Saturday, June 20, 2015

Kedah & Penang Part 2

It took me forever to continue to part 2, but I always keep my promise. Biar lambat, asal buat. Hehe.
Only a procrastinator will create that peribahasa. I memang la such a big procrastinator, I dont lie.

Okay, so in part 1, I dah cerita about Kedah, what we did in Kedah, where we'd went to...

So in Part 2, I nak cerita about Penang! Oh my... I love Penang!!! The people  are awesome, the foods are super delicious, there are a lot of historical places to visit.... Love Penang! Jangan ingat cuti2 overseas je best, u can cuti2 Malaysia and buat2 macam u cuti2 overseas juga... Yang penting u bercuti ye tak? Rehatkan minda... tenangkan fikiran...have some escape from the hustle bustle of the big city you are living in.

So how to enjoy cuti2 Malaysia macam cuti2 overseas gitu? You ambil la gambar banyak2, bring a travel notebook with you, try to learn as many as you can about the places you went to, and buy a few extraordinary souveniers from the places to bring back home as a memory. But on top of all these, the most important thing is to learn as many as you can.... Janganla just pergi tempat tu to tengok2... Sebab if you pergi to tengok2, you mesti ada perasaan macam..."Ala ni kan dah biasa tengok, boring la"... Keep in mind that you want to learn and bring something home from this place. Mesti you akan enjoy punya. Like us!

So what my husband and I did to enjoy this cuti2 Malaysia was, first2 sekali, kitorang cari tempat2 best nak pergi kat Penang and tempat2 best nak makan (as Penang is so famous with lots of delicious food). We list down everything beforehand. We all survey dulu mana nak tinggal. First came to mind was Hard Rock Hotel, but bila tengok2 Hard Rock ni macam ala dekat2 dengan pantai, so after dah discuss and memandangkan both of us bukan 'beach' person... so we decided to stay dekat tempat yang dekat dengan tengah2 kota la gitu.. Terus teringat yang dulu my Regional HR Manager pernah cerita yang he used to bring his family for a vacation kat satu boutique hotel ni... The name of the hotel is Mangotree Place... So he pernah showed me all the photos dekat hotel tu....memang rare and cantik2.. So apalagi we straight away booked the hotel, sebab dah kebetulan my husband and I dua2 memang suka hotel2 yang pelik with "unique" interior decorations ni. (will tell you guys more below)

Note : After this I akan pecah2 kan my Penang travelogue ni to a few places yg we all pergi so sesiapa yang berminat nak pergi Penang maybe boleh jadikan my writings ni as easy reference.

1) ACCOMODATION : MANGO TREE PLACE 

Actually ada dua Mangotree kat Penang ni.. Satu dekat area Lebuh Pantai and satu lagi dekat area Jalan Phuah Hin Leong.. We all stayed kat yang Jalan Phuah Hin Leong tu..

If you guys asked me how many star would I rate this hotel? I'd say I would give it a 4 and a half out of 5 stars! That's how awesome it is. Memang best...  I would say it is a low key, but a very gorgeous with awesome service boutique hotel... And the person who attended to us when we arrived tu memang friendly...Too bad I cant really remember the name of the person, something macam Wei kot... Tapi she was really friendly and helpful...

Sampai2 je, she asked what we wanted for a welcome drink, and then she briefed us about the hotel location, places to eat within walking/short driving distance around the hotel, and places to go to, tempat makan2 best2.. Memang menyeluruh la explanation dia... She will also give you a few pamphlets for your reference.

So here comes the interior part of the boutique hotel. The hotel is actually an old townhouse (Wei will also give you a pamphlet on the history of the hotel, when and how it was made into a hotel, such and interesting read, I must say)


Mangotreeplace, Jalan Phuah Hin Leong


Waiting for check in. Ni dekat reception/cafe dia. Time nak masuk tu actually kami nak ambik package with breakfast but Wei cakap, tak perlu sebab area hotel ni sangat banyak tempat makan best2..Masa check in ni you all boleh pinjam DVDs... nak ambik satu album banyak2 tu pun boleh... diorang memang sediakan untuk guests. Bila macam tu, memang you will feel so at home. 




Our hotel interior, we all booked Ground Floor Courtyard Suite. Bilik tu bathroom dia kat luar... ada garden kat luar tu macam dalam gambar atas tu, lepas tu ada white swing tu.. memang best sangat. 
Yang gambar bawah kanan tu macam lobby la atau living room rumah tu... So kalau ada guest lain yang duduk bilik atas tu, we all boleh share the living room tu. Guest lain tu just akan share the living room and access untuk masuk rumah ni je....More photos of the hotel interior below :



Laluan nak ke our room... cantik pulak dia hang throw cushions macam ni. 


Living room. 

Room yang we all duduk tu just nice for two person... Kalau you all datang dengan family boleh ambil First Floor Family Suite or kalau yang dah ada baby/toddler boleh ambil First Floor Terrace Room. Maybe more spacious and more comfortable untuk yg ramai2.

Kalau nak more info on the hotel you may click this link : http://www.mangotreeplace.com.my/



2) MAKAN PLACE

Omg! Makan kat Penang adalah the best! Especially of course la the well known nasi kandar. Memang banyak kedai2 nasi kandar yang best kat Penang... Tapi kami tak pergi pun yang famous2 macam lineclear, Nasi Kandar Beratur, Hameediyah and Kassim Mustafa tu. Kami just pergi NS Nasi Kandar je sebab very near to our hotel... Itupun masa mula2 kami sampai situ.. and lapar terus cari kedai yang within walking distance je.

a) NS Nasi Kandar


What we had at NS Nasi Kandar. Seriously, telur ikan yang i makan tu super delicious... Tak tipu... Belum pernah lagi rasa kari telur ikan sedap macam tu... and I am not exaggerating this. 

Malam tu pula, we all makan kat area Esplanade/Padang Kota Lama Food Court... Nak pergi try Pasemboq kat Gurney drive pulak parking takdak... Penat pusing... Last2 Padang Kota je la... Thank god ada Hussain Pasembor kat situ yang orang kata one of the 8 best Pasembor in Penang. Boleh baca sini http://my.openrice.com/klangvalley/article/penangs-8-best-pasembur/407

b) Padang Kota Lama Food Court



Ni lah Pasembor Hussain tu... Sedap gak.. Kuah dia memang sedap...Dalam ni ada ketam, udang pastu kuih2 rojak dia tu and sayur dia tu. Macam2.. Price wise... okay gak la... berpadanan dengan apa yang kita ambik. 

Keesokkannya malam pun we all makan sini lagi...Sebab Gurney Drive still penuh orang and kami dah malas dah nak kesana sini cari makan... Cuma kali ni kami makan mee udang pulak.. Sebab Sarah ex schoolmate I cadang makan mee udang kat Sungai Dua... Katanya sedap... Tapi dah tak sempat la nak pergi sana sebab masa kami suntuk juga kat Penang kan, 3 days two night je. 


Inilah rupa mee udang tu tapi ni yang kat Padang Kota... Boleh tahan gak la walau bukan yang Sungai Dua punya... Yang ni pun sedap. Lepas tu we all order kerang bakar pula buat2 penuh2 perut. 



c) Roti Canai ayam seketul Argyll Road/Transfer Road 

This place was recommended by my husband's friend.After dah call tanya macam mana directions nak datang sini (tell ya, memang confuse sikit tempatnye sebab kedainya macam tepi jalan macam tu)  First time I makan roti canai with ayam seketul and kuah banjir. Sedap tu bagi i biasa2 je sebab kuah dia tu macam tak kena sikit dengan taste i... Tapi husband cakap sedap so sedap la kot... Masa nak datang sini tu awal2 kawan husband dah pesan tak bagi husband I order sebab dia kan speaking kay ell.. So biaq i je yang order takut kena katok sebab i kan boleh speaking utaqa..tapi actually takde pun... berpatutan je harga dia... Alhamdulillah. So you all kalau nak try makan roti canai ayam seketul boleh datang sini okay...Oh and teh tarik dia not bad. Sedapp.



Inilah rupa roti canai tu... Memang tempting la kalau tengok dalam gambar...


d) Kapitan Restaurant

Oh my! Seriously sampai sekarang still teringat2 Nasi Beriani Ayam Tandoori dia... Sedap gile la weh... Try cari juga kat KL tapi tak jumpa pun... Kalau ada pun tak tau la sesedap Kapitan's ke tak... Nasi dia pedas2 herba macam tu... lapar pula lah bila teringat... Dahla tengah puasa now. 

Selain dari Nasi Beriani Ayam Tandoori, dia punya nan cheese pun oh my meleleh ayaq liuq tauu... sedappp gile... tak pernah lagi makan kat KL yang sesedap ini. 

Meh sini nak bagi gambaq dia sketttt




Okay lah... setakat ni dulu Part 2.. Next time kita sambung Part 3 pulak na... Nak kemas rumah sat... 

Wednesday, April 22, 2015

Kedah & Penang 2015 Part 1

Actually main reason kenapa kitorang boleh sampai ke utara tanah air tu sebab nye nak visit nenek.
To tell you guys the truth, selama 4 years kitorang kahwin, inilah kali pertama husband I berkesempatan balik kampung I di Kedah. Huhu. Sedih kan? But better late than never, better do than sorry.

Dah lama dah actually berkira2 nak balik... Tapi banyak naww halangan2 dan aral melintangsss.. Takde masa la, ade ad hoc projects la, ada hal urgent la tetiba ada appointment bla bla bla... Tapi, I cakap dengan husband, nenek makin tua, kita kena juga balik tengok nenek, sebab everytime I balik Miri, I selalu je pergi jenguk nenek husband, jadi hopefully, I dengan dia boleh balik jenguk nenek I juga.... So husband pun after dah discuss dengan boss dia semua, dia dapat la ambil cuti 3 hari... Appreciate sangat effort husband, dalam keadaan tgh busy banyak kerja dia  sanggup juga ambil cuti untuk balik kampung and bawa I cuti2 Malaysia. Husband I baru pindah keje baru start this year... Tu yang macam susah gak nak cuti.. Tapi nasib la company tu company dia sebelum ni jugak.. Eh aku pun tak paham la orang keje macam dia ni... boleh keluar masuk sesuka hati... haha... Dah nama consultant kot kan...

So we all pun balik la Kedah on Saturday 4th April... Nak balik hari Jumaat petang tu tak boleh sebab I masih ada hantarans job nak kena buat... We all bertolak dalam pukul 1 petang macam tu and sampai Kedah dalam pukul 7 malam. Berhenti pun sekali je kat Hentian Gunung Semanggul untuk solat and makan...

Sebabkan dah lama tak travel by car jauh2 kan, I rasa eh apesal macam kejap gile perjalanan balik Kedah ni... Dulu2 masa kecik2 or masa tak bawa kereta sendiri rasa macam jauhhh je! Honestly, memang rasa excited sangat nak balik... sebab I memang suka kot travel jauh2 ni... and memang suka suasana kat kampung. Tenang u ols. Tak suka duduk bandar... I memang originally orang KL but entah la...happening lifestyle ni memang I tak suka la... So not me. So kalau one day husband nak settle down kat Miri pun I takde masalah... Miri tak sesibuk KL.

So tiga hari kat Kedah kami takde pi mana pun... Just duduk rumah nenek, pergi Changlun tengok kolej matriks I ols (Matriks Changlun di hatiku) ,  pergi rumah paksu, pergi Pusat Sains Utara hahaha.. Tak boleh blah... Actually sebab nak teman anak paksu... So layankan je la... Kalau kat KL ni pun memang tak kuase nye nak jejak benda2 macam tu kan... Kotla husband I ols ajak buat lawatan sambil belajar lak ke Planetarium Negara one day kennn!

Dua2 pose macam nak kena lempang time ni.. I dengan kaki terangkat sebelah kaki kepit macam tahan kencing and husband pulak pose ackward macam hape je... 


Ko ade gi Pusat Sains? Haha tuhla cousin kitorang... Kecik lagi... Rasa tua naw keluar ngan dia..


 Husband My All Dengan Nenek my all... Sedih tengok nenek... Tabahnye seorang nenek tak nak susah kan sesiapa... Orang tua kan... Degil mereka lain macam sikit.... 

Rajinnye Laki kita kemas rumah nenek... Sapu2 daun pokok padahal kat tanah merah tu banyak kerengga tu

Walaupun suntuk masa kat Kedah, kitorang sempat gakla singgah Pekan Rabu. Actually dah bukan Pekan Rabu... Dia dah Pindah... Pindah pi satu bangunan ni nama Ukir Mall... So tak tau la nak panggil Pekan Rabu ke Ukir Mall sekarang...Kitorang pergi pun tak beli apa sangat la..... Sempat la rembat tudung dua helai.. Yang lain2 I rasa macam Jalan Tar lagi murah kot telekung2 jubah segala tu...Tapi yang kelakar tu kan boleh pulak time jalan2 Alor Star kat kedai2 tepi jalan tu boleh pulak terbeli satu telekung ni, punyalahhh tahan nafsu tak nak beli kat Pekan Rabu tu sebab mahal tak menentu kan...sekarang dah macam menyesal sebab rasa telekung tu macam overpriced la pulak... Tapi takpela anggap je la rezeki orang kedai tu kan! Ni lah masalah bila inpromptu purchase dahla telekung tu takdelah cantik mana pun... biase2 je.....

Alang2 dah sampai Kedah ni, ajak le husband I tu jejak Changlun... Pergi tengok Kolej Matriks yang meninggalkan 1001 kenangan pahit manis pada my all ni... Hehehe...

Sampai2 Changlun, memang macam jakun gila I... Banyak gila dah kot perubahan... Kedai2 kat tepi jalan dari Pekan Changlun tu ke matriks tu pun macam dah banyak buka je....And ada rumah2 kat tepi2 kawasan tu...Maybe untuk lecturer2 or orang keje matriks tu kot...  Untung la bebudak sekarang... Dulu kitorang macam mati kutu kot duduk kat matriks tu.. Dahla kitorang batch yang kira pioneer la... sebab matriks tu time tu baru buka...So apa pun takdak lagi... Tapi yang bestnye... dulu agak bebas and tak strict... Sekarang maybe dah strict kottt.. Haha.


Ni kedai Kawan... Wehhh dulu kedai ni la paling famous k untuk bebudak KMK...Macam2 ada! Dulu kalau dapat pergi kedai ni je pun dah macam release stress okay... Macam walking down the memory lane pulak balik matriks ni... terus macam terflash segala mak nenek memori suka and duka kat sini... Apa orang kata, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat belajar.. Okay takde kaitan..

Ni nak cite pulak kat rumah nenek boleh pulak dah ada kedai makan best2. Sungguh tak adil betul... Dulu takde pulak benda2 ni...Now famous kat sana Roti Doll. Sedap gile okayyy. Kalau korang nak rasa Roti Doll ni, carilah direction pergi Roti Doll Gunung Keriang... Tapi actually dia ada dua tiga gak kedai yang serve Roti Doll ni... Cuma yang sedap, of course la yang dekat rumah nenek my all.

Roti Doll ni sejenis roti canai yang dah dicarik2, lepas tu atas dia, dia letak telur goreng ala separuh masak macam sunny side up gitu... lepas tu letak kuah campur sambal sikit banjirrr... Fuh sedap kau. Ni pun teringat2 lagik ni... Confirm esok I nak breakfast roti canai... (tulis blog ni pukul dua pagi cite pasal makanan sapa suruh?) Hahaha

Ni time bawa nenek breakfast kat luar... Nenek suka makan tosai... Kitorang bedal Roti Dol gak... Susah tau pujuk nenek nak bawa keluar... Nenek tak suka sangat jalan2... Maybe tak nak penat kot.... Tapi maybe nenek ngenangkan kitorang ni jarang balik kan... Dia ikut lah jugak...



Nah ni pulak gambar roti doll.. Sorry la I google je ni... Yang sendiri punya gambar tak ingat dah mana letak... Yum yumm sedapppp bangatttt.. Tak tipu tawww


Okay la nanti bila free nanti sambung Part 2 pulak lebih pada cite tourist (lahh sangattt) jakun Pi Penang!




Tuesday, April 21, 2015

Pengemas dan organized.

Sesiapa yang follow IG or Facebook I mesti dah selalu tengok I cerita bertapa organize dan pengemasnya I. Siap poyo2 lagi bagi tips itu ini begitu begini kann? Jap nak hashtag #inisemuapoyo. Yang best tu ramai pulak tu yang terpengaruh. Siap PM2 & Whatsapp tanya itu ini... lawak hokay! Wakakaka. Korang memang best....kalau I tipu pun semua percaya je tu! Hehe

Gambar2 tu pulak nak upload yang angle2 menarik dan bersih berkilat je kennn, yang satu side lagi tengah bersepah dengan bunganya, cecawan nya, kain tak berlipatnya  tak nak pulak tepek dalam IG ke FB kannn! hipokrit sangat I olss ni! Hehe

Tapi actually memang I ni sejenis yang agak cepat rimas jugak la kalau rumah bersepah ke, barang2 tak letak tempat dia balik ke, kain tak lipat ke, nampak habuk2 keeee. Paling lama boleh duduk dalam keadaan bersepah max 2 jam je. Lepas tu I akan jadi macam cacing kepanasan and asyik nak naik hangin je... Oleh sebab tu lah, I memang akan kemas rumah hari2... Ala, bukannye major cleaning macam mop lantai, lap lantai, lap kipas bagai pun, just vacuum sikit2, lap abuk sikit2.... dah. Yang penting rumah mesti nampak quite presentable! Yang abuk tu pulak memang musuh ketat la untuk orang yang allergic macam I ni.. Jap lagi bersin la memanjang...Paling teruk boleh kena asthma. Satu hal pulak husband I nak ngangkut pakai gas kat klinik huhu... So better mencegah dari mengubati.

Kadang tu memang penat kan, sebab ye lah I dahla work from home... Kalau dah nama work from home and kerja pulak memang involve a lot of mess, memang setiap hari la i mengemas! Kadang husband I siap sound je, 'sambung esok je la kemas B, U kan penat tu' ...Tapinyeee mata ni memang serabut ayam la tengok barang2 bersepah.. (bila cakap serabut ayam, kang ada orang cakap, 'sapa suh bela ayam dalam rumah?' haha)  So memang tak boleh... penat macam nak pengsan pun, sebelum tidur mesti gak kemas sikit2 supaya esok bangun pagi takde la bangun dengan kepala yg berserabut kan!

Actually, sifat suka mengemas ni dah lama runs in the family kottt.. Family I belah ibu...Rasa2 I ni ikut sebelah tu la tu... Jenis suka deko2 rumah, rumah kemas, barang2 nak teratur... Sebab dari nenek and Ibu pun sama jee... Dua2 jenis kemas rumah... And adik beradik belah ibu pun sama je la macam tu gak! Even paksu I yg lelaki tu pun suka kemas and deko2 rumah... Kalau setakat cakap camni ngan korang macam susah je kan nak caya tu,that's why you must See to believe la.. Ewah....

Kalau nenek I tu lagi lah, bukan setakat kemas je tapi bersih... Walaupun rumah nenek kat kampung tu memang nampak sangat tua dan shabby looking, (dia tak nak repair sebab dia nak rumah tu usang ikut umur dia, Ada kenangan tersendiri katanya, puas dah pujuk nak repairkan...) tapi...dalam rumah tu bersih gile okay and kemas je barang2... Walaupun rumah kampung aje ....And selalu naik banjir tau!

Meh nak tunjuk gambar masa kitorang balik kampung itu hari... Ni gambar katil dalam salah satu bilik kat rumah nenek... Perhatikan style nenek susun bantal.... Katanya ikut style orang2 Singapura... Nenek I ols kann orang Singapore giteww...



Pelik kan susunannya tapi inilah susunannya dari I kecik2 sampailah sekarang dah nak masuk 3 series ni u ols. Tengok tu, siap ada bunga melur on bed lagi... Natural scent katanya.....


Ramai yang bila datang rumah i or tengok I update gambar2 rumah dok puji2 kemasnya rumah, bersihnya rumah yada yada... Sangat kagum la ape la... Tapi bagi I, toksah duk kagum sangatleeee... huhu

Tau tak I sebenarnya suffer tau dengan sifat extreme nak kemas je ni.... Actually dulu masa i kecik2 i takdela pengemas gile macam sekarang, tapi since masuk matriced kot, I macam jadi very particular bab susunan barang2 and terus perlahan2 ikut jejak langkah ibu and nenek... Padahal dulu gila stress sebab asyik kena pukul bila bilik or rumah bersepah... Sekarang ni jadi lain pulak!.. Haha.. Sekarang baru tau kenapa dulu ibu akan pukul bila bilik atau rumah bersepah... sebab rumah bersepah memang tak cool okay!

Kadang2 tu rasa macam sakit pun ye jugak tau... Tak dapat bayangkan one day bile I dah ada anak... Takkan 24 jam nak biar rumah bersih macam skrg kan? Kadang2 tu rasanya kena belajar redha gak la... Dulu I agak i ni macam ada sejenis OCD gak... Tapi lama2 I rasa macam bukan OCD apa pun... Just I ni suka mengemas yang extreme...Memang macam nak gila gak rasa kadang2... Huhu...

Ini pendapat I je la... bagi I yang memang sukakan kekemasan I rasa rumah yang kemas adalah kunci pada kebahagiaan dalam hidup... Sebab home is where your heart is... So kalau rumah bersepah, macam tu gak kot dengan hati... Tapi itu pendapat I... Kalau rasa rumah bersepah itu kreatif terpulang.. and rasa rumah yang sepah itu menunjukkan di rumah itulah satu keluarga berkasih sayang bersama2, anak makan sama2, main sama2 terpulangg... Dua2 pun tak salah kan.... Tak perlu pressure2 diri sendiri untuk jadi macam orang lain, kan? Yang penting kita happy... Rumah kalau berkilat pun kalau tak happy takde gunanya jugak...

Setiap orang ada perasaan nak jadi macam orang lain... Dulu I macam tu jugak... kalau rumah orang tu kemas cantik, nak jadi macam tu gak... rumah orang tu besar, nak gak rumah besar... rumah orang tu banyak barang2 mahal, nak gak letak barang2 mahal,  tapi bila lama2 and dah tua2 ni I dah malas nak layan la... I layan apa yang diri I nak and suka je... Lebih bahagia camtu kot.... Kennn? Hehehehe

Baru lepas makan beberapa bijik bahulu... Eh sedap kott... I beli kat Medan Selera Bandar Tun Razak... Kat ada sorang pakcik tu... dia datang jual dari meja ke meja.. Satu bekas RM15 je..Ok tu je nak cakap.

Ok dah nak pergi ambik parcel jap kat pejabat pos... pelik betul perangai beli barang online lepas tu selalu takde kat rumah bila seller post... Ni nasib ada notis, kalau tak I memang tak tanya pun seller. Haha.


Thursday, March 5, 2015

Buying Happiness :)

Lama tak update blog. I dont know i just feel like writing today.. Saje nak share about buying happiness.. 

So apakah buying happiness tu? For me, buying happiness ni kalau direct translation English - Malay, haruslah jadi membeli kegembiraan kan? Jadi apa yang I  ni nak cerita tentang membeli kegembiraan ni? 

I tak tahu orang lain, tapi jenis i, i suka belanja orang. Kalau ajak orang keluar, reason yg i gunakan is nak belanja orang tu makan or nak bagi barang. Sebab entah, kadang2 i rasa segan nak ajak orang keluar just saja2 tanpa sebab, takut menyusahkan orang juga kan.. Tapi nak keluar... Sebab nak borak2 ke heart to heart ke or just nak a few hours of chit chatting face to face dengan a human being... Haha.. Yelah bukannya tak boleh whatsapp kan but that one u have to text okay? And that one you tak nampak how the other person punya reaction bila text dengan u. 

So for me dengan membelanja orang makan itu sebab ajak keluar is one of buying happiness kind of action. Because why? Sebab u keluarkan duit untuk make other people happy and u happy. It's a win win situation. Kawan yg u ajak keluar dapat makan and you got a company. So both parties, i assume happy kan? But yes, sometimes some people mesti cakap pathetic nya terpaksa belanja orang untuk ajak keluar.. Begitu desperate..Kalau orang tu betul2 kawan takkanlah nak kena belanja baru nak keluar. 

Well for me lantaklah nak cakap ape. Try asking yourself at the first place... Ikhlas tak nak belanja orang tu? Kalau jawapannya ikhlas, the rest like apa orang nak cakap just ignore okay.

For me, buying happiness comes in many forms,bukan setakat belanja orang, tapi bila kita suka hadiahkan orang tanpa tunggu time birthday pun is one of the actions juga or bagi surprise pada kawan2 ke ( for birthday/any special occasion surprises boleh check FB page : The Craft Potion) ahahaha sempat iklan ko. 

For me, Kalau u suka tgk other people's smile walaupun u kena keluar duit sikit tu maksudnya u are buying happiness lah tu.. Sebab u happy bila tgk orang lain happy but in order to see that u have to spend your money/buy something and give :)

Banyak lagi buying happiness punya action selain belanja makan, bagi hadiah and buat surprise.. But these three are the most yg selalu org buat la kan? 

But actually tak salah pun, okay ape buying happiness ni.. U dapat pahala sedekah, hati pun happy.. And orang yg menerima or menemani u tu kalau dia ikhlas and happy dia pun dapat pahala juga..here to share a quote about buying happiness: 



So true right? 

And ni salah satu contoh i ols sedang "membeli kegembiraan". Sorry Tauesh pinjam gambar.. Happy i ols tengok kawan i ni happy! 

Ye, belanja dia makan buffet kat PICC sebab dia je pun yg available nak ajak keluar time weekdays... tu pun time lunch. Haha. Dia dapat makan free i ols dapat makan jauh2 sikit and berborak dengan manusia depan2. Haha.



Tu dulu. See ya.