Sunday, January 17, 2016

Travel ke Seoul, Korea Part 1 (Departure and Day 1)

Lama gile actually nak tulis pasal travel ke Seoul ni, tapi dok tangguh2.. Sekarang baru ada masa.

My husband and I pergi Seoul last September (7th to 12th September 2015). Seoul memang best! Pergi sekali rasa tak puas.. Memang kena repeat. Tapi next time kalau repeat, we all plan nak landing Busan... Spend time kat Busan sekejap and then ke Seoul. Sebab based on cite2 orang yang pernah pergi Busan, they all cakap Busan pun best gak.

Okay so jom kite cite pengalaman travel ke Seoul ni...

Flight & Ticket (Air Asia x) /Capsule Hotel KLIA2 (before morning flight accomodation) 

Kami beli flight ticket, 2 months earlier...dalam bulan July mcm tu kalau tak silap.. haha... yes 2 bulan awal je korang.... sebab time tu Airasia tengah ada promo...Siap inclusive of accomodation kat BOA GuestHouse 6 hari 5 malam (About accomodation ni kita cover di lain part) Memang murah... tu sebab macam book je la terus... Kebetulan husband pun dah quite manageable working schedule dia.... Yes one of the reasons lama sangat we all bertangguh nak travel sebab husband punya schedule tight and susah gak nak dapat cuti.... So ni dah okay, apa lagi! Mari pulun.

The flight was OK. Kami upgrade seat ke Premium Hot Seat sebab nak ruang lebih la konon2 nye.

 Makanan dalam flight of course kena beli sendiri sebab Air Asia kann tapi bagi kami,  Sebabkan flight awal pagi 8 am, kami dah siap2 breakfast kat lounge KLIA2... So kami just beli makanan for lunch je dalam flight.

Sebabkan flight awal pagi and Air Asia kan nak kena check in 3 hours before so malam tu kami tidur di Capsule Hotel KLIA2. Kami ambil yg mixed plus Capsule.Price dalam RM160 (if im not mistaken time tu). Further info boleh check sini http://klia2.me/capsule-hotel-klia2/ . After check in dia akan bagi one bag yang ada towel and air mineral per person. Luggage boleh simpan dalam tempat penyimpanan barang yang disediakan and berkunci for safety reason.

Capsule Hotel ni kecik je u ols. Tapi best haha.. Lengkap juga dengan mirror untuk bersiap dalam tu..Toilet mcm ala2 hostel..Sharing kat tingkat bawah.. Rasa kalau travel single and couple boleh la kot tempah Capsule Hotel ni sebab dia macam tidur dalam container and space very limited... Tapi kalau ada kids better tidur kat Lounge or Hotel yang proper bilik lagi selesa kot.
Lagi satu sebab Capsule Hotel ni kan located at Level 1 (Transportation Hub)  kat KLIA 2 tu..sama tempat dengan bas, teksi semua... so dia agak bising sikit..better bawa siap2 earplugs untuk kalis bunyi bising tu... tu one of the downsides la bagi I selain space yg very limited... Memang tempatnya sesuai untuk just masuk and tidur. And I pun memang tak dapat tidur lena.. Sebab kebetulan capsule yang kami dapat tu berdepan dengan lampu..jadi through blind tu i dapat nampak lampu tu...silau sikit.huhu.

Sangat sedih sebab tak dapat nak recover mana i letak all the capsule hotel punya gambar. So kita minta ihsan google je la nak tunjuk rupa capsule hotel ni kat u ols semua.





photos credit to their respective owner (source : Google)

At 6am, kami bangun and check in, and then kami solat Subuh kat surau dalam boarding area... Lepas tu masuk lounge for breakfast, then at 8 am, flight pun depart.

Around 3.00pm waktu Malaysia kami landed kat Incheon International Airport.. Masa tu kat Korea dah pukul 4pm. Masa one hour awal dari kita kat Malaysia. Settlekan segala urusan kat Immigration, beli T-Money kat airport (jap lagi cerita sikit about T-Money ni) and then terus gerak ke guesthouse. Kami naik All Stop Train kat Arex Line menuju ke Hongdae, tempat guesthouse kami.

 Masa ni Kat Incheon International Airport. Nampak tak muka happy terkujat di situ.

 Ini masa menuju ke subway untuk ke Seoul.

Nilah rupa subway nak ke Seoul dari Incheon International Airport 

Tips :

1)  T-Money tu adalah macam ticket untuk naik subway and bus di Korea ni, untuk memudahkan u ols kalau berjalan kat sini, silalah beli T-Money card ni awal2... sebab kat korea ni main public transportation dia is pakai subway je selain dari bus... kalau korang rajin nak tunggu bas lah... Boleh dibeli kat convenience store kat Incheon Airport tu.Okay sila lah klik link ni untuk baca more info pasal T-Money ni ( http://english.visitkorea.or.kr/enu/TR/TR_EN_5_4.jsp)

2) Sebab kan dekat Korea ni ada 9 line subway.. Ha gitu ye.. 9 line kau.. Silalah jadi seorang pelancong yang smart. Download siap siap apps Subway Korea... Android ade Iphone pun ade. Kat situ dia akan display siap2, subway mana yang nak naik, line mana yang nak kena ikut and exit mana yang nak kena keluar, ticket fare, distance and time keretapi sampai. Kalau takde apps ni.. buat yang first time datang memang confuse habis tau. So better download siap2 ya. INGAT! Ini PENTING!! haha

3) Better pakai kasut yang selesa untuk walking sebab kat Korea ni memang banyakk sangat kena berjalan. I hari tu pakai wedges sneakers tu.. Mmg nampak cantik dan rasa cool bila pakai tapiiii... azabbb dia uols... melecet2 kaki ni.

Kasut yang menampakkan I cool dan tinggi la kononnya tapi azab u ols!


4) WIFI dan Internet - Kalau korang nak sentiasa ada access Wifi kat Seoul ni better beli Wifi Egg, Yang ni boleh juga beli kat airport tu kalau x silap... ada rental fee... tak sure berapa... tapi actually area Seoul ni banyak je Wifi free... and laju gile. Haha. Tapi kalau nak senang better rent la Wifi Egg tu ye.. Sebab takde la korang nak terkujat2 cari tempat yang ada wifi nak update Instagram... Macam I...


DAY 1 ( Hangang River Cruise)

Sampai2 je kat Guesthouse (BOA), we all pun checked in and rest solat sekejap. Then jalan2 pusing2 tengok2 area tu..tour guesthouse tu... Memang best... Time i pergi tu dah akhir musim panas.. baru2 nak start musim luruh.. so cuaca memang panas tapi angin dia sejukkk... bukan macam angin kat Malaysia ni... mcm angin bahang kan? Klu waktu malam sejuk sikit... ada waktu memang kena pakai jaket time malam kalau korang jenis tak tahan sejuk macam I.

 Hongdae... Ni lah tempat kami tinggal (BOA Guesthouse)


 Jalan nak menuju ke our guesthouse


Nama my husband tak pepasal jadi Abdul Rajak Khairul Azian... Hentam saja lah labu...


After Maghrib, kami plan nak ke Hangang River Cruise, sebab tu je itinerary first day kami. Sebelum keluar tu kami dinner kat guesthouse tu.. Kebetulan Guesthouse kami tu menjual Halal Dosirak.. Katanya semua bahan2 tu dibeli di Itaewon (daerah yang banyak orang muslim tinggal di Korea ni) and BOA tu sendiri yang masak. Satu set Dosirak berharga 7000 Won untuk guest yang tinggal di situ and 8000 Won untuk orang luar (lebih kurang RM25.40 after diconvert sebab time kami pergi currency jatuh 1000 WON bersamaan 3.63 duit Malaysia). Sedap okay... Memang kena dengan tekak... Tak taula kalau memang tekak i ni memang boleh makan apa saja. Haha. Oh and set makanan tu datang dengan Korean Brown Rice tea yang memang sedap... sebab minum kat sini kami bawak 2 kotak balik Malaysia..


Muka dapat makanan memang happy semacam


Ini lah rupe Dosiraknye u ols.



Time ni masa kat Subway nak ke Hangang Cruise tu


Then, lepas makan, we all pun berjalan la ke Subway yang terdekat dengan Guesthouse kami ni untuk ke Hangang River Cruise, jangan tanya la nak kena naik line mana exit mana.. Sebab memang dah lupa.. Apa2 u ol refer pada apps tu je.. In Sha Allah okay.

Sampai2 kat area yang dikatakan ada Hangang River Cruise tu... tutup pula cruisenya! adoii.. Timing kami rasanya dah okay dah... tapi entahla samada silap tempat atau memang hari tu tutup.. Tidak dapat dikenalpasti.. So sebab dah tak tau nak buat apa... Kami pun just jalan2 kat area Han River tu...( I suggest If nak pergi sini please pergi malam... Sebab nak tgk air yg warna warni ni malam lah cantik kan... but im not sure kalau pagi dia buka ke tak Cruise dia... sebab kami dah plan itinerary siap2 and memang tak ade masa nak dtg sini pulak hari2 seterusnya).

Taman kat area Han River Cruise tu macam agak besar.. and yang pelik ramai gile orang lepak2 kat taman tu malam2. Tengok gaya macam orang2 muda yang baru balik kerja or students. Tapi memang ramai... and diorang siap bentang tikar macam picnic memalam tu... Ada yang naik basikal, skateboard and macam2 lagi la..mungkin juga sebab time end summer kan.. Cuaca tak sejuk sgt so diorang pun ambil kesempatan untuk lepak2...  So lepas pusing2 sampai dah tak tentu arah... kami pun balik ke Guesthouse...
Tapi singgah sebentar kat convenience store kat Guesthouse tu untuk beli Banana Uyu (susu pisang).
Banana Uyu nih la yang kami dok minum hari2 kat Korea ni.. Sedap gileee!!! Adui rindu la pulak ye...

Sebabkan we all tak dapat ambil gambar Banpo Bridge kat Han River ni so terpaksa guna khidmat google lagi sekali.. Anyway we all tak dapat pun tgk rainbow water ni segala sebab tutup. Hish hampeh je.... 

So balik Guesthouse, lepak2 kat kitchen and then rest and tidur untuk bersiap2 untuk adventure Day 2.