Monday, September 29, 2014

Well spent weekend!

Kali ni nak cite random pulak la, asyik cite pasal rumah je tak best la pulak. So I nak cite pasal weekend la. 

Normally weekend korang spent camne ek? Macam I memang rutin gile aar. Lepak rumah, lepas tu buat kerja2 rumah yang tak tau bila nak habis, lepas tu keluar gi makan tapi dekat2 area Ampang je ( boring) lepas tu tengok TV and kalau ade The Craft Potion job for that weekend so bertungkus lumus aa menyiapkannye.

Tu mmg normal. Kadang2 memang bosan jugak. Tak tau la kalau kawan2 yang dah jadi parents tu macammana. Mesti busy kan layan anak2? Haha. Macam I, dah tak larat dah nak layan suami.. Sampaikan we all ni kat rumah, kadang2 tak cakap dengan each other pun sebab dah tak tau nak borak apa. So dia buat hal dia, main game ke apa, I pun buat hal sendiri, mostly my " hal sendiri" tu buat kerja2 business I atau mengorganize rumah aa. Kalau keluar makan pun, dia baca news la tah pape lagi kat handphone dia, I pula sibuk scroll news feed FB dengan Instagram. Heh.

So macam this weekend, rasa agak productive sikit la. Hari Sabtu tu we all pergi shopping. Serius, nak keluar sekarang ni macam dah tak ada baju cantik2! ( Actually ada je tapi tak basuh lagi, huhu) so, sebabkan husband dah bosan and at the same time kesian dengar i dok whine and complaint baju dah tak ada la, baju dah tak muat la baju dah tak cantikla yada yada sambil terduduk depan almari baju dengan timbunan baju2 yang menggunung kat depan mata so diapun memang paksa habis la pergi beli baju Sabtu tu. And the best part was, dia yang keluar duit. Haha. Actually lama dah dia suruh i beli je baju dia nak bayar, tapi semenjak dah work at home ni, I macam dah takde mood nak bershopping for clothes. Memang serius aa save gila duit. Walaupun husband nak bayar tapi tetap tak ada hati cuma hari sabtu tu je aa tetibe tersedar yang " i need baju!! Like plenty of baju!!" Sebabnya, bila try baju tu dah tak cantik try baju ni tak muat, try baju tu tak sesuai, try baju ni tah pape...so memang macam.... Yes, please new bajusss like Now now. So dapatla beberapa helai yang I rasa okay la kot nak dibuat basahan di rumah and jumpa client, jumpa supplier etc. Baju murah je you ol! Yang penting husband ku bayar haha ( selamat duit ku) 


Hasil tangkapan.


So hari Ahad sambung balik dengan produktiviti yang agak memuaskan.
Baju kerja my husband untuk next week pun dah habis Iron bagai. Rumah pun dah vacuum cuma tak sempat nak mop je, baju pun basuh, and kain2 baju yang dah diangkat pun dah siap lipat, siap simpan... Fuh, penat tau. Buat keje rumah ni macam buat keje berat gak kadang2. Dia punya letih tu, tuhan je yang tahu.

Dalam buat keje macam2 macam Cinderella tu tetiba my prince charming (husband I le) ajak gi makan ketam. Wow!! Dia nak belanja lettew. Apalagi orang kata " besar tapak tangan, padang bola I tadahkan" memang immediately said YES!!

So we all pun pergi la Pak Ya Chinese Muslim Seafood Restaurant. Ha.. Korang tau ke kat mane? Kedai ni dia dekat tingkat bawah Galaxy Ampang. Ala, yang dekat Taman Dagang yang bangunan ada MBO tu. Fuh makanan kat sini memang not bad la, and price wise pun okay la kot. Tak tau la kalau ada tempat lebih murah.

So we all ordered, butter prawn, ketam telur masin, kangkung goreng belacan. Sedap tak payah cite la!! Memang they were all fingers licking good la!  Order nasi putih dua and I air honey lemon and husband soursop de guava. 

Okay husband I dia memang eksyen sikit. Dia suka order makanan yang pelik2... Kalau air pun kan asal nama pelik sikit je ( walaupun actually air sirap je) dia mesti akan order. Senang kena tipu ngn marketing betul. Makanan pulak tak payah cakap la... Mesti nak yang nampak pelik je and nama mesti nak yang berbelit lidah menyebut lepas tu kalau sedap mesti bagi senyum sinis kat I. Sakit je hati. Sebab I pula, kalau nama pelik2 or air2 yang siap bercampur selasih la cendol la kacang merah bagai memamg takde nye nak order. Boleh kembang tekak. Memang 102% berbeza dengan husband. Orang kata la, Opposites do attract. Betulla tu! macam dia dengan I la.

Nah sila lah enjoy gambar2 makanan. Kalau korang jilat screen phone or komputer tanggung sendiri aa. Ibu2 mengandung kalau ada mengidam teruk dinasihatkan untuk tidak meneruskn bacaan eh. Kang kalau mengidam, takde nak claim2 dari I eh! 


Ketam Telur Masin thorrbaik


Butterprawn hebat


Kangkung belacan super!


Husband terr..... Aaa terlajak larisss!!

Honey lemon tea. Eh pakai mason jar glass macam kat rumah i pulak. 

Fuhhh memang sedap la makanan2 tu. Memang messy ya rabbi tapi tak de keja kau makan ketam sopan2 takde kotoq kan.. Isi ketam lekat kat tudung tak payah cakap aa berapa banyak kali! Selekeh betul! 

So lepas dah habis makan tu we all pun pergi kedai perabot and guess what??? 

Dah book weh wardrobe dengan interior customization tu. But it will take approx 1 month la nk siap. Huhu. Tak kisah la. Excited nak susun barang je pun. Dak2 OCD memang camni aa. Hehe. 

Dah settle urusan beli wardrobe we all gi Kedai hardware nak fix kepala paip. Nasib husband I ni pandai gak diy so dia jela DIY kepala paip tu. Phew nasib okay! Dapat kepala paip baru kat tandas biilik we all! Huhu! Okay tu xpayah cite sebenarnya tapi saje aa nak tunjuk bertapa productivenya weekend ni. Huhu.

Anyway, hari Khamis and Jumaat lepas busy dengan order2 hantarans! Best kalau dapat order hantarans ni especially kalau fresh flowers. Main2 dengan fresh flowers ni mmg tenang aa walaupun kadang2 boleh jadi stress sebab bunga tu tak behave. Nah sebagai penutup, tengokla gambar2 nye. Nak lebih banyak, like la Facebook page i (The Craft Potion) atau follow la instagram @thecraftpotion_hantaran. Baru la puas hati. Sempat iklan! Hikhikhik :) 




No comments:

Post a Comment

Hi, do shower me with positive words and great vibes. TQ