Saturday, June 20, 2015

Kedah & Penang Part 2

It took me forever to continue to part 2, but I always keep my promise. Biar lambat, asal buat. Hehe.
Only a procrastinator will create that peribahasa. I memang la such a big procrastinator, I dont lie.

Okay, so in part 1, I dah cerita about Kedah, what we did in Kedah, where we'd went to...

So in Part 2, I nak cerita about Penang! Oh my... I love Penang!!! The people  are awesome, the foods are super delicious, there are a lot of historical places to visit.... Love Penang! Jangan ingat cuti2 overseas je best, u can cuti2 Malaysia and buat2 macam u cuti2 overseas juga... Yang penting u bercuti ye tak? Rehatkan minda... tenangkan fikiran...have some escape from the hustle bustle of the big city you are living in.

So how to enjoy cuti2 Malaysia macam cuti2 overseas gitu? You ambil la gambar banyak2, bring a travel notebook with you, try to learn as many as you can about the places you went to, and buy a few extraordinary souveniers from the places to bring back home as a memory. But on top of all these, the most important thing is to learn as many as you can.... Janganla just pergi tempat tu to tengok2... Sebab if you pergi to tengok2, you mesti ada perasaan macam..."Ala ni kan dah biasa tengok, boring la"... Keep in mind that you want to learn and bring something home from this place. Mesti you akan enjoy punya. Like us!

So what my husband and I did to enjoy this cuti2 Malaysia was, first2 sekali, kitorang cari tempat2 best nak pergi kat Penang and tempat2 best nak makan (as Penang is so famous with lots of delicious food). We list down everything beforehand. We all survey dulu mana nak tinggal. First came to mind was Hard Rock Hotel, but bila tengok2 Hard Rock ni macam ala dekat2 dengan pantai, so after dah discuss and memandangkan both of us bukan 'beach' person... so we decided to stay dekat tempat yang dekat dengan tengah2 kota la gitu.. Terus teringat yang dulu my Regional HR Manager pernah cerita yang he used to bring his family for a vacation kat satu boutique hotel ni... The name of the hotel is Mangotree Place... So he pernah showed me all the photos dekat hotel tu....memang rare and cantik2.. So apalagi we straight away booked the hotel, sebab dah kebetulan my husband and I dua2 memang suka hotel2 yang pelik with "unique" interior decorations ni. (will tell you guys more below)

Note : After this I akan pecah2 kan my Penang travelogue ni to a few places yg we all pergi so sesiapa yang berminat nak pergi Penang maybe boleh jadikan my writings ni as easy reference.

1) ACCOMODATION : MANGO TREE PLACE 

Actually ada dua Mangotree kat Penang ni.. Satu dekat area Lebuh Pantai and satu lagi dekat area Jalan Phuah Hin Leong.. We all stayed kat yang Jalan Phuah Hin Leong tu..

If you guys asked me how many star would I rate this hotel? I'd say I would give it a 4 and a half out of 5 stars! That's how awesome it is. Memang best...  I would say it is a low key, but a very gorgeous with awesome service boutique hotel... And the person who attended to us when we arrived tu memang friendly...Too bad I cant really remember the name of the person, something macam Wei kot... Tapi she was really friendly and helpful...

Sampai2 je, she asked what we wanted for a welcome drink, and then she briefed us about the hotel location, places to eat within walking/short driving distance around the hotel, and places to go to, tempat makan2 best2.. Memang menyeluruh la explanation dia... She will also give you a few pamphlets for your reference.

So here comes the interior part of the boutique hotel. The hotel is actually an old townhouse (Wei will also give you a pamphlet on the history of the hotel, when and how it was made into a hotel, such and interesting read, I must say)


Mangotreeplace, Jalan Phuah Hin Leong


Waiting for check in. Ni dekat reception/cafe dia. Time nak masuk tu actually kami nak ambik package with breakfast but Wei cakap, tak perlu sebab area hotel ni sangat banyak tempat makan best2..Masa check in ni you all boleh pinjam DVDs... nak ambik satu album banyak2 tu pun boleh... diorang memang sediakan untuk guests. Bila macam tu, memang you will feel so at home. 




Our hotel interior, we all booked Ground Floor Courtyard Suite. Bilik tu bathroom dia kat luar... ada garden kat luar tu macam dalam gambar atas tu, lepas tu ada white swing tu.. memang best sangat. 
Yang gambar bawah kanan tu macam lobby la atau living room rumah tu... So kalau ada guest lain yang duduk bilik atas tu, we all boleh share the living room tu. Guest lain tu just akan share the living room and access untuk masuk rumah ni je....More photos of the hotel interior below :



Laluan nak ke our room... cantik pulak dia hang throw cushions macam ni. 


Living room. 

Room yang we all duduk tu just nice for two person... Kalau you all datang dengan family boleh ambil First Floor Family Suite or kalau yang dah ada baby/toddler boleh ambil First Floor Terrace Room. Maybe more spacious and more comfortable untuk yg ramai2.

Kalau nak more info on the hotel you may click this link : http://www.mangotreeplace.com.my/



2) MAKAN PLACE

Omg! Makan kat Penang adalah the best! Especially of course la the well known nasi kandar. Memang banyak kedai2 nasi kandar yang best kat Penang... Tapi kami tak pergi pun yang famous2 macam lineclear, Nasi Kandar Beratur, Hameediyah and Kassim Mustafa tu. Kami just pergi NS Nasi Kandar je sebab very near to our hotel... Itupun masa mula2 kami sampai situ.. and lapar terus cari kedai yang within walking distance je.

a) NS Nasi Kandar


What we had at NS Nasi Kandar. Seriously, telur ikan yang i makan tu super delicious... Tak tipu... Belum pernah lagi rasa kari telur ikan sedap macam tu... and I am not exaggerating this. 

Malam tu pula, we all makan kat area Esplanade/Padang Kota Lama Food Court... Nak pergi try Pasemboq kat Gurney drive pulak parking takdak... Penat pusing... Last2 Padang Kota je la... Thank god ada Hussain Pasembor kat situ yang orang kata one of the 8 best Pasembor in Penang. Boleh baca sini http://my.openrice.com/klangvalley/article/penangs-8-best-pasembur/407

b) Padang Kota Lama Food Court



Ni lah Pasembor Hussain tu... Sedap gak.. Kuah dia memang sedap...Dalam ni ada ketam, udang pastu kuih2 rojak dia tu and sayur dia tu. Macam2.. Price wise... okay gak la... berpadanan dengan apa yang kita ambik. 

Keesokkannya malam pun we all makan sini lagi...Sebab Gurney Drive still penuh orang and kami dah malas dah nak kesana sini cari makan... Cuma kali ni kami makan mee udang pulak.. Sebab Sarah ex schoolmate I cadang makan mee udang kat Sungai Dua... Katanya sedap... Tapi dah tak sempat la nak pergi sana sebab masa kami suntuk juga kat Penang kan, 3 days two night je. 


Inilah rupa mee udang tu tapi ni yang kat Padang Kota... Boleh tahan gak la walau bukan yang Sungai Dua punya... Yang ni pun sedap. Lepas tu we all order kerang bakar pula buat2 penuh2 perut. 



c) Roti Canai ayam seketul Argyll Road/Transfer Road 

This place was recommended by my husband's friend.After dah call tanya macam mana directions nak datang sini (tell ya, memang confuse sikit tempatnye sebab kedainya macam tepi jalan macam tu)  First time I makan roti canai with ayam seketul and kuah banjir. Sedap tu bagi i biasa2 je sebab kuah dia tu macam tak kena sikit dengan taste i... Tapi husband cakap sedap so sedap la kot... Masa nak datang sini tu awal2 kawan husband dah pesan tak bagi husband I order sebab dia kan speaking kay ell.. So biaq i je yang order takut kena katok sebab i kan boleh speaking utaqa..tapi actually takde pun... berpatutan je harga dia... Alhamdulillah. So you all kalau nak try makan roti canai ayam seketul boleh datang sini okay...Oh and teh tarik dia not bad. Sedapp.



Inilah rupa roti canai tu... Memang tempting la kalau tengok dalam gambar...


d) Kapitan Restaurant

Oh my! Seriously sampai sekarang still teringat2 Nasi Beriani Ayam Tandoori dia... Sedap gile la weh... Try cari juga kat KL tapi tak jumpa pun... Kalau ada pun tak tau la sesedap Kapitan's ke tak... Nasi dia pedas2 herba macam tu... lapar pula lah bila teringat... Dahla tengah puasa now. 

Selain dari Nasi Beriani Ayam Tandoori, dia punya nan cheese pun oh my meleleh ayaq liuq tauu... sedappp gile... tak pernah lagi makan kat KL yang sesedap ini. 

Meh sini nak bagi gambaq dia sketttt




Okay lah... setakat ni dulu Part 2.. Next time kita sambung Part 3 pulak na... Nak kemas rumah sat... 

No comments:

Post a Comment

Hi, do shower me with positive words and great vibes. TQ