ni sebab  I tak suka beli benda benda yang bertutup ni.. Sebab i rasa rimas nak buka tutup buka tutup almari. And lagi juga sebab i ni adalah orang yang very visual. I suka benda yang berdisplay sebab i suka tengok benda tu di luar. But that is just my opinion, my advice not everything works for everyone. So you find decor yang works for you and family and stick to it. I pun surely akan change to something yang works for me juga once I have kids nanti. (but yes still industrial concept la you all)

Idea book rack ni i ambil dari rumah2 mat saleh... Sebab cantik je tengok diorang display2 barang... 




Itu sahajalah tour my living area. Biasa2 je. Barang2 pun simple aje. Tapi tetap bersyukur. Nanti bila dah update dekor2 i blog lagi. Tapi kalau nak update yg pantas,cepat  dan tuntas silalah follow instagram i iryani_85. 

Toodle- loo!


No comments:

Post a Comment

Hi, do shower me with positive words and great vibes. TQ